Anda di halaman 1dari 11

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MAJLIS HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG DAN GRADUASI MURID TAHUN 6 SESI 2014
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj. Abd. Rahim bin Ismail ADUN N22 Pantai Manis,
Papar dengan diiringi oleh Yang Berusaha En. Matali Nerro bin Sulaiman Khan, Guru Besar SK. Pekan
Papar dan para penolong kanan.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN SABAH TANAH AIRKU
Sebagai pembuka acara, majlis menjemput para hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku dan Sabah Tanah Airku.
..
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
PEMBUKA MAJLIS
BismillahAlhamdulillah hirabbil alamin. Wasssala tuwassalamu ala asyarafil ambia iwal mursalin.
Wa ala alihi waasahbihi ajmain.
Kompang bergema pusaka bangsa,
Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh ceria.
Yang Berhormat,
Datuk Hj. Abd. Rahim bin Ismail,
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N 22 Pantai Manis,
Merangkap Pengerusi Sabah Land Development Board. (Lembaga Pembangunan Tanah Sabah)
Yang Berusaha,
En. Ikhbal Khan bin Ismail,
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Papar,
Unit Pengurusan Akademik.
Yang Berbahagia,
Ustaz Al-Itqam bin Dollah,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Pekan Papar.
Yang Berusaha,
En. Matali Nerro bin Sulaiman Khan
Guru Besar SK. Pekan Papar.
Yang Dihormati,
- Pn. Jamilah Hj. Jeeman (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
- En. Mohd. Zawawi Abd. Wahid (Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
- Pn. Julani Kunting (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Guru-guru, para ibu bapa, hadirin-hadirat dan anak-anak didik yang dikasihi.
Assalamualaikum warahmatuhlahi wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.
Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat dariNya juga,
pada hari ini, kita sekali lagi dipinjamkan kesihatan yang baik untuk bertemu dan berkumpul di

Dewan Terbuka SK. Pekan ini bagi memeriahkan Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Dan Majlis
Graduasi Murid-Murid Prasekolah & Murid-Murid Tahun 6 Sesi 2014.
Mewakili ahli jawatankuasa majlis, kami mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Datuk Hj. Abd.
Rahim Bin Ismail ADUN N 22 Pantai Manis dan hadirin sekalian pada hari ini.
BACAAN DOA
Sebelum kata tersusun jauh, sebelum bicara terus dikhabarkan, kita mulakan majlis ini dengan
menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohd. Fadhli bin Hj. Abdullah untuk memimpin bacaan doa.
......................................................................................................................
Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi...
UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR
Yang berhormat Datuk dan Hadirin yang dihormati,
Aturcara majlis pada pagi ini, diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang akan disampaikan oleh Tuan
Guru Besar SK. Pekan Papar, Yang Berusaha En. Matali Nerro bin Sulaiman Khan. Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.
.....................................................................................................
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan beliau
sebentar tadi.
UCAPAN YDP PIBG
Hadirin yang dihormati,
Seterusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakan, Yang Dipertua PIBG SK. Pekan Papar iaitu Yang
Berbahagia Ustaz Al-Itqam bin Dollah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
.......................................................................................................
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.
UCAPAN PERASMIAN YB
Tibalah masa yang kita nanti-nantikan, iaitu ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Abd.
Rahim bin Ismail ADUN N22 Pantai Manis, merangkap Pengerusi Sabah Land Development Board.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
........................................................................................................................................
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih setulus hati
Budi tuan menjadi kenangan
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk atas ucapan perasmian sebentar tadi.
PENYAMPAIAN CENDERAKENANGAN KEPADA YB
Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian YB Datuk Hj. Abdul Rahim bin
Ismail hadir ke majlis pada hari ini, dipersilakan Yang Berusaha En. Matali Nerro bin Sulaiman Khan,
Guru Besar SK. Pekan Papar untuk menyampaikan cendera kenangan kepada YB Datuk. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
.......................................................

Jutaan terima kasih diucapkan atas penyempurnaan majlis itu tadi.


