Anda di halaman 1dari 10

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

SMK Dato’ Biji Wangsa 2006


*** Mengumumkan perarakan masuk Tuan Pengetua, para Pentadbir dan juga guru-
guru.

(Iringan muzik gamelan)

Dijemput semua guru dan pelajar berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan
Selamat Al Sultan.

(Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Al Sultan & Lagu Sekolah)

Warga dewan dipersilakan duduk.


*********************************************************************

Bismillahirrahmanirrahim !
Assalamualaikum w.r.t dan Salam Ceria untuk semua!

Yang Berusaha,
Pn. Hjh Wan Radziah Wan Mustapa
Pengetua SMK Dato’ Biji Wangsa

Yang Berusaha,
Penolong-penolong Kanan,
Guru-guru Kanan,
Guru-guru Cemerlang,
Kaunselor-kaunselor Pelajar,
Guru-guru,
Dan yang dihormati rakan-rakan pelajar sekalian.

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama panjatkan rasa syukur ke


hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia serta izinNya kita dapat berkumpul di
,
Dewan Sri Wangsa ini untuk sama-sama merayakan majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat sekolah SMK Dato’ Biji Wangsa bagi tahun 2006.

Salam dikirim tanda hormat,


Terbang lalu di awan biru,
Meenguak kini, jendela tarikh keramat,
Istimewa untukmu : Hari Guru,

Dengan bahasa, meminpin langkah perjuangan,


Memaparkan arah, terlihat fakta, terpancar ilmu,
Pendidikan Bestari, pemangkin kegemilangan,
Itulah tema, cabaran iltizam Hari Guru 2006.

Hadirin warga dewan yang budiman,


Majlis Sambutan Hari Guru adalah merupakan acara wajib dilaksanakan setiap tahun
untuk merai dan mengenang jasa dan sumbangan yang telah guru-guru curahkan
kepada kita semua. Sesungguhnya tanpa guru kita tidak akan dapat hadir di sini dan
meneruskan pendidikan khususnya di SMK Dato’ Biji Wangsa. Untuk makluman kita
semua, tema perayaan Hari guru pada tahun ini ialah “ Pendidikan Bestari Pemangkin
Kegemilangan”.

Warga dewan yang ceria seluruhnya,


Semoga majlis ini mendapat keberkatan, marilah kita semua selaku insan yang kerdil
sifat dan upaya, dengan nurani yang bersih, minda yang jernih, menghimpunkan
segala hasrat dan harapan. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengungkapkan doa dan
munajat. Justeru itu, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan doa yang
akan dibaca oleh saudara ……………………….………………………. majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan

( Bacaan Doa )

**********Majlis merakamkan ucapan terima kasih


Hadirin-hadirat yang dimuliakan sekelian,

Mengangkat kadam kepak yang indah,


Tertanggal paruh emas suasa,
Doa pembuka dibaca sudah,
Usahlah kita membuang masa,
Ayuh segera ke acara utama.

Majlis dimulakan dengan bacaan perutusan Ketua Penolong Pengarah Malaysia yang
akan dibacakan oleh Yang Disayangi Ayahanda PK HEM. Majlis dengan hormatnya
menjemput Ayahanda Tn Hj Mustaffa Hj Salleh untuk Bacaan Perutusan tersebut.
Dipersilakan.

(Perutusan KPPM)

*************Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Warga Sri Wangsa wahana pembangunan negara sekalian,


Seterusnya marilah kita sama-sama mendengar perutusan daripada Menteri Pelajaran
Malaysia yang akan dibacakan oleh Yang Dikasihi Ayahanda Tn. Hj Yaacob, PK
Pentadbiran. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Perutusan Menteri)

***************Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Meneruskan acara kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan, Nik
Mohd Kamarul Hasreeq B. Mohd Zaki, wakil pelajar SMK Dato’ Biji Wangsa untuk
menyampaikan luahan rasa pelajar. Dipersilakan.

