Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU

SJKT ST. THERESA’S CONVENT, TAIPING TAHUN 2022

Pada 16 Mei yang lalu, SJKT St. Theresa’s Convent telah mengadakan sambutan Hari Guru.
Sambutan ini telah berlangsung dengan sungguh meriah.

Tujuan sambutan Hari Guru ialah untuk mengenang budi dan menghargai segala
pengorbanan yang ditunjukkan oleh para guru. Guru diibaratkan sebagai lilin yang membakar
diri mereka untuk mendidik dan melahirkan anak yang berpengetahuan serta menjadikan kita
sebagai insan yang mulia di dunia ini. Maka, menjadi tanggungjawab seseorang murid untuk
mengucapkan terima kasih kepada semua guru mereka.

Pada pukul 7.35 pagi, semua guru dan murid telah berkumpul di dewan sekolah.
Sebagai aktiviti permulaan nyanyian Lagu Negaraku, ikrar guru dan Lagu Guru Malaysia
telah berlangsung. Kemudian, aktiviti memotong kek hari guru pula diadakan. Aktiviti
terakhir ialah permainan guru. Beberapa aktiviti permainan juga diadakan untuk menceriakan
lagi sambutan hari guru sekolah kami. Para guru bermain dengan seronok.

Selepas itu, jamuan kelas telah diadakan. Para murid telah membawa makanan dari
rumah mereka. Antaranya ialah, nasi lemak, kek, agar-agar, manisan, gula-gula, coklat dan
sebagainya. Kami menjamu selera makanan dengan hati yang gembira. Jamuan hari guru
berlangsung selama satu jam.

Akhirnya, kami mengambil swafoto dan mengemaskan bilik darjah. Tidak terlupa
juga oleh saya untuk memberikan hadiah Hari Guru kepada guru kesayangan saya. Sambutan
Hari Guru telah berlangsung seperti yang dirancangkan. Tepat pukul 1.05 tengah hari, kami
pulang dengan hati yang gembira.

Yang benar, 20 MEI 2022


_________________
(THAMILINIE A/P RAJENDRASOLAN)
Setiausaha,
Kelab Bahasa Melayu,
SJKT St. Theresa’s Convent, Taiping.

THAMILINIE A/P RAJENDRASOALAN


5 BARATHI

Anda mungkin juga menyukai