Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH


PERTANDINGAN FORUM REMAJA PERINGKAT AKHIR
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLANG
19 JULAI 2016
DEWAN AL MUTTAQIN AL MUTHAQQAFIN, KISAS SBT

PERKARA TEKS NOTA

KETIBAAN Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan


PERASMI Hajah Adliyah binti Ramli, Pegawai Pendidikan
Daerah Klang diiringi saff kepimpinan KISAS SBT
masuk ke dewan. Hadirin dimohon berdiri.

(Cue: Tetamu sudah berada di tempat duduk )

Seterusnya, hadirin dipersilakan berdiri dan bersedia


untuk menyanyikan lagu Negaraku.

(Negaraku tamat)

Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


PENYAMBU ‫رب اشرح لي صدري ؤيسر لي امري‬
T KATA ‫وحلل غقدة من لسا ني يفقه قؤلي‬

Assalamualaikum pembuka bicara


Ahlan wasahlan saya ucapkan
Selamat datang kepada semua
Semoga majlis Allah berkatkan

Tautan Perdana buat:

 Yang Berusaha Puan Hajah Adliyah binti


Ramli
Pegawai Pendidikan Daerah Klang

 Yang Berusaha Tuan Haji Omar bin Salleh


Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah
merangkap Pengerusi Pengelola
Pertandingan Forum Remaja Sekolah-
Sekolah Menengah Daerah Klang 2016
 Guru-guru pengiring
 Para Peserta Pertandingan Forum Remaja
1

Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Klang


Page

 seterusnya hadirin hadirat sekalian


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera diucapkan.

KATA ALU- Pertama sekali marilah kita rafa’kan kesyukuran ke


ALUAN hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
rahmatnya maka dapat kita berkumpul di dalam dewan
ini pada hari ini untuk menjayakan MAJLIS
PENUTUPAN PERTANDINGAN FORUM
REMAJA PERINGKAT AKHIR SEKOLAH-
SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLANG bagi
tahun 2016.

Terlebih dahulu, saya mewakili pihak majlis ingin


merakamkan jutaan terima kasih dan mengalu-alukan
kehadiran Yang Berusaha Puan Hajah Adliyah binti
Ramli, Pegawai Pendidikan Daerah Klang, para
tetamu jemputan, guru-guru serta hadirin hadirat
sekalian.

Alangkah bangga rasa di hati


Pemimpin tersayang di depan mata
Terima kasih sekalung budi
Hadir puan meriah suasana

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN .

UCAPAN Meneruskan acara, majlis dengan penuh takzim


PENGETUA mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Omar bin
KISAS SBT Salleh selaku pengerusi pengelola untuk
menyampaikan kata alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


PERASMIA Yang Berusaha Tuan Haji Omar bin Salleh atas
N ucapan sebentar tadi.
PENUTUPA
N Salam dihulur ukhwah disambut
Moga kasih kekal berzaman
Besar niat kami menjemput
Agar majlis Puan rasmikan

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput


Yang Berusaha Puan Hajah Adliyah binti Ramli,
2
Page

Pegawai Pendidikan Daerah Klang untuk


menyampaikan ucapan dan serterusnya merasmikan
MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN
FORUM REMAJA PERINGKAT AKHIR
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH
KLANG 2016.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

ULASAN Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang


KETUA Berusaha Puan Hajah Adliyah binti Ramli, Pegawai
HAKIM Pendidikan Daerah Klang atas ucapan perasmian
sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Ketua Hakim


Pertandingan Forum Remaja Sekolah-Sekolah
Menengah Daerah Klang 2016,
_____________________ untuk menyampaikan ulasan
beliau.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PENYAMPA Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua


IAN SIJIL & Hakim Pertandingan Forum Remaja Sekolah-Sekolah
CENDERAH Menengah Daerah Klang 2016 atas ulasan beliau
ATI HAKIM sebentar tadi. Semoga kualiti pertandingan Forum
Remaja akan dapat dipertingkatkan di masa akan
datang.

Hadirin warga dewan yang budiman,

Seterusnya kita ke upacara penyampaian sijil dan


cenderahati kepada para hakim Pertandingan Forum
Remaja Peringkat Akhir Sekolah-Sekolah Menengah
Daerah Klang 2016.

Oleh itu, bagi menyempurnakan upacara penyampaian


hadiah, majlis dengan sukacitanya menjemput

Yang Berusaha Encik Mohd Nordin bin Mohd


Tohir, Penolong Kanan Kolej Islam Sultan Alam
Shah / Yang Berusaha Puan Rashidahnor binti
Shamsuddin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid Kolej Islam Sultan Alam Shah

Untuk mengiringi dan mempersilakan Yang


Berusaha Puan Hajah Adliyah binti Ramli, Pegawai
3

Pendidikan Daerah Klang untuk naik ke pentas.


Page
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita mulakan penyampaian sijil dan cenderahati hakim


dengan mempersilakan Ketua Hakim Pertandingan
Forum Remaja Sekolah-Sekolah Menengah Daerah
Klang 2016, _____________________.....

Seterusnya dipersilakan….

PENGUMU Hadirin warga dewan yang budiman


MAN
KEPUTUSA Kini tibalah kita ke saat yang penuh debaran buat
semua peserta pertandingan Forum Remaja Sekolah-
N
Sekolah Menengah Daerah Klang 2016, iaitu
PERTANDI pengumuman keputusan pertandingan.
NGAN
Tempat ketiga disandang oleh....
Naib Johan ...
Dan Johan Pertandingan Forum Remaja Sekolah-
Sekolah Menengah Daerah Klang 2016 disandang
oleh.....

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ..... atas kejayaan


dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Forum Remaja
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Klang 2016. Bagi
pasukan yang tidak berjaya, cuba lagi di masa hadapan.

PENYAMPA Hadirin sekalian,


IAN SIJIL &
HADIAH Berikutnya adalah penyampaian hadiah kepada
PEMENAN sekolah-sekolah yang bertanding.
G
(rujuk senarai)

 Turutan hadiah: 10/3 1

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian


sijil penyertaan kepada para peserta.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Pengurus Pasukan dari:
BACAAN Hadirin warga dewan yang budiman,
DOA
4
Page

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, marilah kita sama-


sama menadah tangan, memohon doa yang akan
dipimpin oleh ____________.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _____


atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Majlis kita pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya.


Seluruh warga Kolej Islam Sultan Alam Shah ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan
terima kasih kepada tetamu kehormat majlis, iaitu:

 Yang Berusaha Puan Hajah Adliyah binti


Ramli
Pegawai Pendidikan Daerah Klang

 Yang Berusaha Tuan Haji Omar bin Salleh


Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah
merangkap Pengerusi Pengelola
Pertandingan Forum Remaja Sekolah-
Sekolah Menengah Daerah Klang 2016
 Guru-guru pengiring
 Para Peserta Pertandingan Forum Remaja
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Klang
 seterusnya hadirin hadirat sekalian
serta para tetamu yang sudi hadir pada hari ini.

Terima kasih juga kepada Barisan Jawatan Kuasa Pelaksana


Majlis dan individu serta semua pihak yang telah
memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan
Majlis pada hari ini.

Seri Menanti kota negeri


Bandar sejarah indah berseri
Yang indah, yang baik bawalah pergi
Yang cacat, yang lemah tinggalkan di sini.

Bagi pihak majlis, saya memohon ribuan ampun dan maaf


atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji


Omar bin Salleh, Pengetua KISAS SBT untuk mengiringi
para tetamu kehormat majlis bagi menikmati jamuan yang
disediakan.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
5
Page

Anda mungkin juga menyukai