Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN

SAMBUTAN HARI GURU


SEKOLAH DALAM HOSPITAL
AMPANG
18 MEI 2015 (isnin)

1.0 PENDAHULUAN
Saban tahun, Hari Guru diraikan bagi mengenang jasa guru sebagai
pendidik kepada anak bangsa. Ia diraikan pada 16hb Mei setiap tahun. Walau
bagaimanapun, pada tahun ini tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu. Oleh itu,
Sekolah Dalam Hospital Ampang telah meraikan sambutan Hari Guru peringkat
sekolah pada 18 Mei 2015.
Jasa dan pengorbanan guru amatlah besar kerana sebahagian besar
masa pembesaran kanak-kanak adalah di sekolah. Guru umpama ibubapa
kedua seseorang kanak-kanak itu. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab untuk
membentuk insan yang bakal mewarnai masa depan negara. Umpama sekiranya
tiada profesion Guru maka tiadalah profesion yang lain.

2.0 OBJEKTIF
Hari Guru disambut untuk mengenang jasa dan pengorbanan guru
sebagai seorang pendidik modal insan. Ia adalah cara kita menghargai para guru
ke atas ilmu yang diberikan. Hari Guru juga merupakan hari meraikan semua
pendidik samada di sekolah, di kolej mahupun di universiti.

3.0 AKTIVITI
Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Dalam Hospital Ampang (SDHA)
bermula pada jam 9.00 pagi, dimulai dengan nyanyian lagu Neragaku, lagu
negeri Selangor dan lagu Guru Malaysia. Sesudah itu, guru-guru bersamasama membaca ikrar Hari Guru yang diketuai oleh En Azhar Bin Johari. Ini diikuti
dengan bacaan doa oleh En. Muhd Azlan B. Yusoff. Selepas itu, Penyelia SDHA
Pn. Linda Tai telah membacakan perutusan daripada Menteri Pendidikan dan
Ketua Pengarah Pendidikan.
Lebih kurang jam 9.30 pagi, telah diadakan acara memotong kek
sempena Hari Guru yang ditaja oleh Kelab Kebajikan SDHA. Selepas itu, para
guru menikmati kek tersebut bersama pelajar dan staf wad 4B. Jamuan ringan
juga diadakan secara pot-luck. Aktiviti permainan juga diadakan seperti
pertandingan congkak, perlawanan Jengga dan catur. Upacara pemberian
hadiah diadakan setelah semua keputusan diperolehi. Selain daripada itu,
cenderahati daripada Kelab Kebajikan SDHA juga disediakan untuk kesemua

kakitangan sekolah. Jam12.30 tengahari, guru-guru dan PPM pergi ke Restauran


Hadramawt, Jalan Ampang untuk makan tengahari.
3.1 GAMBAR AKTIVITI

a) Bacaan ikrar beramai-ramai

c) Acara potong kek

b)Bacaan doa untuk keberkatan majlis

d)Mengalas perut

e) Pertandingan congkak f) perlawanan Jengga

g) Pemberian hadiah

h) Muka-muka kelaparan kesiannn

i) Kenyang perut suka hati!!

Hadiah Hari Guru..


tiada yang pulang
tangan kosong

4.0 IMPAK

Ini adalah sambutan kali pertama sejak pertambahan guru di SDH


Ampang. Suasananya lebih meriah dan banyak aktiviti boleh dilakukan. Walau
bagaimanapun, kurang penglibatan murid kerana bilangan pelajar yang tidak
ramai.
Objektif nyata tercapai kerana guru-guru semua bergembira dan saling
meraikan walaupun tanpa kehadiran murid-murid.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(MIMI IZEANTI BT IDRIS)

(TAI SHON LIAN, LINDA)

Penyelaras

Penyelia

Sambutan Hari Guru

Sekolah Dalam Hospital Ampang

Anda mungkin juga menyukai