Anda di halaman 1dari 5

Teks Juruacara Majlis Sambutan Hari Guru, Hara Raya & Hari Kaamatan

Bil. Teks Catatan

Perhatian kepada anak2 murid sekalian, bagi melicinkan


perjalanan majlis pada hari ini, di sini dibacakan beberapa
pengumuman:

1. Pihak majlis memohon kerjasama anda semua agar


tidak membuat bising semasa majlis sedang
berlangsung,
2. Jika ingin ke tandas hendaklah meminta kebenaran
dengan guru yang bertugas terlebih dahulu.
3. Pihak majlis juga mengharapkan semua murid berdiri
semasa pengumuman ketibaan guru besar, dan terus
berdiri sehingga dipersilakan untuk duduk.
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas perhatian
dan kerjasama semua murid sekalian.

Mengumumkan ketibaan Pasang Muzik


yg Berusaha Encik Petrus Josephemin, Guru Besar SK SFX semasa ketibaan
diiringi Barisan guru Penolong Kanan GB
dan seterusnya guru2 SK SFX.

Anak-anak murid sekalian, marilah kita sama2 memberikan


tepukan yang paling gemuruh kepada semua guru-guru SK
SFX.

Pasang lagu
Majlis akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku,
Sabah Tanahairku dan lagu sekolah.
Semua guru dan murid2 diminta berdiri.

( Nyanyian lagu )

Terima kasih atas nyanyian itu tadi, hadirin hadirat dipersilakan


duduk.

Bismillahirrahmanirrahim … ( Doa )

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarkatuh, salam


sejahtera dan salam perpaduan dalam 1 sambutan bagi 3 hr
yang istimewa.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berusaha,Encik Petrus Josephemin , GB SKSFX


Yang dihormati
Pn Chin Sit Ping, GPK Kurikulum
En. Mustafa Bin Malisin , GPK HEM
En. Bob Edrem , GPK Kokurikulum
Ahli2 Jawatankuasa pelaksana Majlis,
Barisan guru2 penjana modal insan gemilang, para Kakitangan
sokongan sekolah,
Barisan anak2 pemimpin sekolah, seterusnya anak2 murid
yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Sambutan hari Guru, Hari Raya dan


Hari Kaamatan peringkat Sekolah Kebangsaan St Francis
Xavier bagi tahun 2022.

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan nikmat


dan kurniaNya, pada hari yang bahagia ini dapat sama-sama
kita berkumpul di dewan ini untuk meraikan 3 sambutan di
dalam 1 majlis.

Semoga kehadiran para guru dan murid2 sekalian akan dapat


memeriahkan lagi suasana majlis pada pagi yang damai ini, di
samping dapat mengukuhkan lagi tautan kemesraan antara
kita.

Buluh ditarik panjang sepuluh,


Mahu dijolok sarang penyengat,
Tangan diangkat jari sepuluh,
Doa diminta agar selamat.

Para guru dan murid2 sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-
sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
alfadil ustaz Awang Addy Bin Daud. Falyatafaddhol
masykuroh.
Dengan hormatnya dipersilakan.

( Bacaan Doa )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada AlFadhil


Ustaz atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan kita
diberi hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis kita
pada hari ini dengan jayanya.
Anak Kecil pergi memburu,
Tidak terbiasa dengan kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia

Para guru dan murid2 sekalian,

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis menjemput Adik


Valentine Rayner dari kelas 6 Biru yang merupakan Ketua
Pengawas Sekolah bagi sesi tahun 2022 untuk menyampaikan
ucapan wakil murid, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan ..

( Ucapan wakil murid )

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada adik Valentine atas ucapan sebentar tadi.

Hari Guru dan hari raya,


Tidak dilupa hari kaamatan,
Guru Tunjang sekolah sejahtera,
Tema guru kita raikan.

