Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN : PROGRAM KAYUHAN SANTAI MBSA 2016

TARIKH: 24 OGOS 2016


HARI : RABU
MASA: 8:30 PAGI – 9:30 PAGI (jangkaan)
JURU ACARA BERTUGAS :
1- En Mohamed Ishak bin Hj Mohamad Salim (B.A (Hons) Pengajian Islam, USIM
2- En Mohd Hanis bin Mohd Nazim@ Nazam (B.A (Hons) Syariah Islamiyyah Al-Azhar Univ, Kaherah)

CUE TEKS MC

8.25 pagi -Juru Acara bersedia

Ketibaan Marshall -Peserta Kompang mengambil tempat dan bersedia.


Konvoi

8:35 pagi

Ketibaan Konvoi Mengumumkan, ketibaan para peserta Kayuhan Basikal HANIS


berbasikal dengan Santai Shah Alam 2016 ke Padang Sekolah Keb Seksyen
paluan kompang 7 Shah Alam.

Selamat datang diucapkan kepada semua.

Welcome to All of you.

Peserta diagihkan Tunggu sehingga semua peserta bersedia


sticker Dengue
Patrol
Pihak majlis mempersilakan para tetamu kehormat dan ISHAK
ketua konvoi berbasikal untuk mengambil tempat duduk
di atas pentas yang disediakan. (2x) Terima kasih.

1
Aluan Pengacara Bismillah hirohmanirrohim. HANIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam


Sejahtera dan Selamat pagi.

Yang Dihormati

.......................................................................................,

.......................................................................................

Yang Berusaha En. Zainuddin Bin Abdul Halim ,


Guru Besar Sekolah Keb. Seksyen 7 Shah Alam.
Yang Berusaha , Barisan Guru Penolong Kanan Sekolah,
guru guru dan

Yang Diraikan, para peserta Program Kayuhan Santai


Shah Alam Sempena Bulan Kebangsaan 2016.

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN


7 SHAH ALAM!

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahuwataala


kerana dengan limpah, kurnia serta keiizinanNya pada ISHAK
pagi yang bersejarah ini, kita dapat berkumpul bagi
menjayakan Program Berbasikal Kayuhan Santai anjuran
MBSA bagi tahun 2016.

Sireh Tersusun Di Dalam Jambangan


Inang Bersantun Empunya Diri
Sekalung Penghargaan Atas Kunjungan
Semoga Majlis Bertambah Seri

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta


kayuhan, kerana telah berjaya sampai ke checkpoint
yang kedua di sekolah ini, dan adalah diharapkan anda
akan berjaya meneruskan perjalanan ke checkpoint-
checkpoint yang seterusnya. Sekalung penghargaan dan
terima kasih diucapkan atas kesudian memilih sekolah
ini sebagai destinasi persinggahan.
Hadirin para peserta kayuhan santai sekalian,
ISHAK
Sempena majlis yang julung julung kali diadakan di
sekolah ini,

2
Ucapan aluan Sekarang majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang
Tuan Guru Besar Berusaha, En Zainuddin bin Abdul Halim selaku Guru
Besar di sekolah ini untuk menyampaikan ucapan alu- ISHAK
aluan. Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

Ucapan Tn Guru Besar

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha


Tn Guru Besar En Zainuddin bin Abdul Halim atas ucapan
alu-aluan beliau tadi.

Persembahan Koir Para tetamu dan sidang hadirin sekalian.


ISHAK
Kini tibalah masanya untuk kita saksikan, persembahan
Koir Khas yang bertajuk
...............................................dari murid-murid SK
Seksyen 7 Shah Alam. Untuk itu, marilah sama-samalah
kita berikan tepukan yang gemuruh kepada para peserta
Koir SK Seksyen 7 Shah alam. Sama-sama kita saksikan!

Persembahan Koir

Terima kasih murid-murid atas persembahan koir


sebentar tadi.
Laungan Dengue Untuk makluman hadirin sekalian.
Patrol HANIS
SK Seksyen 7 Shah Alam merupakan salah sebuah
sekolah di dalam Daerah Petaling Perdana yang berjaya
menyertai Pertandingan Petrol Denggi peringkat
Kebangsaan. Program bertujuan untuk menyemai
kesedaran kepada masyarakat terutamanya warga
sekolah tentang peri pentingnya menjaga kebersihan
persekitaran demi menjamin kesihatan diri dan
mengelak dari wabak demam denggi bawaan nyamuk
aedes. Untuk itu dalam kesempatan ini, marilah sama-
sama kita saksikan laungan penuh semangat dari Team
Petrol Denggi Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Laungan Petro Denggi

Terima kasih kepada Unit Patrol Denggi di atas laungan


yang bersemangat sebentar tadi. Semoga dengan

3
laungan tadi, dapat menyuntik kesedaran dan
tanggungjawab kepada kita sebagai rakyat Malaysia
untuk lebih mementingkan kebersihan dalam kehidupan
seharian.

Pelancaran Hadirin sekalian, sempena Sambutan Bulan Kebangsaan


(Serahan Jalur kali ke-59, yang akan disambut beberapa hari sahaja ISHAK
Gemilang) lagi, majlis kita diteruskan lagi dengan acara penyerahan
Bendera Jalur Gemilang dari pihak MBSA kepada pihak
sekolah. Bagi menyempurnakan acara, pihak majlis
mempersilakan
.........................................................................................

selaku.............................................................................

Untuk menyampaikan bendera kebanggaan kita Kibaran


Jalur Gemilang kepada Tn Guru Besar SK Seksyen 7 Shah
Alam. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada


.....................................................................dan Yg
Berusaha Tuan Guru besar atas kesudian
menyempurnakan acara sebentar tadi.

Penutup Yang Berusaha Tetamu Jemputan, Tuan-Tuan, Puan-


Puan hadirin yang dihormati sekalian. HANIS
(Perlepasan
peserta Kayuhan) Kita telah sampai ke penghujung acara. Jutaan terima
kasih sekali diucapkan kepada semua peserta kayuhan
atas kehadiran pada kali ini. Mudah-mudahan selepas ini
pihak tuan sudi lagi untuk mengunjungi kami di sekolah
ini. Sebagai akhirnya, Dijemput Tuan Guru Besar En
Zainuddin bin Abdul Halim ke upacara Pelepasan Peserta
Konvoi Kayuhan Santai MBSA ini untuk terus berkayuh
ke destinasi yang seterusnya. Dipersilakan Tn Guru
Besar, diiringi barisan pentadbir sekolah yang lain ke
upacara tersebut.

Dengan hormatnya dipersilakan.

Dengan berakhirnya upacara pelepasan sebentar tadi, ISHAK


maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada


semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung
dalam mejayakan majlis pada pagi ini. Semoga kita

4
bertemu lagi di lain acara.

Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai