Anda di halaman 1dari 3

Masa CUE ANN

Ketibaan TPSA Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Mejar Bersekutu


(PA), Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik
Mukah Sarawak .

Nyanyian Diminta semua hadirin untuk kekal berdiri bagi nyanyian


Lagu Lagu Negaraku dan Lagu Politeknik Malaysia
Negaraku
**************************************************
Hadirin dipersilakan duduk.

Salutation Yang Berusaha, Mejar Bersekutu (Pertahanan Awam) Suhaili


Bin Aleh, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik
Mukah Sarawak.

Yang Dihormati

Ketua-ketua Jabatan, Wakil-wakil agensi serta hadirin dan


para pelajar sekalian.

Menguntum manis senyuman si dara,


Datang teruna ingin bersua,
Salam Sejahtera pembuka bicara,
Salam hormat untuk semua.

Mari dimakan sirih puan,


Sirih dipetik di Tasik Chini,
Selamat datang tuan dan puan,
Menjadi penyeri di majlis ini.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,

Selamat petang, Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam


Sehati Sejiwa.

Selamat datang ke Majlis Perasmian Hari Kerjaya Politeknik


Mukah.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnianya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis
ini.

Bacaan Doa Tetak buluh panjang sepuluh


Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jejari sepuluh
Doa dipohon biarlah berkat

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis


menjemput

Saudara

untuk bacaan doa


**************************************************
Amin Amin Ya Rabbal`Alamin. Majlis merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Wakil Sudilah tuan tampil ke depan,


Pengarah Tampil dengan tersenyum manis,
PMU Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan merasmi majlis.

Tanpa membuang masa majlis dengan hormatnya


menjemput Yang Berusaha Mejar Bersekutu (Pertahanan
Awam) Suhaili Bin Aleh, Timbalan Pengarah Sokongan
Akademik Politeknik Mukah bagi menyampaikan ucapan
sekaligus merasmikan Hari Kerjaya Politeknik Mukah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Hadirin sekalian,

Tanpa kehadiran agensi-agensi luar ke Politeknik Mukah hari


ini sudah tentu matlamat program tidak akan tercapai. Pada
hari ini sebanyak 15 agensi telah hadir pada Program Hari
Kerjaya Politeknik Mukah.

Dengan itu, majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian


cenderamata kepada agensi-agensi yang telah hadir pada hari
ini.

Bagi menyempurnakan penyampaian ini, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan sekali lagi………

Yang Berusaha Mejar Bersekutu (Pertahanan Awam) Suhaili


Bin Aleh, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik
Mukah diiringi oleh Encik Mohd Azlan bin Ab Aziz untuk
menyampaikan cenderamata kepada wakil agensi.

Majlis mengucapakan ribuan terima kasih kepada Yang


Berusaha Mejar Bersekutu (Pertahanan Awam) Suhaili Bin
Aleh, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik
Mukah atas penyempurnaan penyampaian cenderamata
sebentar tadi.

Nyanyian lagu Bagi mengakhiri majlis kita, marilah kita bersama-sama


Ibu Pertiwiku berdiri bagi nyanyian lagu Ibu Pertiwiku.

Dengan berakhirnya nyanyian Lagi Ibu Pertiwiku itu sebentar


tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Perasmian Hari Kerjaya
Politeknik Mukah. Sekali lagi, majlis merakamkan jutaan
terima kasih kepada dif-dif kehormat serta hadirin sekalian
atas kesudian untuk bersama-sama menjayakan program ini.

Majlis dengan ini menjemput dif-dif kehormat untuk melawat


tapak pameran sebelum menjamu selera

Anda mungkin juga menyukai