Anda di halaman 1dari 6

Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam ukhwah mahabbah...

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum kalimah pembuka tirai...

Alhamdulillah.....

Yang Berbahagia, Tn. Hj Ahmad b. Abdullah, Penyelia Kelas Asas Fardhu Ain dan Sek. Agama
Rakyat, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Yang dihormati, Ustaz Sabudin b. Ishak, Pengerusi Lembaga Tadbir MMI.

Yang Berusaha, En. Said b. Zakaria, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru,

Yang dikasihi, Al Mudir kita,Tn. Hj Abd Majid B Zainal Abidin, Pengetua Maahad Al Maarif Al
Islamiah,

Yang Dikasihi,

i). Pn. Siti Zaleha bt. Taib, PK1

ii). Ust. Ahmad Zabidi b Din, PK HEM dan

iii). Ust. Mohd Zukri b. Ab Rahman, PK KOKO..............seterusnya

Yang Berusaha, Pn. Aniza bt. Ibrahim, Pengarah Program Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar
2010,

Dan tak lupa juga kepada semua guru serta warga dewan yang dirahmati Allah sekalian.

Saya selaku wakil pihak majlis pada petang ini, turut sama merakamkan ucapan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin warga dewan khususnya Yang Berbahagia Tn.
Hj. Ahmad b. Abdullah kerana telah sudi meluangkan masa, bagi bersama-sama menjayakan
majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

Bersyukur kita pada petang yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam
dewan yang telah dihias indah, dilimpahi barakah bagi meraikan ‘Majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan Pelajar 2010’ SABK Maahad AL Maarif Al Islamiah. Hari ini, tanggal 6 Mei 2010
bersamaan 21 Jamadilawal 1431 Masehi, warga dewan akan bersama-sama menyaksikan catatan
kenangan manis buat para penerima anugerah tahun ini.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekelian,

Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif
untuk menjadi paksi, kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang
pendidikan, terutamanya dalam peperiksaan awam waimma peperiksaan dalaman.

1|Page
Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini, turut menganugerahkan
penghargaan kepada para pelajar yang mempraktikkan budaya membaca melalui
Penganugerahan Sijil dan Hadiah Nilam serta beberapa anugerah khas yang lain. Justeru, adalah
menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan
paradigma dan pencetus revolusi dalam diri para pelajar ini.

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya bersama-sama kita menadah
tangan memohon limpah rahmat dan barakah kepada Yang Esa bersama wakil kita pada hari ini,
iaitu Yang Mulia Ustaz Abdul Aziz b. Mohd Nor. Dengan limpah takzimnya, majlis mempersilakan.

~BACAAN DOA~

PANTUN:

Tangan ditadah penuh inayah,

Majlis dibuka penuh rahmatNya,

Mohon keberkatan serta hidayah,

Moga tercerna minda kelas pertama.

Jutaan terima kasih pihak majlis rakamkan kepada Al-Fadzil, Ustaz Abdul Aziz b. Mohd Nor.

Semoga dengan kalimah doa ini diberkati hendaknya segala hasrat yang direncana...insyaAllah.

Hadirin sekelian,

Majlis kita ketika ini akan diserikan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang akan
diperdengarkan oleh pelajar puteri kita, iaitu saudari Siti Amirah bt Mat Isa. Siti Amirah akan
melagukan bacaan ayat2 suci al-Quran daripada Surah Al-Isra, ayat 23.

Majlis sukacitanya mempersilakan...

~BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN~

Sodaqallhulazim....

Begitulah asyiknya alunan bacaan daripada puteri kita, semoga kita sama2 mendapat keberkatan
daripada bacaan itu tadi.

2|Page
Sidang hadirin yang dirahmati Allah Sekelian,

Agenda majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan alua-aluan daripada Yang Berusaha, En.
Said b. Zakaria selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru SABK Maahad AL Maarif
Al Islamiah. Majlis dengan ini mempersilakan.

~UCAPAN Y.D.P~

Begitulah bait-bait ucapan daripada Yang Dipertua P.I.B.G SABK Maahad AL Maarif Al Islamiah.
Sekali lagi pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, En. Said b.
Zakaria..

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang dikasihi, Al Mudir kita,Tn. Hj Abd Majid B
Zainal Abidin selaku Pengetua Maahad Al Maarif Al Islamiah, bagi menyampaikan sepatah dua
kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

~UCAPAN PENGETUA~

Adalah menjadi harapan kami agar kata-kata yang telah diluahkan tadi menjadi renungan dan
panduan untuk kita bersama...insyaAllah. Jutaan terima kasih turut disusun kepada Tuan
Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.