Baiklah para hadirin hadirat sekalian,


Majlis kini akan menjemput Yang Berusaha Cikgu Petrus
Josephemin, Guru Besar SK SFX untuk menyampaikan
ucapan beliau dan seterusnya merasmikan majlis kita pada
hari ini.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

( ucapan GB, Bacaan Ikrar guru )

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih


kepada yang Berusaha Guru Besar atas ucapan perasmian
sebentar tadi,

Seterusnya majlis menjemput Guru Besar diiringi oleh Barisan


Guru Penolong Kanan untuk melaksanakan gimik pelancaran
rasmi. Guru Besar akan memalu gong sebanyak 3 kali, yang
merupakan simbolik pada 3 perayaan yang disambut dalam 1
majlis pada hari ini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Baiklah murid2, sama2 kita kira, 1 2 3...

( paluan gong )

Dengan paluan gong itu tadi, maka rasmilah sudah majlis kita
pada hari ini.
Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar dan guru2
penolong kanan atas pelancaran gimik itu tadi.

Majlis seterusnya menjemput yg berusaha guru besar untuk


mengetuai bacaan ikrar guru. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

( Bacaan ikrar guru )

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih, kepada guru besar


kerana mengetuai bacaan ikrar guru sebentar tadi.

Bagi menyerikan lagi majlis kita pada hari ini, majlis menjemput
semua guru untuk naik ke pentas bagi menyanyikan lagu “
kami guru Malaysia”. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Nyanyian lagu kami guru Malaysia )

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih, kepada semua guru2


atas persembahan nyanyian yang penuh semangat itu tadi.

Majlis akan diteruskan dengan acara pemotongan kek


sempena hari guru.
Dijemput sekali lagi guru besar, barisan guru penolong kanan
dan rakan2 guru untuk menyempurnakan acara pemotongan
kek ini. Dipersilakan ...

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar


dan guru2 atas penyempurnaan acara pemotongan kek itu
tadi.

Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan, jika hati seputih
awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan kita
saling bermaafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Baiklah, para guru dan murid2 sekalian,


Sempena sambutan hari raya kita pada hari ini, marilah kita
sama2 saksikan persembahan nyanyian lagu hari raya oleh
adik Nur Safiy Wadaah dan adik Hurul Syifa dari kelas 6 Biru..
Dipersilakan ..

( Persembahan 1 )

Terima kasih dan berikan tepukan gemuruh untuk anak2 murid


atas persembahan tadi ..

Anda mahu lagi ?? !!

Sebelum kita menyaksikan persembahan nyanyian seterusnya,


izinkan saya untuk membacakan satu rangkap pantun dalam
bahasa kadazandusun.

Tadau mimbulai id doros nabalu


Soira tumonob id rahat kokitanan
Tadau kokotuan norikot no wagu
Koubasanan tokou tinaru dusun kadazan

Sempena sambutan hari kaamatan kita pada hari ini, marilah sama2
kita saksikan 1 lagi persembahan nyanyian lagu yang akan dinyanyikan
dalam Bahasa kadazan dusun.
Dengan itu majlis menjemput adik (
Untuk menyampaikan persembahan nyanyian mereka. Dipersilakan.

( nyanyian kaamatan )

Terima kasih dan tepukan gemuruh sekali lagi kepada artis2 cilik dari sk
sfx yang sungguh berbakat sebentar tadi. Tahniah diucapkan ..

Para guru dan murid sekalian,majlis kita akan diteruskan dengan acara
pertandingan menganyam ketupat yang akan dikendalikan oleh Cikgu
Meliana.

Sebelum saya menyerahkan mikrofon ini kepada beliau,


Izinkan sy untuk membacakan 1 lg rangkap pantun Bahasa kadazan
dusun.

Mongoi oku po pamakid do guol


Kitimpu nopo om mumbaya oku ii mokilampun
Sontob boros ku di katangkid om kosinduol
Uludon ku tunturu do mokiampun

Segala yang baik datang dari Allah SWT dan segala yang
kurang atau kelemahan adalah dari saya insan biasa. Sebelum
mengundur diri, sambutlah salam manis untuk semua dan
saya sudahi dengan lafaz suci...
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.

Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai