Anda di halaman 1dari 1

Contoh Karangan: Sambutan Hari Guru

Pendahulua
n
(2 ayat)

Pada 16 Mei 2011 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan


sambutan Hari Guru. Tujuan sambutan ini adalah untuk mengingati jasa
guru yang telah mendidik murid dengan berdedikasi.

Isi 1
(3 ayat)

Sejak awal pagi, semua murid, guru-guru dan ahli Persatuan Ibu
Bapa dan Guru telah berkumpul di dewan sekolah. Dewan sekolah telah
dihias dengan belon-belon yang cantik. Para hadirin mengambil tempat
duduk masing-masing di dalam dewan sebelum majlis bermula.

Isi 2
(3 ayat)

Majlis bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa.
Selepas itu, juruacara menjemput Guru Besar SJK(C ) Chung Hua Spaoh
untuk memberi ucapan perasmian. Majlis telah dirasmikan oleh Guru
Besar.

Isi 3
(4 ayat)

Seterusnya, persembahan koir, nyanyian dan tarian yang


dipersembahkan oleh murid-murid dijalankan. Para tetamu terhibur dengan
persembahan yang menarik ini. Selain itu, sukaneka yang melibatkan guru,
murid-murid dan ibu bapa juga dijalankan. Semua hadirin bermain dengan
girang sekali.

Isi 4
(3 ayat)

Majlis berhenti pada pukul 11.00 pagi untuk para hadirin berehat
seketika. Semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan khas yang telah
disediakan disediakan oleh kantin sekolah dan ibu bapa. Semua makanan
yang disediakan sedap-sedap belaka.

Isi 5
(3 ayat)

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada


pemenang dalam acara sukaneka. Di samping itu, sijil juga disampaikan
kepada guru cemerlang. Wakil murid daripada setiap kelas juga memberi
bunga kepada setiap guru sebagai tanda penghargaan.

Penutup
(4 ayat)

Menjelang pukul 2.00 petang, majlis bersurai. Saya berasa penat


tetapi gembira. Kita perlulah mengingati jasa guru dan membalas jasa guru
dengan belajar bersungguh-sungguh. Janganlah kita bersikap seperti
kacang melupakan kulit.

Anda mungkin juga menyukai