Aturcara majlis seterusnya berbesar hati mempersilakan Yang Berbahagia, Tn. Hj. Ahmad b.
Abdullah, Penyelia KAFA dan SAR, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, bagi menyampaikan
ucapannya sekaligus menyempurnakan perasmian ‘Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar
2010’ pada kali ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

~UCAPAN PERASMIAN~

Pihak majlis menghimpunkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan
perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Tn. Hj. Ahmad b. Abdullah selaku
tetamu jemputan khas majlis pada hari ini.

PANTUN:

Kapur dimakan bersama sireh,

Sireh di beli di Kuala Lipis,

Umat cemerlang dan anak soleh,

Nasyid pembuka upacara majlis.

Dengan itu, pihak majlis sukacita mengajak hadirin-hadirat sekelian untuk bersama-sama
menyaksikan dua buah nasyid yang akan dipersembahkan oleh pelajar putera kita, iaitu
‘kumpulan Soutul Faizin’. Dipersilakan..............

~PERSEMBAHAN NASYID PEMBUKAAN~

3|Page
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Soutul Faizin. Untuk makluman warga dewan,
persembahan yang begitu mengasyikkan itu tadi adalah di bawah kelolaan Ust. Ahmad Zabidi b
Din.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah Sekelian,

Kini tibalah masanya untuk acara yang dinanti2 kan oleh kita semua.....mohon izin warga dewan
bagi penyampaian sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah banyak membantu para
guru dalam melicinkan lagi pentadbiran sekolah MMI. Mereka ini terdiri daripada Ketua dan
Penolong Ketua Kelas, Pengawas Koperasi Sekolah, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber
dan Majlis Perwakilan Pelajar. Untuk pengetahuan warga dewan, mereka ini digambarkan
sebagai mata, telinga dan tangan kepada guru sekolah ini.

Untuk meneruskan agenda pada petang ini, saya ingin menyerahkan majlis kepada En. Badrul
Zaman bagi meneruskan upacara seterusnya. Dengan ini, dipersilakan..................

~PENYAMPAIAN ANUGERAH 1~
~Rujuk lampiran anugerah~

**********************************************************

Terima kasih diucapkan kepada En. Badrul Zaman.........................

PANTUN:

Hati berbunga terima penghargaan,

Menjadi azimat kekal abadi,

Sebuah sajak bakal dipersembahkan,

Mari bersama kita hayati.

Dengan itu, pihak majlis menjemput saudari Sofiatun Nabila bt Ahmad Zabidi bagi
menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk ‘Duka Semalam’. Untuk makluman para hadirin,
beliau merupakan johan yang memenangi pertandingan sajak ‘ 1 Malaysia membanteras dadah’
anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah pada bulan April yang lalu.

Majlis sukacitanya mempersilakan........................

~PERSEMBAHAN SAJAK~

**********************************************************

~PENYAMPAIAN ANUGERAH 2~

~Rujuk lampiran anugerah~

***********************************************************

4|Page
Terima kasih Pn. Aniza..............

PANTUN:

Bersyukur kini kami panjatkan,

Majlis anugerah telah disempurnakan,

Sekalung penghargaan kami hulurkan,

Segulung tahniah kami ucapkan....

Sirih puan di dalam celepa,

Celepa bersadur emas suasa,

Budimu tuan tidak dilupa,

Semoga bahagia melimpah berkatnya.

Dengan berakhirnya agenda penyampaian cenderahati itu tadi, maka tibalah masanya saya
selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau bicara sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada
kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

PANTUN:

Pohon kenanga elok merimbun

Tersenyum dara menyunting bunganya

Kami menghimpun maaf dan ampun

Wacana hidup berkat selamanya.

Majlis berakhir penuh syafaat

Menjadi ingatan sepanjang zaman

Amalan sepakat membawa berkat

Hidup beramal bertunjang iman.

5|Page
Sebagai penutup majlis, marilah kita bersama2 berhibur dengan alunan nasyid daripada
kumpulan nasyid ‘Soutul Yaaqin’ yang akan mempersembahkan 2 buah nasyid yang bertajuk
Iman Penyuluh Hidup dan Ya Rabbi Bil Mustaffa.

Majlis dengan segala hotmatnya mempersilakan...................

~PERSEMBAHAN NASYID PENUTUP~

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan ‘Soutul Yaaqin’ di atas alunan yang mengasyikkan itu
tadi....

Seterusnya, dipersilakan semua tetamu jemputan untuk menikmati sedikit jamuan ringan dari
pihak sekolah.........

6|Page

Anda mungkin juga menyukai