Anda di halaman 1dari 1

ADAB DI DALAM MAJLIS/PERHIMPUNAN

1. Murid-murid yang dikasihi, dalam kehidupan seharian adakalanya kita menghadiri majlis samada
yang diadakan di sekolah, masjid dan sebagainya. Bila disebut saja majlis atau perhimpunan sudah
tentu tergambar difikiran anak-anak satu suasana di mana sekumpulan manusia berkumpul
beramai-ramai sama ada dalam satu majlis ceramah, taklimat atau mesyuarat mahupun
perhimpunan mingguan sepertimana yang kita ikuti pada setiap minggu.

2. Setiap kali majlis ini diadakan kita sepatutnya dapat menyesuaikan diri agar kita tidak menjadi
seorang pengganggu pada majlis yang kita ikuti. Kita sepatutnya memberikan perhatian, tumpuan
dan mendengar dengan hati-hati kerana melalui majlis ini berbagai faedah dan ilmu yang kita
perolehi. Antara persediaan peraturan dan adab yang perlu ada semasa kita berada di dalam majlis
atau perhimpunan ialah :
2.1 Sentiasa senyum atau bermanis muka semasa berjumpa dengan guru-guru dan juga kawan
sebagai tanda kemesraan antara satu sama lain.
2.2 Memberi dan menjawab soalan yang diberikan dengan ikhlas dan sopan.
2.3 Berjalan dengan sopan dan teratur ke tempat perhimpunan dan dalam keadaan senyap,
dengan memenuhkan ruang hadapan terlebih dahulu.
2.4 Duduk dengan beradab dan memberikan tempat duduk atau laluan kepada orang yang baru
datang.
2.5 Tidak menggangu orang lain seperti membuat bising, berbual-bual, berpaling ke kiri dan ke
kanan.
2.6 Memberikan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah dengan
mencatatkan isi-isi penting.
2.7 Menghormati majlis dan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan jangan keluar
sebelum majlis tamat.
2.8 Menghidupkan suasana majlis dengan penuh kemesraan dan menjaga ketenteraman majlis.
2.9 Menutup majlis dengan membaca surah al-Asr dan tasbih kaffarah.

3. Murid-murid yang dikasihi, tanpa kita sedari sebenarnya semasa kita mengikuti majlis terutamanya
majlis ilmu kita dikunjungi oleh para malaikat yang turut sama mengikuti majlis tersebut. Kita juga
harus berwaspada kerana syaitan juga turut ada bersama dengan tujuan untuk menggoda manusia
agar lalai di dalam majlis ilmu.

4. Dengan panduan-panduan yang telah diberikan, Insya Allah ianya menambah keberkatan dan
kebaikan kepada kita semasa kita berada di dalam majlis ilmu. Kita juga mengharapkan segala
menafaat yang kita perolehi semasa berada di dalam majlis dapat kita amalkan dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai