Anda di halaman 1dari 1

Model Karangan Aku sebuah kereta

Penulisan Tahun 4- Model Karangan


Badan aku berbentuk segi empat. Aku terdiri daripada empat biji roda yang moden, lampu, enjin
berkuasa tinggi dan pelbagai komponen yang canggih. Aku ialah sebuah kereta dan aku dinamakan Toyota
Camry. Aku dilahirkan di dalam sebuah kilang yang tersohor di dunia iaitu Syarikat Camry.

Sejurus aku dilahirkan aku diedarkan ke sebuah kedai menjual kereta yang terletak di Pulau Pinang.
Di situ, aku dilabelkan dengan harga RM 144,000.80 di dalam sebuah bilik pameran. Di dalam kedai itu, Aku
amat berbesar hati kerana tuan kedai itu melayan aku dengan teliti. Aku selalu dibersihkan oleh tuan kedai
itu sehingga berkilat-kilat.

Selain itu, aku juga berkenalan dengan banyak rakan-rakan seperjuangan yang mesra di dalam kedai
itu. Misalnya, Vios, Avanza dan sebagainya. Kami bermain dengan seronok sepanjang hari di situ. Hubungan
kami rapat bagaikan isi dengan kuku. Akan tetapi, sehari demi sehari, rakan-rakan kesayanganku aku
meninggalkan aku kerana mereka telah dibeli oleh manusia. Hatiku sangat pedih.

Pada suatu hari, seorang gadis yang ayu mengunjung ke kedai aku. Selepas satu jam memilih, gadis
itu membuat keputusan untuk membeli aku. Aku berasa sangat gembira. Sesampai di rumah tuan baru aku,
baru aku menyedari bahawa tuan aku bernama Susan. Beliau melayan aku bagai menatang minyak yang penuh.
Beliau selalu memandu aku untuk ke tempat bekerja.

Pada bulan yang lepas, semasa Susan memandu aku ke tempat bekerja, aku dilanggar oleh sebuah lori
yang besar. Aku cedera parah dan keadaan aku bagaikan nyawa-nyawa ikan. Susan berasa gelisah bagaikan
cacing kepanasan. Kemudian, beliau segera menghantar aku ke bengkel untuk diperbaiki. Akhirnya, aku
bersyukur kepada tuhan yang mahaesa kerana aku berjaya diselamatkan oleh juruteknik yang mahir.

Aku sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada Susan. Susan ialah tuan yang paling murah
hati dan berkasih sayang di dalam dunia yang istimewa ini. Aku berjanji akan berkhidmat untuk tuan aku
dengan taat dan setia sepanjang hayat aku.

SK Cheng B.A. (Hons) Ed. (USM)

Tel: 012-4138225

Anda mungkin juga menyukai