Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN BULAN DAKWAH DAN IHYA’ RAMADAN


SK PUCHONG JAYA 2
Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Puan Nor Azian
Binti Ashar , Guru Besar SK Puchong Jaya 2 dengan diiringi
barisan pentadbir masuk ke dewan.

-Bacaan Nasyid Asmaul-Husna


(Diminta kepada semua guru-guru dan murid-murid untuk berdiri
bagi menyanyikan Nasyid Asmaul Husna.

Hadirin dipersilakan duduk

Kata Alu-Aluan Bismillahirahmanirrahim…


Assalamualaikum wbt dan selamat pagi..
Yang Berusaha, Puan Nor Azian Binti Ashar
Guru Besar SK Puchong Jaya 2,

Yang Dihormati
Puan Suzila Binti Mohd, Penolong Kanan Pentadbiran &
Kurikulum,

Encik Muzaini Bin Abu Hassan, Penolong Kanan Hal Ehwal


Murid,

Puan Sarina Binti Mohamad Arif, Penolong Kanan


Kokurikulum

guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke MAJLIS PELANCARAN BULAN


DAKWAH DAN IHYA’ RAMADAN peringkat sekolah tahun
2022. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat kita bersama-sama menjayakan majlis yang
penuh bermakna ini.

Bacaan Doa Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-
sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah
dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan al fadhil Ustaz Mohd Shafiq Shauqee Bin Abd
Hakim untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd


Shafiq Shauqee Bin Abd Hakim atas pimpinan doa sebentar
tadi.

1
Ucapan Guru Hadirin dan hadirat sekalian,
Besar
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha, Puan Nor Azian Binti Ashar ,
Guru Besar SK Puchong Jaya 2 untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran BULAN
DAKWAH DAN IHYA’ RAMADAN pada hari ini. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Gimik Hadirin yang dihormati begitulah gimik pelancaran Bulan


Pelancaran Dakwah dan Ihya’ Ramadan. Majlis mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Puan Nor Azian Binti Ashar di atas ucapan dan
perasmian itu tadi.

Untuk pengetahuan semua, tabung Jariah to Jannah akan


digerakkan pada setiap hari bermula hari ini. Pihak majlis
berbesar hati agar guru-guru dan murid-murid dapat
menyumbangkan kepada tabung tersebut. Untuk pengetahuan
juga hasil daripada kutipan tabung ini akan diberikan kepada
murid Asnaf dan murid yang tidak berkemampuan. Semoga
dengan usaha ini dapat sedikit sebanyak membantu murid-murid
tersebut.

Penutup Hadirin sekalian

Majlis Pelancaran BULAN DAKWAH DAN IHYA’


RAMADAN hari ini telah selamat disempurnakan. Terima kasih
diucapkan kepada semua yang terlibat.

Harap maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang perjalanan


majlis ini. Yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang
lemah itu daripada pihak kami sendiri. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai