Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH

Awal bismillah pembuka bicara,


Dirafak sembah pada yang Esa
Di malam ini kita bersua
Bersama dijunjung rahmat kurnia
Bismillahirahmanirrahim, Asaalamualaikum w.b.t
Yang Berbahagia , Yang Dihormati .
serta rakan guru pelatih yang dikasihi sekalian. Selamat Datang ke Majlis
Solat Hajat dan Mohon Restu Sempena Peperiksaan Akhir Semester 1/2014.
Bermula kata, seindah kurnia. Bermula bicara dek kerna limpah-Nya. Sidang
hadirin sekalian, bagi memberkati majlis kita pada mala mini dijemput
saudara Zulhaqqi untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
Amin Ya Rabalalamin.
Hadirin sekalian, kini majlis diteruskan lagi dengan tayangan video. Untuk
itu, marilah kita bersama-sama menghayati serta memahami mesej yang
akan disampaikan melalui tayangan video ini. Majlis mempersilakan.
Demikianlah tadi tayangan video yang telah disediakan oleh Jawatankuasa
Masjid IPG Kampus Keningau.
Hadirin sekalian, Majlis kini diteruskan lagi dengan sesi ceramah yang akan
disampaikan oleh Ustaz Rusli bin Ismail. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Usai sudah, bicara dilafaz, usai sudah majlis dijalan. Kini majlis dengan
sukacitanya menjemput Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, Tuan
Baharom bin Mohd Nor/saudara Nordin Khairuddin selaku Pengerusi
Jawatankuasa Masjid IPG Kampus Keningau bagi sesi 2013 untuk
menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita pada malam ini.
Untuk itu dijemput Ustaz Mohd Rusli bin Ismail untuk menerima cenderahati.
Seterusnya tidak dilupakan juga kepada penceramah-penceramah yang
mengisi slot harian BIG. Untuk itu dijemput Ustaz Haziq Abdul Rahman untuk
menerima cenderahati, dan dijemput Ustaz Azrulnizam bin Abdullah.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Timbalan atas kesudian menyampaikan


cenderahati sebentar tadi.
Dengan berakhirnya, sesi itu tadi maka berakhir sudah majlis pada malam
ini. Kata dilafaz memohon maaf, andai tersalah tuturan kata. Salam Imtihan
dan selamat berjuang untuk peperiksaan yang mendatang. Sekian
Wabilahitafiqwalhidayah, Assalamualaikum W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai