Anda di halaman 1dari 1

Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satudengan lain.

Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu ataumendapatkan pertolongan. Jiran yang baik ibarat cubit paha kiri paha kanan pun terasa amat sukar ditemui.Sesungguhnya, banyak kepentingan yang diperoleh jika kitamengutamakan hubungan yang erat sesama jiran atau mengamalkan semangat kejiranan. Salah satu kepentingan semangat kejiranan ialah kita dapat mewujudkan masyarakatyang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasaperayaan besar seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Krismas, Hari Gawai dan Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika merekamendapat musibah atau sakit. Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakanpenderitaan yang dialami mereka dan secara tidak langsung mengeratkan hubungansilaturahim. Selain itu, hubungan antara kaum dan agama juga dapat dieratkan. Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal iniboleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat antara satu dengan lain.Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalamkesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasakita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula akandipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa. Tegasnya, semangat kejiranan akanmelahirkan rasa prihatin dalam kalangan masyarakat. Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakansecara bergotong-royong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab seperti aur dengan tebing , sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan kawasan kampungatau perumahan dapat dilaksanakan secara bersama-sama tanpa sebarang masalah. Oleh itu,tugas yang berat menjadi mudah laksana hati kuman sama dicecah hati gajah samadilapah. Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat. Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukan, maka akantercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayangsebagaimana dihasratkan dalam matlamat Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai