Anda di halaman 1dari 1

Teks Pengacara Majlis Jamuan Perpisahan Tahun 6

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diberkati majlis ini.

Selamat tengah hari dan salam sejahtera kepada yang berusaha Cikgu Jamal@Salleh bin Abdullah
Thani, Guru Besar Sk Penderas, yang dihormati Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, staf-staf
sokongan dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Ingin rasa memakan kari,


Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana pada hari yang berbahagia ini, kita dapat berkumpul dalam
majlis yg penuh bermakna iaitu Majlis Perpisahan Murid-murid Tahun 6. Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru yang sanggup meluangkan masa bersama-sama kami.

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Dijemput Ketua murid, adik Jesinda naufariani dari kelas 6 Benijak untuk menyampaikan ucapan
bagi mewakili murid-murid tahun 6. Dipersilakan...

Terima kasih kepada adik Jesinda atas ucapannya sebentar tadi.

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah Tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Majlis berbesar hati menjemput Tuan Guru Besar, Jamal@Salleh bin Abdullah Thani untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih cikgu, atas ucapan dan pesanan itu tadi..

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Dipersilakan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, dan staf-staf sokongan untuk
menjamu selera....

Berakhirlah majlis jamuan Perpisahan Tahun 6 pada hari ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang sudi menganjurkan majlis ini. Saya akhiri majlis ini dengan dua rangkap pantun:

Di atas dahan burung tempua, Bunga seroja di atas para,


Melihat rusa tepi perigi; Jatuh ditimpa buah berangan;
Salam perpisahan untuk semua, Andai kata tersilap bicara,
lain masa bersua lagi. Kemaafan jua kami pohonkan.

Anda mungkin juga menyukai