(Ucapan Wakil Pelajar)

******Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Warga dewan yang budiman seluruhnya,

Tidak sempurna rasanya majlis kita, tanpa diserikan dengan ucapan wakil
guru.Dengan ini majlis menjemput pengerusi KGKT, Pn. Siti Sara Che Mat untuk
menyampaikan luahan bicara guru. Dipersilakan.

( Luahan Bicara Guru)

*********** Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin hadirat yang berbahagia sekalian,

Tampilmu bergaya bak bidadari,


Menjadi idola Warga Sri Wangsa;
Titipanmu bonda amat dinanti,
Pembakar semangat penawar jiwa.

Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan bonda yang dikasihi, lagi disayangi, Pn. Hjh Wan
Radziah Wan Mustapa, Pengetua SMK Dato’ Biji Wangsa untuk menyampaikan
Titipan kata yang merangsang motivasi kita semua dan seterusnya merasmikan
Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat SMK Dato Biji Wangsa bagi Tahun 2006.
Dipersilakan.

( ucapan Pengetua)

******Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Bonda Hjh Wan Radziah atas
titipan kata itu tadi.

Kini tibalah masanya kita ke agenda lafazz ikrar guru. Untuk menyempurnakannya,
majlis dengan segala hormaatnya mempersilakan bonda Pn Hjh Wan Radziah Wan
Mustaffa dengan di iringi barisan pendidik yang berdedikasi. Majlis lafaz ikrar guru
akan diketuai oleh En. Zulkifli Mat ail.
Majlis dengan seegala sukacitanya mempersilakan.

(bacaan ikrar)

*********Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Zulkifli Mat Ail.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu GURU MALAYSIA dan LAGU TEMA
HARI GURU. Untuk itu dijemput Pn Siti Sara Che Mat untuk mengelolakannya.
Dipersilakan.

(nyanyian )

*********Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat bonda dan barisan


kepimpinan SMK Dato’ Biji Wangsa.

Bagi meneruskan acara yang seterusnya, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan bonda dengaan diiringi oleh barisan guru untuk mengambil tempat di
barisan pentas.
Duhai warga pasak kepimpinan negara,

Sekarang berganjak pula kita ke acara, penyampaian tanda mata kenangan pelajar
kepada guru. Majlis penyampaian tanda mata kenangan, di mulakan dengan
penyampaian oleh ketua tingkatan kepada para guru.

Seterusnya, penyampaian tanda ingatan mesra guru kepada pelajar.


Lihatlah rakan-rakan betapa sayangnya guru kepada kita. Walaupun sedikit, tetapi
cukup bermakna.

(penyampaian hadiah)

******Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


PERSEMBAHAN 1

Bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramli, “Pincanglah lagu, tanpa irama”. Tentulah
akan hambarnya suasana majlis, tanpa persembahan.

Warga Sri Waangsa seluruhnya,

Syair paantun, puisi, dan gurindam,


Iraama lagu, zaman berzaman,
Dendangan terserlah, bakat terpendam,
Persembahan koir pembuka rentak, arena persembahan.

Bagi menyerikan majlis pada pagi yang bertuah ini, dipersilakan kumpulan koir Sri
Wangsa.

(koir)

******Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Pasukan Koir itu tadi dibimbing
secara terpimpim oleh Pn. Siti Sara Che Mat.

Majlis yang penuh simbolik ini, turut diiringi dengan deklamasi sajak oleh adik
………………………………………… Dipersilakan.

(sajak)

Terima kasih.

Persembahan seterusnya adalah gandingan pelajar dan guru. Dengan ini majlis
mempersilakan saudara Hirmanizan dan ciKgu Wan Azman. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Kita akan dihiburkan pula dengan persembahan boria daripada pelajar-pelajar


tingkatan 6.Dipersilakan.
( boria )

******Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Untuk pengetahuan bersama,


pasukan boria itu tadi, dibimbing oleh Pn Zaarohimah Mat Yusof.

Warga intelektual Sri Wangsa sekalian,

Majlis sekali lagi berganjak ke acara penyampaian kenangan abadi bekas pelajar
kepada guru……………………………………..

