Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

PROGRAM “COFFEE TALK” GURU AKTIF


BERSAMA
GURU-GURU DI DAERAH
PORT DICKSON
TAHUN 2017

DISEDIAKAN OLEH:

GURU AKTIF
DAERAH PORT DICKSON

PROGRAM GURU AKTIF KELAB GURU ELIT


NEGERI SEMBILAN 2017

1
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini adalah bagi memohon bantuan kewangan dari pihak Yang Berhormat
Tan Sri Dato’ Seri Utama Mohd Isa bin Haji Abdul Samad sebagai Ketua UMNO Bahagian
Teluk Kemang untuk melaksanakan Program “Coffee Talk” bersama guru-guru di daerah
Port Dickson bagi merapatkan perpaduan barisan para guru seluruh negara dalam memacu
Transformasi Pendidikan Negara dan Aspirasi Nasional.

2.0 PENDAHULUAN

Ko-ordinator Guru Aktif Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson telah bercadang
untuk mengadakan PROGRAM “COFFEE TALK” BERSAMA GURU-GURU DI
DAERAH PORT DICKSON 2017. Program berkonsepkan kesetiaan kepada kerajaan ke
arah pembinaan Negara Bangsa yang bersatu padu, berilmu pengetahuan, patriotik serta
sentiasa berpegang kepada aspirasi nasional. Diharapkan juga ia sebagai landasan untuk
memberi pendedahan dan maklumat secara langsung kepada para Pengetua, Guru Besar dan
guru-guru berkaitan hala tuju, aspirasi pendidikan negara serta isu-isu semasa. Diharapkan
juga dari program ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan dalam organisasi pendidikan di
daerah. Melalui hubungan yang baik, maka wujud kerjasama untuk berkongsi amalan
perkhidmatan di sekolah masing-masing dan bertukar-tukar pendapat dan program dengan
penuh profesionalisme berlandaskan kepada prinsip KESETIAAN KEPADA KERAJAAN
dan KEBERSAMAAN PEMIKIRAN DAN HATI .

3.0 RASIONAL
Program yang dirancang dapat meningkatkan kefahaman tentang kesetiaan kepada
kerajaan sedia ada tanpa membuat persepsi negatif terhadap dasar-dasar kerajaan. Tidak
mudah dipengaruhi oleh elemen negatif yang boleh mengancam professionalisme
keguruan. Pemupukan ketaatan dan kesetiaan yang diterapkan menerusi proses secara
professional, bijaksana dan tersusun. Seterusnya para warga pendidik di daerah ini
kususnya berada dalam kebersamaan pemikiran dan hati dalam melindungi profesion
keguruan. Sentiasa mengambil daya usaha berterusan meningkatkan tahap
profesionalisme guru serta tidak gagal untuk menjaga kebajikan rakan guru.

2
3.0 OBJEKTIF

4.1 Sentiasa taat dan setia kepada kerajaan dan KPM dengan berpegang kepada
prinsip aspirasi nasional dan tidak kontroversial dengan memiliki maklumat
yang jelas berkaitan aspek-aspek program Guru Aktif 1Malaysia.

4.2 Boleh menjelaskan isu dan maklumat dengan meyakinkan tanpa berbohong
atau mencipta sesuatu yang tidak betul.

4.3 Menjadi pendengar yang baik dalam komunikasi yang berkesan serta
mengamalkan sikap berprasangka baik terhadap kerajaan sedia ada.

4.4 Melibatkan diri dengan kumpulan guru/bukan guru yang sah di sisi undang-
undang serta berpegang pada aspirasi nasional dan tidak menggunakan apa-apa
media untuk menyampaikan perkara yang tidak sahih

4.0 LOKASI

30 lokasi sekitar daerah Port Dickson.

5.0 TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : Mac 2017 hingga Mei 2017

6.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini disasarkan kepada pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Port


Dickson, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru yang mengundi khususnya di Parlimen
Telok Kemang, DUN Port Dickson, Bagan Pinang, Chuah, Lukut dan Linggi serta
seluruh Negeri Sembilan amnya melibatkan 30 warga guru bagi setiap siri (30 orang x
30 siri)

3
8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

8.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Mohammad Azwar Iq’bal bin Tahir


Yang Dipertua Kelab Guru Elit Negeri Sembilan

Naib Pengerusi : Ramlan bin Haji Rahim


Koordinator Guru Aktif Daerah

Setiausaha : Hasnam bin A Rahman

Naib Setiausaha : Ustaz Redzuan bin Mohd Yusof

8.2 Jawatankuasa Pelaksana

Penyelaras : Ramlan bin Haji Rahim


Koordinator Guru Aktif Daerah

Setiausaha : Hasnam bin A Rahman

Pen Setiausaha : Ustaz Redzuan bin Mohd Yusof

Bendahari : Ramlan bin Haji Rahim

Dokumentasi : Ustaz Bakri Mohd Noor bin Kushairi

Siaraya : Hamdhan bin Mansor

Urusetia : Ahmad Fauzee bin Rustam

4
10.0 ANGGARAN KEWANGAN

10.1 PERBELANJAAN

Bayaran Moderator RM 100.00 x 1 orang x 30 siri = RM 3,000.00


Makanan, Minuman RM 10.00 x 30 orang x 30 siri = RM 9,000.00
Sewaan Tempat & LCD RM 100.00 x 30 siri = RM 3,000.00
Jumlah = RM 15,000.00