PERSEMBAHAN TARIAN KIPAS
Membuka tirai majlis, marilah sama-sama kita saksikan persembahan Tarian Kipas yang
dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 4 impian.
...............................................................................
Untuk makluman para hadirin, persembahan tarian itu tadi adalah di bawah bimbingan Chen Soon
Khiong Lauser. Jutaan terima kasih diucapkan.
MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Acara dimulakan dengan Majlis Graduasi Murid Prasekolah khusus untuk 25 orang murid yang
berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat prasekolah. Dengan itu, dipersilakan En. Ikhbal
Khan bin Ismail, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Unit Pengurusan Akademik untuk
menyampaikan sijil tersebut.
(RUJUK NAMA)
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada En. Ikhbal Khan bin Ismail, kerana telah sudi
menyempurnakan majlis.
MAJLIS GRADUASI TAHUN 6
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Graduasi Murid-Murid Tahun 6 sesi 2014. Dengan itu majlis
dengan penuh takzim dan sukacitanya menjemput YB Datuk Hj. Abdul Rahim bin Ismail diiringi oleh
Yang Berusaha En. Matali Nerro bin Sulaiman Khan untuk menyempurnakan majlis. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
- Majlis Graduasi dimulakan dengan mempersilakan penerima pertama.
( RUJUK NAMA )
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB. Datuk kerana telah sudi menyempurnakan
majlis.
PENYAMPAIAN SIJIL AJK PIBG
Sebagai tanda terima kasih atas sokongan dan kerjasama padu daripada PIBG, pihak sekolah berbesar
hati untuk menganugerahkan Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG dalam kalangan ibu bapa. Dengan
itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Guru Besar SK. Pekan Papar, Yang Berusaha En. Matali
Nerro bin Sulaiman Khan untuk menyampaikan sijil penghargaan tersebut. Majlis mempersilakan.
(RUJUK NAMA)
Selain itu, pihak sekolah turut menghargai sumbangan ibu bapa dalam membantu meningkatkan
prestasi dan pencapaian anak-anak khususnya dalam bidang sukan. Untuk itu, pihak sekolah ingin
menganugerahkan sijil penghargaan kepada:
(RUJUK NAMA)

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar kerana telah
sudi menyempurnakan majlis.
Hadirin yang dihormati,
Kita rehatkan minda seketika dengan mendengar nyanyian lagu Mandarin yang bertajuk Ni Wa Wa
yang disampaikan oleh Adik Siti Ainur Zakiyah bt Zainuddin. Dipersilakan.
Terima kasih kepada Adik Siti Ainur Zakiyah atas persembahan nyanyian itu tadi.
.......................................................................
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah Dan Sijil Anugerah Cemerlang 2014.
Sebelum itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan ....................................................................................untuk
menyempurnakan majlis. Dengan hormatnya dipersilakan.
a) Dimulakan dengan Anugerah Cemerlang Kokurikulum
( RUJUK NAMA )
b) Seterusnya Anugerah Khas Kokurikulum
( RUJUK NAMA )
c) Anugerah HEM
( RUJUK NAMA )
........................................................................................
Terima kasih diucapkan kepada ..atas
penyempurnaan majlis itu tadi.
PERSEMBAHAN
Hadirin Yang Dihormati Sekalian,
Sebentar lagi kita akan dihiburkan oleh Johan Pertandingan Bintang Kecil 2014 peringkat sekolah
iaitu Adik Mohd. Zuhaily Nasruddin b. Zainal yang akan mendendangkan lagu yang bertajuk
.Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan itu tadi.
..........................................................................................
PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM
Kita teruskan aturcara majlis ini dengan penyampaian anugerah kurikulum.
Sebelum itu, dipersilakan dengan segala hormatnya Yang Berusaha Puan Jamilah Hj. Jeeman Penolong
Kanan Pentadbiran mengiringi .....................................................................................untuk menyempurnakan
majlis.
Penerima Anugerah Cemerlang Kurikulum bagi kategori
a) Pencapaian UPSR 5A 2013 dipersilakan.
( RUJUK NAMA )
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada .................................................................................................

kerana sudi menyempurnakan majlis.


PENUTUP
Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi maka Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang dan Majlis
Graduasi Prasekolah dan Majlis Graduasi Tahun 6 sesi 2014 menutup tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
majlis ini.Terima kasih juga atas sokongan semua ibu bapa yang hadir ke majlis ini pada kali ini. Kepada
semua murid yang berjaya, tahniah diucapkan dan kepada yang kurang berjaya, semoga sentiasa
berusaha dan kepada para murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan bangku sekolah rendah,
diharapkan sentiasa maju jaya membina kecemerlangan.
Diizinkan Allah bertemu lagi di tahun hadapan. Saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia...Wabillah....
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
Dipersilakan para hadirin untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan.
MAJLIS BERSURAI

Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pengumuman :
Program Hari Anugerah kecemerlangan akan berlangsung sehingga pukul 11.00 pagi
Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang program berlangsung.
Para pengawas dan semua guru diminta memberi kerjasama dengan mengawasi para pelajar.
Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan menunjukkan reaksi tidak berminat ketika
berada dalam majlis.
Majlis akan melibatkan tetamu luar, jaga nama baik sekolah.
Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan keluar daripada majlis mestilah dengan
kebenaran guru.
Pelajar diminta duduk dalam keadaan paling selesa, teratur dan tersusun.
Pelajar tidak dibenarkan untuk bersorak ketika majlis berlangsung. Berikan tepukan kepada kawan
yang Berjaya memperoleh kecemerlangan
Tindakan tegas akan diambil ke atas pelajar yang menganggu perjalanan majlis atau melakukan
perkara yang tidak dibenarkan.
9. Pelajar diminta menyanyikan lagu negaraku dengan penuh semangat
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn Haji Zulkapli bin Mat Taib, YDP PIBG, diiringi oleh PK
Pentadiran, Barisan Pentadbir dan tetamu-tetamu jemputan.
Semua hadirin diminta berdiri.
Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untuk menyanyikan
lagu Negaraku bersama iringan muzik. Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia.
( lagu dimainkan PA System )
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu sigadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai..
Buku Pelawat serahan hati
Tanda ingatan kekal abadi
Biar padu seteguh jati
Budaya kita junjungan budi
KATA ALU-ALUAN
Yang Berusaha,
Pn Ramlah bt Hj Hashim,
PK Pentadbiran yang memangku tugas
Pengetua SMK Sijangkang Jaya
Yang Berusaha
Tuan Haji Zulkefli bin Mat Taib,
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya
Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,

En. Kowangid bt Taufik


Pn. Zaleha bt Selamat
Pn Sharipah bt Shaari

- PK Hal Ehwal Murid.


- PK Kokurikulum
- PK Pendidikan Khas

Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Rakanrakan guru, Para Ibu Bapa , Para Penerima Hadiah Kecemerlangan serta pelajarpelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan salam 1 Malaysia.
Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa
Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Sijangkang Jaya 2013. Marilah kita
bersama-sama seiring dan sederap melangkah dalam menjayakan majlis sambutan hari Anugerah ini.
Setiggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
dapat kita berhimpun di sini dengan penuh kedamaian dan keamanan bagi memberi pengiktirafan
kepadapelajar-pelajar, bekas-bekas pelajar dan individu-individu yang menunjukkan kecemerlangan
di bidang pendidikan.Sesungguhnya kecemerlangan para pelajar hari ini membuktikan kejelikitan dan
pengorbanan yang terjalin antara semua pihak serta kesungguhan dan iltizam tinggi seluruh warga
pendidik dan pentadbiran SMK Sijangkang Jaya untuk membangunkan kegemilangan pendidikan
di sekolah ini.
2. DOA
Anugerah di kecap si anak watan
Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera
Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Zahari bin Mamat untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan
DOA
Terima kasih kepada Ustaz Zahari bin Mamat atas bacaan doa sebentar tadi.
3. BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN.
Sebagai santapan jiwa dan makanan rohani kita, saya dengan penuh takzimnya menjemput saudara
Muhammad Akmal bin Zulkifli (2 KRK) untuk memperdengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci al
quraan, ManakalaTafsir al quraan akan diperdengar oleh saudara Hatim al-Ashan binShamsul Kamar
(2 Bestari)
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas alunan bacaan ayat-ayat suci itu tadi
3. UCAPAN PENGETUA
Pepatah-petitih Adat Melayu
Warisan amalan sejak dahulu

Pohon keizinan barang sewaktu


Ucapan PK 1 amat dialu
Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Ramlah b Hj
Hashim, PK Kanan Pentadbiran yang memangku tugas Pengetua SMK Sijangkang Jaya untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

4. UCAPAN YDP PIBG


Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
YDP PIBG hormat dipersila,
Seterusanya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Haji Zulkepli bin Mat Taib,
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis Penyampaian Anugerah Akademik sesi 2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
5. UCAPAN PERASMI
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Sungguh terkenal serata negeri,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi

Hadirin dan Hadirat yang dikasih.


Proses diajar, belajar dan mengajar
Membentuk modal insan lebih gemilang
Menghasilkan modal insan elok akhlaknya
Melahirkan watan yang mantap jati diri
Melahirkan generasi kemenjadian dan harapan
Sebagai halwa telinga dan penawar resah dan gelisah, pihak majlis tampilkan satu persembahan yang
akan disampaikan oleh .
Perssembahan Sajak
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sajak sebentar tadi.

7. PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA TING 1,2,4.


Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar yang
mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan PAT bagi Tahun 2012.
Sehubungan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Pn Suzana bt Mohamad untuk
menjemput dan dan mengiringi Yang dihormati En Kowangid bin Taufek untuk menyempurnakan
majlis penyampaian hadiah kepada pelajar terlibat.
(MUZIK GAMELAN BERMULA)
BACA SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH MENGIKUT URUTAN
Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati En Kowangid bi Taufek dan Puan Suzana
Mohamad atas penyempurnaan majlis itu..
8. PENYAMPAIAN ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK TING 1,2,DAN 4
Majlis diteruskan dengan penyampaian Angerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik untuk pelajarpelajar Ting 1 dan Ting 2 dan Ting 4. Untuk itu, majlis mempersilakan Pn Faridah bt Dasir bagi
menjemput dan mengiringi Pn Ramlah bt Hj Hashim, Pengetua SMK Sijangkang Jaya untuk
menyampaikan anugerah kepada penerima. Dipersilakan.
(MUZIK GAMELAN BERMULA)
BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN MATA PELAJARAN
TERBAIK TINGJATAN 1,2 DAN 4
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Ramlah bt Hj Hashimdan P Faridah bt Dasir
10. PENYAMPAIAN ANUGERAH PMR
Majlis seterusnya ialah Penyampaian ANUGERAH pelajar-pelajar Cemerlang PMR 2010. Untuk itu
majlis mempersilakan En. Kowangid bn Taufek untuk mengiringi Tuan Haji Zulkapli bin Mat
Taib, ke pentas utama untuk menyampaikan anugerah. Dengan hormatnya dipersilakan.
(MUZIK GAMELAN BERMULA)
BACA SENARAI pelajar terbaik PMR
PELAJAR TERAKHIR ( muzik Gamelan berhenti)

11. PENYAMPAIAN ANUGERAH SPM ( Muzik Gamelan Bersedia)

MUZIK GAMELAN BERMULA


PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2008 DIMULAKAN DENGAN.
Baca Senarai Nama Pelajar Cemerlang SPM 2010
Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM ialah ;
Baca Senarai Pelajar Terbaik Mata Pelajaran PMR 2012 (Mengikut Subjek)
Seterusnya, Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM ialah
Baca Senarai Pelajar Terbaik Mata Pelajaran SPM 2010 (Mengikut Subjek)
MUZIK GAMELAN BERHENTI
Hadirin yang dirahmati pihak sekolah turut mengiktiraf guru-guru yang berdedikasi menzahirkan
kecermerlangan para pelajar ini.
Seterusnya Anugerah 100% lulus matapelajaran dan peningkatan ketara pencapaian matapelajaran
dalam Peperiksaan Awam 2010
MUZIK GAMELAN BERMULA
Dipersilakan penerima Anugerah Mata Pelajaran 100 % dalam peperiksaan SPM
Seterusnya Anugerah Peningkatan Lima Peratus Ke atas Matapelajaran Peperiksaan Awam 2010
Dipersilakan Ketua Panitia .
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik
dan____________________________ atas kesudian menyampaikan Anugerah Kecemerlangan itu tadi.
Anak Ibarat kain putih
Diasuh diajar dididik dilatih
Kalau anak tidak dilatih
Jika besar ibu bapa letih
Hati orang tua perlu dijaga
Emak ayah berasa bangga
Jika anak berbudi bahasa
Itu tandanya membalas jasa
Hadirin yang dihormati,
Adat orang bertandang, kehadiran dialu-alukan, kepulangan diraikansebagai tanda kasih dan tanda
penghargaan , majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Pn Ramlah bt Hj Hashim, PK 1 SMK
Sijangkang Jaya untuk menyampaikan tanda hati kepada tetamu jemputan kita pada pagi ini.
Dipersilakan Yang Berusaha Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib untuk menerima tanda hati daripada pihak
sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua dan Yang Berbahagia ______________________.
14. PENUTUP
Dengan penyampaian tanda hati itu tadi, majlis kita sudah tiba dipenghujungnya.
Kami bagi pihak AJK Pelaksana , mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima
anugerah.Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa iltizam yang padu.
-

Bagi pihak sekolah , majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada
Tetamu jemputan dan semua hadirin yang turut sama meluangkan masa untuk hadir pada majlis ini
. Terima kasih kalungan budi juga diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung bagi memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi
Hinggap tempua di hujung dahan
Kenari berbalah berebut taman
Sajian tersedia jemputlah makan
Awal bismillah menjamah hidangan
Sekian . Wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.
Dijemput para tetamu untuk ke bilik gerakan untuk jamuan ringan.

Anda mungkin juga menyukai