Anda di halaman 1dari 3

AKU SEBUAH KOMPUTER

Aku berasal daripada sebuah keluarga yang termasyhur di dunia, iaitu Lenove.  Tubuh aku
diperbuat daripada gabungan aluminium, plastik, dan besi.  Kebanyakan anggota badanku diperbuat di
Taiwan tetapi aku dipasang di Malaysia.  Aku diberi nama “ Lenove MDE568”.
Setelah diriku dilengkapi peranti, disket, monitor, papan kekunci, dan tetikus, aku dimasukkan ke
dalam sebuah kotak.  Kemudian, aku dihantar ke sebuah kedai komputer di Taiping dengan sebuah
lori.  Selepas dua hari dipamerkan, aku telah dibeli oleh seorang lelaki sebagai hadiah hari jadi untuk
anaknya yang bernama Roslan.
Setibanya di rumah tuan aku, aku telah disambut mesra oleh RosIan.  Dengan mudah sahaja,
RosIan sudah memahami perangai dan kehendak aku.  Dia memberikan layanan dan belaian yang
istimewa kepadaku.  Dia telah menjadikan aku sebagai teman istimewa kepadanya.  Akulah penghibur
dan pembantu setia dalam pelaksaan tugas-tugas sekolahnya.  RosIan amat berpuas hati dengan
khidmat aku.  Layanan istimewa yang aku terima sering membuatkan kawan-kawanku yang lain seperti
televisyen, radio, dan kipas berasa iri hati.
Namun begitu, kebahagiaan yang aku kecapi tidak kekal lama.  Pada suatu hari, RosIan
memaksa aku menerima satu program yang amat berat.  Aku terpaksa menolak permintaan tuanku
kerana tubuhku ini tidak terdaya menggerakkan program tersebut.  Tindakan aku itu telah membuatkan
RosIan marah dan tidak mempedulikan aku lagi.
Walau bagaimanapun, pada suatu hari, bapa RosIan telah membawa aku ke kedai untuk
dinaikkan taraf.  Aku berasa lebih kuat dan bersemangat, lantas aku diberi nama baharu, iaitu “intel
Pentium”.
RosIan berasa puas hati dengan pembaharuan diriku dan dia kembali menjadikan aku sebagai
teman setianya.  Aku berasa amat gembira dan bangga kerana RosIan memberi aku peluang baru
untuk mengkhidmatinya.

AKU SEBUAH KERETA


Aku merupakan sebuah kereta yang diberi nama Aixia.  Aku telah dihasilkan di salah sebuah syarikat
kereta, iaitu Syarikat Perodua.  Badanku berwarna merah.
Aku akan dihantar ke salah sebuah kedai bersama-sama dengan sepuluh buah rakanku yang lain
untuk dijual.  Antara kami, akulah yang tercantik dan termahal kerana badanku dihiasi dengan pelbagai
aksesori yang canggih dan terkini.
Setelah sebulan berada di kedai itu, maka datanglah seorang lelaki bersama isterinya untuk membeli
kereta.  Setelah mereka melihat-lihat kereta yang ada di situ, akhirnya mereka telah memilihku.
Mereka berpuas hati dan ingin membeliku walaupun hargaku mahal.
Aku dapat tahu bahawa bakal tuan aku itu merupakan seorang peguam.  Aku amat bangga kerana
akan bertuankan seorang wanita yang bijak lagi cantik sepertinya.
Wanita itu menggunakan aku dengan cermat sekali.  Dia akan memandikan aku sekurang-kurangnya
dua kali seminggu.  Dia juga akan sentiasa memastikan anggota-anggota badanku sentiasa berada
dalam keadaan sempurna dan dapat berfungsi dengan baik.  Jika keadaan sebaliknya berlaku, dia
cepat-cepat membawakanku ke bengkel untuk dirawat.
Masa berlalu begitu pantas.  Aku telah berkhidmat kepada tuanku hampir 10 tahun.  Usiaku semakin
tua dan badanku juga terasa lemah.
Pada suatu pagi, tuanku dan suaminya membawaku ke sebuah kedai kereta.  Rupa-rupanya tuan aku
ingin membeli sebuah kereta baharu.  Dia ingin jual balik aku dengan kereta baharu.  Walaupun berasa
sedih, namun aku gembira kerana dapat berkhidmat dengan cemerlang kepada tuanku.  Sepanjang
hayat dia menggunakan aku, tidak pernahpun kami terlibat dalam kemalangan.  Lagipun, kereta yang
bakal menggantikan aku itu merupakan kereta keluaran Malaysia juga.
Kini, tinggallah aku bersama rakan-rakan yang lain di sebua kedai kereta terpakai.  Aku sentiasa
berdoa agar mendapat tuan yang baik dan cermat seperti tuan aku dahulu.
Biografi Seorang Doktor

Tim ialah seorang doktor.  Beliau bertugas di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.  Tim ialah seorang
doktor yang berdedikasi dan suka menolong orang.  Dia disukai oleh ramai kerana kerajinan dan kemesraannya.

Tim berasal dari Negeri Melaka.  Beliau dilahirkan pada 7 August 1972 di Kampung Mewah Merlimau.  Tim
merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.  Encik Wong Kim Haw, bapa kepada Tim merupakan
seorang penarik beca.  Ibunya pula telah meninggal dunia semasa beliau berusia sepuluh tahun.

Sebagai anak sulung, Tim terpaksa memikul tanggungjawab yang berat.  Beliau telah diasuh agar berdikari
sejak kanak-kanak lagi.  Selain belajar, Tim terpaksa menyediakan makanan, minuman dan keperluan
persekolahan adik-adiknya sewaktu ayahnya pergi bekerja.  Pada waktu petang, Tim mengambil upah
menyediakan pembungkus nasi lemak kepada Mak Cik Lim.  Duit upah yang diperolehinya digunakan untuk
menampung perbelanjaan persekolahannya.  Semasa cuti sekolah,  Tim mencari kerja menoreh getah di Kebun
Pak Abu bersama-sama dengan adik-adiknya.  Sewaktu masa lapang, Tim menghabiskan masanya bermain
dengan adik-beradik dan ayahnya, menonton TV dan berjalan-jalan di sawah padi.

 Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Balik.  Sejak di bangku sekolah lagi, beliau
telah membuktikan kepintaran dan tekadnya untuk belajar.  Beliau sanggup berjalan kaki sejauh empat kilometre
untuk ke sekolah.  Berkat usaha dan kerajinan Tim akhirnya membuahkan hasil.  Beliau telah ditawarkan
biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di salah sebuah universiti tempatan.

Selepas enam tahun belajar, Tim akhirnya berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.  Beliau
berhasrat membantu orang-orang miskin yang memerlukan rawatan.  Selepas tamat pengajiannya,  beliau lalu
balik ke kampungnya, membuka sebuah klinik dan memberi rawatan perubatan kepada orang-orang kampung
yang miskin secara percuma.  Kini, adiknya juga mengikut jejak Tim belajar dalam bidang perubatan dan
berazam untuk menolong Tim setelah habis pengajiannya.
AKU SEPASANG KASUT
Aku dilahirkan di Malaysia.  Aku diberi nama “ North Star “.  Tubuhkku diperbuat daripada getah dan kain.
Reka bentuk badanku agak luar biasa, khas untuk menarik perhatian para remaja.

Aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan dibalut dengan sehelai kertas putih.  Kemudian, aku
dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang lebih besar bersama-sama kawan-kawanku yang lain.  Aku
seterusnya dibawa menaiki lori.

Lori itu telah menghantar kami ke sebuah pasar raya yang besar.  Pemandu lori itu lalu memindahkan aku
dan kawan-kawanku yang lain ke bilik stor.

Selepas beberapa hari, aku dikeluarkan dan dipamerkan di atas sebuah rak kasut.  Sejurus kemudian,
seorang remaja menghampiriku dan terus membelek-belek aku.  Setelah mencubai aku, dia pun membeli aku
dengan harga RM 65.98.
Kumari merupakan nama tuan baru aku.  Dia akan memakaiku pada setiap petang sama ada untuk
mengayuh basikal, bermain badminton, berjoging ataupun berjalan-jalan pada waktu petang.  Kawan-kawannya
sering memuji akan kecantikan aku.

Aku bersyukur kerana mendapat tuan yang cermat dan pembersih.  Setiap kali selepas memakaiku, Kumari
akan mencuci kakiku yang dilekati pasir.  Kemudian, dia akan menyusun aku di atas rak kasut bersama-sama
dengan rakan-rakanku yang lain.  Sekiranya badanku kotor akibat terkena lumpur, dia akan mencuciku dengan
berhati-hati agar badanku tidak sakit.  Selepas itu,  Kumari akan menjemur aku di bawah cahaya matahari agar
badanku cepat kering.
Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, getah pada tapak kakiku pun menjadi haus.  Pada suatu hari,
tuanku tergelincir sewaktu berjalan dalam hujan lebat.  Sejak kejadian itu, tuanku tidak memakai aku lagi.
Akhirnya, dia telah membuang aku ke dalam tong sampah.  Tamatlah riwayat hidupku.

Anda mungkin juga menyukai