11.0 PENUTUP

Terlaksananya Program ini diharapkan dapat menjentik minda para warga guru
di daerah Port Dickson ke arah berusaha merapatkan perpaduan guru seluruhnya
dalam mendokong aspirasi nasional menerusi pendidikan. Program ini juga sebagai
satu usaha bagi mewujudkan kebersamaan dari segi pemikiran dan hati nurani guru
bagi menjana ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan sedia ada.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………….. …………………………………
Ramlan bin Hj Rahim Hasnam bin
Koordinator Guru Aktif Daerah Unit Latihan
PORT DICKSON Pejabat Pendidikan Daerah
PORT DICKSON

Diluluskan / Tidak diluluskan


oleh :

…………………………………..
Mohammad Azwar Iq’bql bin Tahir
Yang Di Pertua
Kelab Elit Guru Negeri Sembilan (REGU)

5
KONSEP DAN PENGENALAN:

Rangkaian Elit Guru Muda (REGU) adalah satu wadah yang diangkat untuk
menjadi platform khusus kepada guru-guru dalam usaha untuk diberikan penjelasan
keadaan semasa isu-isu negara dan menolak sentimen yang dimainkan oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab terhadap kerajaan. REGU juga bertanggungjawab
untuk melahirkan penjawat awam yang memahami selain peranan hakiki sebagai
guru dan pendidik, jauh dari itu sebagai pasukan yang bergerak bagi secara
langsung mahupun tidak langsung menyampaikan dasar-dasar kerajaan,
meningkatkan kefahaman terhadap kenegaraan serta penyelidik isu sosio-ekonomi
politik apabila berada diluar tugas-tugas hakiki serta menangkis tohmahan.

ISU DAN PERMASALAHAN:

Golongan Pendidik merupakan golongan yang dihormati juga kumpulan Penjawat


Awam Malaysia paling ramai dan mempunyai pengaruh yang sangat signifikan baik
bidang hakiki mereka mahupun apabila berada di tengah-tengah masyarakat dan
komuniti. Namun sayangnya sejak akhir-akhir ini peranan kumpulan Pengurusan dan
Profesional ini terpalit dengan isu tidak menyokong dasar-dasar kerajaan serta
elemen yang kurang sihat. Justeru REGU sudah dan sedang menyediakan
khususnya Guru-guru Muda yang berpotensi untuk dijadikan agen-agen bagi
memperbetulkan serta ‘counter’ elemen-elemen kurang sihat dipersekitaran institusi
pendidikan mahupun semasa mereka berada dalam komuniti masyarakat di tempat
masing-masing.

OBJEKTIF:

1. Membentuk pasukan REGU yang mantap dan berperanan terhadap


kumpulan pemilih muda pilihanraya untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan
serta menangkis sentimen tidak sihat khususnya ditempat kerja juga dalam
komuniti.

2. Melahirkan rasa syukur di atas pembelaan Kerajaan hari Ini yang berjuang
untuk membela nasib Guru Malaysia.

3. Memperkukuh elemen Patriotisme, jati diri dan nilai-nilai murni dikalangan


Guru muda yang kini alignment perlu dikenalpasti dan dicari
penyelesaiannya.

6
4. Menilik beratkan kepentingan mengekalkan kerajaan sedia ada untuk
menjamin hak dan prinsip kepentingan orang Melayu tidak tergadai
dikemudian hari.

5. Menolak politik pembangkang khususnya DAP yang kini giat mendoktrin


golongan pengundi muda termasuk guru di bawah 5 tahun perkhidmatan.

KAEDAH:

1. Perjumpaan kumpulan kecil seramai 20-30 orang secara sembang santai.


Melaluinya, Biro Tatanegara Negeri Sembilan merancang, menyelaras gerak
kerja melalui maklumat strategik untuk disebarkan. Kutipan maklumat juga
berlaku bagi membantu menangani isu-isu yang menular untuk kegunaan
bahagian penyelidikan.

2. Parlimen dan DUN fokus ; setiap DUN dimantapkan dengan 3 program.

KUMPULAN SASAR:

Guru-guru Muda di Parlimen dan DUN Fokus yang telah ditetapkan. Program ini
akan diselaraskan oleh Pengerusi REGU dan dibantu oleh Sahabat Tenaga
Penggerak Biro Tatanegara .

Anda mungkin juga menyukai