Anda di halaman 1dari 3

Teks pengacara majlis Hari Guru

Bismillah…….

Yang Berusaha Pn Asinah Jamlus Guru Besar SK Bukau,

Yang Berbahagia .................................


Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah .............................
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan,Guru-guru yang diraikan serta rakan-rakan yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria dan salam perpaduan.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Bukau.

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat sama-
sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2018
dengan tema : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.

Awal Bismillah pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz
Mohammad bin Hj Md Dikin. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(bacaan doa)
Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita mulai,
yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah lagu,Lagu Negaraku,
Lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah........ Sidang dewan dipersilakan berdiri.

(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan dipersilakan duduk.

Hadirian yang dihormati sekalian,


Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu dipersilakan ..Saudara Alfonso
Andrew...selaku Ketua Pengawas 2018 untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...
(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan ........................, Yang Di Pertua PIBG Sekolah ....................... untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan...
(ucapan)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan Puan Guru Besar Puan Asinah jamlus untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
(ucapan gb)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan guru besar itu tadi.

Sidang dataran yang dimuliakan,

Paluan gendang pembuka majlis,


Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru SK Bukau tampil ke atas pentas bagi acara melafazkan ikrar
diketuai oleh Encik Mat Jauilah Bin Ini, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian
oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema Hari Guru oleh
barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Sidang hadirin sekalian,

Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG ………….. kepada guru-guru.


Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan..........menjemput dan
mengiringi ............................, Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan hadiah kepada barisan guru-
guru. Dipersilakan.....
(penyampaian hadiah)

Sidang dataran sekalian ;

Maju Bangsa Kerana Bahasa,


Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........ untuk menyampaikan
cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia .............,dipersilakan....... dan
seterusnya kepada Yang Berbahagia......................,dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima
kasih.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Allah SWT jua dan
sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincanganmajlis
ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima


kasih.”SELAMAT HARI GURU”

Anda mungkin juga menyukai