Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan novel yang telah saya kaji dalam

tingkatan 5 iaitu novel Songket Berbenang Emas. Terdapat


beberapa peristiwa yang menarik minat saya dalam bahagian
permulaan.
Peristiwa dalam bahagian permulaan ialah sesorang
ibu menghidap penyakit kemurungan. Contohnya, ibu Dahlia,
Saleha selalu bercakap sendirian di bawah pokok getah. Saya
telah tertarik dengan peristiwa itu kerana saya ingin
mengetahui punca ibunya menghadapi penyakit itu. Saya
juga mahu mengetahui keadaan terakhir ibu.
Peristiwa yang seterusnya dalam bahagian
permulaan ialah hubungan dua orang yang digambarkan
sebagai pasangan bercinta. Contohnya, Azhari ingin
menyatakan hasrat hatinya dengan pergi ke rumah keluarga
Dahlia untuk berbincang tentang hubungan mereka. Saya
telah tertarik dengan peritiwa itu kerana mahu mengetahui
kesudahan hubungan anara mereka berdua.
Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, terdapat
banyak bahagian yang menunjukkan unsur saspens.
Dalam novel ini, peristiwa ayah Dahlia iaitu Embong
dipatuk ular menunjukkan unsur saspens. Contohnya,
pembaca akan tertanya-tanya tentang keadaan Embong
sama ada dia akan mati atau tidak. Dahlia akan kehilangan
tempat bergantung jika Embong mati.
Seterusnya, peristiwa rombongan pertunangan Azhari
yang tiba lewat menunjukkan unsur saspens. Contohnya,
pembaca akan tertanya-tanya tentang sebab Azhari tiba
lewat utnuk majlis pertunangan, Pembaca juga hairan akan
kesudahan majlis pertunangan ini.

Anda mungkin juga menyukai