Anda di halaman 1dari 4

Yang Berbahagia, Puan Asnah binti Hamid, Guru Besar, SK Methodist ACS,

Puan Safina binti Sulaiman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Francis Wong Kar Yin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Lee Wee Kiat, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam Sepakat Seiring Melangkah, ACS Gah!!

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi syukur kita ke


hadrat Illahi, Tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita
diberi luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan
kesempatan untuk bersama-sama berhimpun di dewan ini dalam majlis
pelancaran Minggu Bahasa Melayu Peringkat SK Methodist ACS Tahun
2023.

Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Semua guru dan murid diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku, Lagu Negeri Melaka dan Lagu Sekolah

Kalungan penghargaan buat semua.


Semua guru dan murid dipersilakan duduk.

Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.
Agar perhimpunan ini diredai, majlis dirahmati,
Pihak majlis mempersilakan Saudara ______________________ untuk
memimpin bacaan doa.
Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada saudara _______________ atas bacaan doa


sebentar tadi.

5. UCAPAN PERASMIAN
Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Bahasa kebangsaan jiwa bangsa
Perpaduan disemai bersatu hati

Melilit rotan di dahan ara


Di celah angsana mekar sekata
Ucapan alu-aluan pembuka bicara
Guru Besar ACS bermadah kata

Para guru dan rakan yang dikasihi.

Pihak majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Asnah


binti Hamid, Guru Besar SK Methodist ACS untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya melancarkan Minggu Bahasa Melayu SK Methodist ACS bagi
Tahun 2023.

Dipersilakan..

XXXXXXX

Demikianlah ucapan telus membawa mesej kudus oleh Puan Guru Besar.
Pihak majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih
atas ucapan perasmian yang telah disampaikan.
Kini dijemput Puan Guru Besar naik ke atas pentas bagi menyempurnakan
majlis pelancaran Minggu Bahasa Melayu Peringkat Sekolah 2023.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Guru Besar kerana telah
menyempurnakan gimik pelancaran sebentar tadi.

Tingkap papan kayu bersegi


Sampan sarat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Bermartabat bangsa kerana bahasa

Pihak Panitia Bahasa Melayu telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang


Minggu Bahasa Melayu ini. Justeru marilah kita sama-sama merujuk
maklumat berkaitan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu melalui
tayangan montaj yang disediakan. Diharapkan semua murid dapat memberi
sokongan dan kerjasama bagi setiap aktiviti yang telah dirancang.

Cincin suasa tersemat di jari


Hiasan tersohor Dato Bahaman
Bahasa Kebangsaan indah terperi
Menjulang martabat zaman berzaman

6. PERSEMBAHAN
Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu noktah, majlis akan
diserikan dengan nyanyian bersama-sama lagu yang menjadi tema Minggu
Bahasa Melayu. Justeru sekali lagi, saya mohon semua hadirin berdiri dan
menyanyikan bersama-sama lagu Bahasa Jiwa Bangsa..

XXXXXXXXX

Pihak majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan atas nyanyian yang telah


disampaikan.
Majlis kita sampai ke penghujungnya.

Yang kurik itu kendi


Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Jejaran mengkudu bias kesuma


Dicelah angsana di Kuala Sedeli
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali

Sekian, Wassalamualaikum Wbt.

Anda mungkin juga menyukai