Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN PELAPORAN PROFIL (PPM) DAN

PELAPORAN PT3

MASA KETERANGAN CATATAN


8.00 am Ketibaan ibu bapa
dan pelajar
8.30 am Sembah salam pembuka kata
KATA Adat Melayu mesti dijaga
ALUAN Selamat datang hadirin semua
Pohon restu memula bicara

Indah berbalam si awan petang


Berarak di celah pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahhirrahmanirrahim...Assalamualaikum
warahmatullahhiwabarokatu dan salam sejahtera

Yang berusaha En Abdul hamid bin Abu bakar pengetua


SMK kayu ara pasong

Yang dihormati Penolong kanan pentadbiran En harmali


bin johari

Penolong kanan hal ehwal murid Pn rohati binti soot

Penolong kanan kokurikulum Pn hasnida binti masri

barisan guru-guru kanan, barisan ketua-ketua panitia,


guru-guru, para ibu bapa dan pelajar yang dikasihi
sekalian

Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-


tinggi terima kasih di atas kesudian meluangkan masa,
bersama-sama dalam meraikan keputusan PT3 pelajar
tingkatan 3 tahun 2018.
DOA Duduk bersama satu tujuan
Indah majlis mohon perkenan
Kepada Allah doa dipohonkan
Semoga majlis peroleh keberkatan

Hadirin hadirat yang dimuliakan,


Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar
segala urusan mendapat rahmat. Jesteru itu, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Hamzah
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilaknn.

(Bacaan doa)

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan


terima kasih kepada Ustaz Hamzah di atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

TAKLIMAT Tanpa membuang masa lagi, majlis mempersilakan


( )
Untuk memberikan taklimat mengenai psikometrik.
Majlis mempersilakan

Terima kasih atas taklimat itu tadi

seterusnya di jemput
( )
Untuk memberikan taklimat berkaitan Pentaksiran
aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) dan
Ujian standard kecergasan fizikal kebangsaan (SEGAK)

Terima kasih atas taklimat itu tadi

Seterusnya taklimat Pelaporan Profil Murid (PPM) yang


akan disampaikan oleh
( )

Terima kasih atas maklumat itu tadi


PENUTUP Kini tibalah masa yang dinanti iaitu penyerahan slip
pelaporan keputusan PT3. Para ibu bapa dan pelajar
boleh mengambil keputusan PT3 di tempat yang telah
disediakan …………………………

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Dengan ini, majlis memohon kemaafan, atas segala


keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang
majlis ini berlangsung.

Sekian, wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum


wbt.

Anda mungkin juga menyukai