Seterusnya, penyampaian kenangan indah KGKT kepada guru


-diberi mengikut jabatan wakill- guru kanann.
- pentadbir
-pengetua
- penyampaian hadiah  Pn. Siti Sara

Ilmu dan budi yang terakam, tidak ternilai untuk dijual beli- hanya tanda ingatan
dihulur sebagai ucapan “ Terima kasih cikgu!”

PERSEMBAHAN 11

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian Thai yang dibimbing oleh
…………………………………… Dipersilakan.

( tarian )

********Terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Seterusnya, persembahan sketsa bertajuk…………………………………………..


yang akan dipersembahkan oleh pelajar tingkatan 6A3. Dipersilakan

( sketsa )
*******Terima kasih di atas persembahan sketsa yang begitu mantap itu tadi.

Tidak lengkap rasanya majlis kita tanpa persembahan daripada warga pendidik Sri
Wangsa yang dikasihi.
Dengan ini majlis menjemput En. Naim bin Hamat untuk mempersembahakan
nyanyian beliau. Dipersilakan.

( nyanyian )

********Terima kasih di atas nyanyian yang cukup bertenaga itu tadi.

Sekali lagi, Warga Sri Wangsa akan diperdengarkan dengan nyanyian yang akan
didendangkan oleh En. Kamaruzzaman Mohd Yusoff. Dipersilakan

( nyanyian )

********Terima kasih

Hadirin dan hadirat sekalian,


Sesungguhnya, kecemerlangan akademik seseorang pelajar adalah digembeling
melalui komitmen semua pihak. Kesepakatan dan penyatuan idea antara sekolah
dengan rumah telah banyak mencernakan natijh yang positif. Justeru, sebagai ucapan
terima kasih pelajar kepada guru, pelajar Sri Wangsa telah menyediakan beberapa
anugerah Khas kepada guru.Oleeh itu, majlis menjemput Mohd Faez Abdullah Zarawi
selaku Pengerusi PERTINA dengan diiringi oleh saudari Mariana Abd Rahman
Untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakaan.

1) Anugerah Guru paling penyayang diberikan kepada Teacher Sara


2) Anugerah guru paling sporting diberikan kepada Cikgu Muhammad bin Othman
3) Anugerah guru paling popular pula diberikan kepada Cikgu Rosaidi
4) Anugerah Idola Sri Wangsa diberikan kepada Bonda Pn. Hjh Wan Radziah Wan
Mustafa

( Anugerah pilihan pelajar )


********Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Faez dan saudari Mariana

Duhai warga Sri Wangsa yang budiman sekalian,

Majlis Sambutan Hari Guru tahun 2006 diteruskan lagi dengan persembahan daripada
guru. Majlis dengan rasa penuh takzim mempersilakan pendidik Sri Wangsa untuk
mempersembahkan seloka bersahut. Dipersilakan.

( seloka bersahut )

*********Terima kasih diucapkan.

Seterusnya, majlis berganjak pula kepada acara debat spontan oleh


………………………………………………………… Dipersilakan.

( debat spontan )

*******Terima kasih.
Tidak lengkap rasanya majlis kita tanpa mendengar nyanyian daripada pendidik Sri
Wangsa. Dengan ini majlis mempersilakan………………............................................
…………………………………. Dipersilakan

( nyanyian guru )

*******terima kasih

------------------------- ANUGERAH KHAS PEGETUA ---------------------------------

Guru Dedikasi pemangkain kecemerlangan,


Budaya kekal tiada terhalang,
Pelajar cemerlang terus gemilang,
Harapan Sri Wangsa tiada terbilang.
Sebelum mengundur diri, pesanan kami putera puteri Sri Wangsa dialu-aalukan untuk
menyampaikan cencerahati kepada guru- guru tersayang sebaik sahaja majlis tamat, di
ruang legar dewan Sri Wangs.

Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf andainya tersilap kata
mahupun terkasar bahasa sepanjang pengendalian majlis. Pihak penganjur juga, turut
meerakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang sanggup
berinteraksi secara positif dan memberikan komitmen padu kearah menjayakan majlis
pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai