Anda di halaman 1dari 1

AKU SEPASANG KASUT

Aku dilahirkan di Malaysia. Aku diberi nama “ North Star “. Tubuhkku diperbuat
daripada getah dan kain. Reka bentuk badanku agak luar biasa, khas untuk
menarik perhatian para remaja.

Aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan dibalut dengan sehelai kertas putih.
Kemudian, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang lebih besar bersama-
sama kawan-kawanku yang lain. Aku seterusnya dibawa menaiki lori.

Lori itu telah menghantar kami ke sebuah pasar raya yang besar. Pemandu lori
itu lalu memindahkan aku dan kawan-kawanku yang lain ke bilik stor.

Selepas beberapa hari, aku dikeluarkan dan dipamerkan di atas sebuah rak
kasut. Sejurus kemudian, seorang remaja menghampiriku dan terus membelek-
belek aku. Setelah mencubai aku, dia pun membeli aku dengan harga RM 65.00.

Kumari merupakan nama tuan baru aku. Dia akan memakaiku pada setiap
petang untuk mengayuh basikal, bermain badminton, berjoging ataupun berjalan-
jalan pada waktu petang. Kawan-kawannya sering memuji akan kecantikan aku.

Aku bersyukur kerana mendapat tuan yang cermat dan pembersih. Setiap kali
selepas memakaiku, Kumari akan mencuci kakiku yang dilekati pasir. Kemudian,
dia akan menyusun aku di atas rak kasut bersama-sama dengan rakan-rakanku
yang lain. Sekiranya badanku kotor akibat terkena lumpur, dia akan mencuciku
dengan berhati-hati agar badanku tidak sakit. Selepas itu, Kumari akan menjemur
aku di bawah cahaya matahari agar badanku cepat kering.

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, getah pada tapak kakiku pun
menjadi haus. Pada suatu hari, tuanku tergelincir sewaktu berjalan dalam hujan
lebat. Sejak kejadian itu, tuanku tidak memakai aku lagi. Akhirnya, dia telah
membuang aku ke dalam tong sampah. Tamatlah riwayat hidupku.

Anda mungkin juga menyukai