Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI PELAJAR 2019

21 NOVEMBER 2019 (KHAMIS)


DEWAN LUBUK KUBAU, SK NANGA SPAK.

CATAT
ACARA ISI
AN
Pengumu Selamat pagi dan salam sejahtera.
man

Para tetamu, guru dan murid diminta untuk


dipersilakan mengambil tempat duduk masing-masing
kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Mohon kerjasama para hadirin dan murid-murid agar berdiri


apabila diumumkan ketibaan tetamu kehormat dan sama-
sama menyanyikan lagu “Negaraku” dan “Ibu Pertiwiku”.

Acara 1 Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha YDP PIBG, TR Anji ak


(Ketibaan
Bala diiringi barisan pengurusan sekolah/exco PIBG.
VIP)

***Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.

Acara 2 Hadirin Sekalian,


(Morning
Bagi memohon keberkatan majlis, marilah sama-sama kita
Prayer)
menjemput Encik Edwin Agam bagi membacakan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Edwin Agam


diatas bacaan doa itu sebentar tadi.
Acara 3 “Melati kuntum tumbuh melata,
(Ucapan
Sayang merbah di pohon cemara,
Emcee)
Assalamualaikum mulanya kata,
Selamat dating pembuka bicara”.

Yang Berusaha YDP PIBG; TR ANJI AK BALA

Yang Berusaha Guru Besar SK Nanga Spak; Encik Mohd


Nizam Semail Abdullah

Yang Dihormati Penolong-penolong Kanan, Ibu Bapa, rakan


guru, AKP dan murid-murid yanag dikasihi sekalian.

Majlis Mengucapkan Selamat Datang Serta Mengalu-Alukan


Kehadiran Para Hadirin Sekalian Ke Majlis Apresiasi Pelajar
2019.

Majlis mengambil kesempatan di pagi yang penuh


bermakna ini untuk merakamkan setinggi- tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga atas kesudian Yang Berusaha YDP PIBG; TR Anji ak
Bala menghadirkan diri bagi menyempurnakan majlis pada
hari ini.

Hadirin budiman,
Untuk makluman, majlis apresiasi ini diadakan, bukan sahaja
meraikan pelajar-pelajar yang bakal menamatkan
persekolahan, malah mengiktiraf pelajar-pelajar yang telah
menunjukkan kecemerlangan dalam bidang Akademik,
Kokurikulum, begitu juga tidak dilupakan jasa dan
pengorbanan para guru yang bertungkus lumus
menyebarkan ilmu pendidikan kepada anak bangsa.

Acara 4 Hadirin sekalian,


(Ucapan
Majlis dimulakan dengan menjemput Yang Berusaha YDP
YDP PIBG)
PIBG, TR Anji ak Bala untuk ke pentas untuk memberikan
ucapan.

(Ucapan)

Terima kasih kepada YDP PIBG diatas ucapan beliau


sebentar tadi.

Acara 5 Hadirin yang dimuliakan,


(Ucapan
Meneruskan agenda kita pada pagi ini, majlis dengan
Guru
Besar) sukacitanya mempersilakan Guru Besar; Encik Mohd Nizam
Semail untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***Ucapan

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas ucapan


yang disampaikan sebentar tadi.
Acara 6 Hadirin yang dihormati sekalian,
(Ucapan
Meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan sukacitanya
Wakil
Murid) mempersilakan wakil murid kita iaitu Adik Sylvia Imok untuk
mengucapkan sepatah dua kata kepada guru-guru dan
rakan-rakan. Dipersilakan.

***Ucapan.

Terima kasih kepada Adik Sylvia Imok atas ucapan itu tadi.
Acara 7 Sidang hadirin sekalian,
(Penyamp
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan atur cara
aian
Hadiah) penyampaian anugerah, hadiah dan sijil-sijil kecemerlangan.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya


mempersilakan Yang Berusaha YDP PIBG; TR Anji ak Bala ke
pentas untuk menyempurnakan acara tersebut.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

***Rujuk senarai penerima hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas kesudian


beliau menyampaikan anugerah/hadiah dan sijil
penghargaan kepada murid-murid Pra-sekolah sebentar
tadi.

***RUJUK BUKU PROGRAM UNTUK ACARA SETERUSNYA


SEHINGGA TAMAT.***

Acara Last Hadirin yang dihormati sekalian,


(Nyanyian
Majlis kita hampir sampai ke penghujungnya. Namun,
Fly
Kenyalang sebelum tirai majlis pada hari ini dilabuhkan, majlis
Fly)
menjemput para hadirin berdiri untuk sama-sama
menyanyikan lagu “Fly Kenyalang Fly”.

***Nyanyian.

Para hadirin diminta duduk.


(Penutup/ Hadiri dan hadirat sekalian,
Persemba
Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka selesailah
han Murid/
Merarau) sudah majlis pada hari ini.

Sekali lagi majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kehadiran Yang Berusaha YDP PIBG; TR Anji ak Bala, AJK PIBG,
barisan pentadbir sekolah, ahli jawatan kuasa kerja dan
para hadirin sekalian di atas segala sumbangan dan
kerjasama yang diberikan secara langsung mahupun tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.

Mewakili pihak jawatankuasa, majlis ingin merakamkan


jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang
diberikan.

Segala kelemahan yang berlaku semasa majlis ini


berlangsung ,kami memohon ampun dan maaf .

Anda mungkin juga menyukai