Anda di halaman 1dari 2

Bunga melur dalam jambangan,

Di tepi kolam menjadi hiasan ,


kucipta pantun buat renungan,
semarak nilam empunya wawasan

Hai kawan-kawan….Saya Thamilinie Rajendrasolan. Saya murid tahun Lima Barathi dari SJKT
St. Theresa’s Convent Taipng Perak. Hobi saya ialah membaca buku . Di sini saya ingin
mengambil kesempatan untuk berbual tentang beberapa buku yang telah memikat hati
saya.

Buku pertama yang ingin saya kongsikan ialah cerita Hang Tuah oleh Abu Zar dan
bermuka surat 98 helaian. Hang Tuah merupakan seorang petarung silat yang amat handal
dan tiada tokoh bandingannya. Hang Tuah yang menyelamatkan Dato’ Bendahara dengan
berani telah dijadikan petugas di istana.

Kedua ialah Anak yang Berani oleh Murad Arsad setebal 109 halaman. Ceritanya pula
berkaitan keberanian tiga orang kanak-kanak yang kurang sempurna dari segi fizikal
menemui sekumpulan penjenayah.

Puteri Bunian Disumpah oleh Rubiah Jusoh merupakan cerita ketiga pilihan istimewa
saya. Ia mengisahkan tentang seorang puteri bunian yang telah disumpah dan bertukar
kepada manusia setelah mengahwini seorang nelayan bernama Awang.

Cerita keempat yang menjadi tarikan saya ialah Belalang dan Semut yang
berhalaman 8 helai. Buku ini memberi pengajaran bahawa seseorang perlu rajin berusaha
agar menikmati kesenangan hidup.

Cerita kelima pula berjudul Songket Berbenang Emas dan menjadi pilihan cerita
inspirasi saya. Alangkah istimewanya isi cerita yang dibualkan dalam judul Songket
Berbenang Emas oleh Khairuddin Ayip yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Novelnya
berhalaman sebanyak 255 helai dengan harga RM15.00 sahaja. Beliau telah menghasilkan
pelbagai karya kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak.

Tema novel ini adalah kecekalan seorang remajaiaitu Dahlia yang berusia 19 tahun.
Pelbagai persolan telah menjadi bahan bualan dalam novel ini. Antaranya ialah, persoalan
tentang kasih sayang antara ahli keluarga, persoalan tentang hasil daripada kegigihan dalam
pelajaran, persoalan tentang sikap mementingkan diri dalam kalangan masyarakat dan
sebagainya. Penulisan plot cerita mudah dibaca dan pasti memikat hati para pembaca.

Watak utama novel ini ialah Dahlia. Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia,
seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia
menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan
STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian
kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat
di Hospital atas masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad
selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak
berminat untuk belajar. Akibatnya, Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi
dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan
Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari. 

Beberapa pengajaran yang dapat saya pelajari dalam novel ini. Antaranya, kita
hendaklah mengakui dan insaf terhadap kesalahan yang pernah kita lakukan, mengelakkan
daripada bersangka buruk terhadap orang lain dan juga perlu bersikap empati dan
membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Akhir sekali, boleh dikatakan novel ini mudah difahami serta boleh dijadikan
pedoman hidup bagi kita semua. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai