Anda di halaman 1dari 1

Karangan "Catatan sambutan hari guru di sekolah"

Soalan:
Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Tulis catatan kamu sepanjang sambutan tersebut.

Isnin, 16 Mei 2016


8.00 pagi
Semua guru dan murid berhimpun di Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Pada pagi ini
semua guru memakai baju batik bertemakan warna merah. Sebelum acara sambutan hari guru bermula, Cikgu
Mazlan selaku pengerusi majlis pada hari itu sibuk mencuba pembesar suara.

8.15 pagi
Semua murid dan guru berdiri tegak. Kami sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan
Lagu Sekolahku Berjaya. Setelah selesai menyanyikan lagu-lagu tersebut, semua murid dan guru dibenarkan
duduk.
Kemudian, Cikgu Mazlan yang mempengerusikan majlis meminta semua guru berdiri di atas pentas untuk
menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan diikuti dengan bacaan ikrar.

8.45 pagi
Ketua Murid tampil ke depan untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya Ketua Murid mengucapkan
terima kasih atas jasa dan pengorbanan para guru. Dia juga mendoakan kesejahteraan guru-guru.

9.00 pagi
Guru Besar dipersilakan menyampaikan ucapan dan membaca perutusan Menteri Pendidikan. Semua guru dan
murid memberi tumpuan dan mendengar dengan teliti. Setelah itu Guru Besar merasmikan sambutan Hari
Guru peringkat sekolah 2016.

9.30 pagi
Acara sukan yang melibatkan guru-guru dan murid-murid diadakan di padang sekolah. Guru lelaki bermain
bola sepak dan lumba lari dalam guni manakala guru-guru perempuan pula bermain bola jaring serta berjalan
dengan terompah gergasi. Kami sangat terhibur melihat telatah para guru.

11.00 pagi
Selepas rehat murid-murid dan guru-guru berkumpul semula di Dewan Gemilang. Acara seterusnya ialah
persembahan murid-murid. Ramai murid yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara seperti nyanyian,
deklamasi sajak, lakonan dan lawak jenaka. Suasana dewan agak gamat dengan gelak
ketawa kami melihat aksi-aksi lucu rakan-rakan yang membuat persembahan.

12.00 tengah hari


Seterusnya diadakan pula acara pemberian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru. Inilah kemuncak acara
sambutan hari guru pada tahun ini. Murid-murid berebut-rebut memberikan hadiah kepada guru-
guru. Pelbagai barangan yang terbungkus rapi dijadikan hadiah oleh murid-murid untuk para guru

1.00 tengah hari

Semua acara sambutan hari telah berakhir. Kami semua dibenarkan pulang setelah mengemas semula dewan
dan peralatan yang telah digunakan. Hari ini saya berasa sangat seronok kerana berpeluang merayakan
sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Anda mungkin juga menyukai