Anda di halaman 1dari 5

AKU SEPASANG KASUT

Aku dilahirkan di Malaysia.  Aku diberi nama “North Star“.

Tubuhku diperbuat daripada getah dan kain.  Reka bentuk

badanku agak luar biasa, khas untuk menarik perhatian

para remaja.

Aku dibalut dengan sehelai kertas putih.  Kemudian, aku

dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang lebih besar

bersama-sama kawan-kawanku yang lain.  Aku seterusnya

dibawa menaiki lori. Dalam perjalanan ke destinasi yang

dituju, kami melalui jalan yang bengkang-bengkok seperti

‘ular kena palu’.

Lima jam kemudian, lori itu telah menghantar kami ke

sebuah pasar raya yang besar.  Pemandu lori itu

memindahkan aku dan kawan-kawanku yang lain ke bilik stor.

Selepas beberapa hari, aku dikeluarkan dan dipamerkan

di atas sebuah rak kasut.  Sejurus kemudian, seorang

remaja menghampiriku dan terus membelek-belek aku.

Setelah mencubai aku, dia pun membeli aku dengan harga

RM 65.98.
Kumari merupakan nama tuan baharu aku.  Dia akan

memakaiku pada setiap petang sama ada untuk mengayuh

basikal, bermain badminton, berjoging ataupun berjalan-

jalan pada waktu petang.  Kawan-kawannya sering memuji

akan kecantikanku.

Aku bersyukur kerana mendapat tuan yang cermat dan

pembersih.  Setiap kali selepas memakaiku, Kumari akan

mencuci kakiku yang dilekati pasir.  Kemudian, dia akan

menyusun aku di atas rak kasut bersama-sama dengan

rakan-rakanku yang lain.  Sekiranya badanku kotor akibat

terkena lumpur, dia akan mencuciku dengan berhati-hati

agar badanku tidak sakit.  Selepas itu,  Kumari akan

menjemur aku di bawah cahaya matahari agar badanku

cepat kering.

Walaupun aku berusia setahun, aku masih kelihatan

seperti baharu. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana

mendapatkan seorang tuan yang penyayang dan

bertanggungjawab. Aku berjanji akan memberi

perkhidmatan yang baik sehingga akhir hayatku.


1. Juruacara sedang mengumumkan nama murid-
murid yang akan menerima hadiah pada Majlis
Anugerah Kecemerlangan dengan menggunakan
mikrofon.
2. Murid-murid beratur di bawah pentas untuk
menunggu giliran mendapatkan hadiah dengan
sabarnya.
3. Cikgu Sofia menatang sedulang yang berisi piala-
piala sambil berdiri di sebelah tuan guru besar
dengan berhati-hati.
4. Encik Ali sedang merakam video anaknya yang
menerima hadiah daripada tuan guru besar
dengan menggunakan kamera digital.
5. Tuan guru besar menyampaikan hadiah kepada
seorang murid lelaki di atas pentas dengan
bangganya.

Gambar dibawah menunjukkan poster tentang beg plastik. Tulis

ulasan tentang beg plastik dalam bentuk perenggan. Panjangnya

ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Isi Tersurat Isi Tersirat


Dilupuskan mengambil masa beratus-ratus tahun
Dibakar mengeluarkan bahan yang berbahaya
Ditanam toksik merosakkan air dan tanah
Dibuang berlaku pencemaran alam sekitar
Gambar menunjukkan keburukan penggunaan beg plastik.
Terdapat beberapa keburukan beg plastik kepada manusia.

Antaranya beg plastik sukar dilupuskan kerana


mengambil masa beratus-ratus tahun. Selain itu, jika
dibakar beg plastik akan mengeluarkan bahan yang
berbahaya kepada kesihatan manusia. Seterusnya, ditanam
beg plastik toksiknya akan merosakkan air di dalam tanah
dan juga kesuburan tanah. Disamping itu, dibuang beg
plastik di merata-rata tempat akan menyebabkan
pencemaran alam sekitar.

Kesimpulannya, kita wajarlah menyelamatkan bumi


dengan mengurangkan penggunaan beg plastik demi kebaikan
bersama.

( 70 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai