Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN

KEM PEMANTAPAN SUBJEK & PECUTAN AKHIR SPM SMK CHANGKAT LADA TAHUN 2018

CLUE PERKARA CATATAN

KATA-KATA Dari Raub pergi ke Pontian


ALUAN Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon kami mulakan Majlis.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.
Yang Dihormati
Tn Hj Zulkarnain bin Zainal Abidin,
Selaku Timbalan Pengurus Besar Wilayah, Felcra Seberang Perak
Yang Berusaha
Tn Syed Azelan bin Syed Abu Hassan, Pengetua SMK Changkat Lada,
Barisan Penolong Kanan SMK Changkat Lada,
Tn Hj Mohd Noridzad bin Hassan, PK Pentadbiran,
En Izamuddin bin Ismail, PK Hal Ehawal Murid,
Tn Hj Mohd Aziz bin Mat Nasir, PK Kokurikulum,
En Norizam bin Riman, PK PPKI,
Barisan Guru Kanan SMK Changkat Lada,
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kem Pemantapan Subjek & Pecutan
Akhir SPM SMK Changkat Lada Tahun 2018,
Barisan Fasilitator, Guru-Guru, Peserta-Peserta Kursus
hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke Majlis Penutupan Kem Pemantapan Subjek &


Pecutan Akhir SPM SMK Changkat Lada Tahun 2018.

NYATAKAN Melayang serindit di atas permatang


PROGRAM Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana
dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis
Penutupan Kem Pemantapan Subjek & Pecutan Akhir SPM SMK
Changkat Lada Tahun 2018.

1
TEKS PENGACARAAN
KEM PEMANTAPAN SUBJEK & PECUTAN AKHIR SPM SMK CHANGKAT LADA TAHUN 2018

BACAAN DOA Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh
Saudara ………………………………………………………………………
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Saudara ............................................... atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Kem Pemantapan Subjek & Pecutan Akhir SPM SMK Changkat Lada
Tahun 2018 merupakan program yang dianjurkan oleh
......................................................................... bagi menghimpunkan
semua pelajar Tingkatan 5 di sekolah ini.
Untuk pengetahuan hadirin, antara objektif program ini diadakan
adalah bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu, cemerlang,
bersahsiah dan berkualiti tinggi dalam semua segi sama ada dalam
akademik, sosial dan identiti pelajar.

UCAPAN ALU- Hadirin dan hadirat sekalian,


ALUAN
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Tn Syed Azelan bin Syed
Abu Hassan selaku Pengetua SMK Changkat Lada bagi menyampaikan
ucapan alu-aluan sempena Kem Pemantapan Subjek & Pecutan Akhir
SPM SMK Changkat Lada Tahun 2018. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Syed Azelan atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

2
TEKS PENGACARAAN
KEM PEMANTAPAN SUBJEK & PECUTAN AKHIR SPM SMK CHANGKAT LADA TAHUN 2018

UCAPAN Hadirin dan hadirat sekalian,


PERASMIAN
PENUTUP
Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama dengarkan ucapan
perasmian penutup Kem Pemantapan Subjek & Pecutan Akhir SPM
SMK Changkat Lada Tahun 2018. Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan
kepada Yang Dihormati Tn Hj Zulkarnain bin Zainal Abidin, Selaku
Timbalan Pengurus Besar Wilayah, Felcra Seberang Perak untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan Tuan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Dihormati Tn Hj


Zulkarnain bin Zainal Abidin atas ucapan perasmian yang telah
disampaikan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat Yang DiRahmati Allah sekalian,


SIJIL &
CENDERAHATI
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil dan hadiah.
Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin
menjemput dan mempersilakan kepada Yang Berusaha Tn Syed Azelan
bin Syed Abu Hassan untuk mengiringi Yang Dihormati Tn Hj
Zulkarnain bin Zainal Abidin, Selaku Timbalan Pengurus Besar
Wilayah, Felcra Seberang Perak.
Dipersilakan Tuan.

Dipersilakan wakil pelajar saudara/saudari


.......................................................... untuk menerima sijil penyertaan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian Yang dihormati Tn


Hj Zulkarnain bin Zainal Abidin hadir ke dalam Majlis kita pada hari ini,
dan sudi untuk menyempurnakan upacara perasmian penutup Kem
Pemantapan Subjek & Pecutan Akhir SPM SMK Changkat Lada Tahun
2018 , majlis ingin menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada
beliau. Untuk itu, Majlis mempersilakan kepada Yang Berusaha Tn Syed
Azelan untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang dihormati Tn Hj
Zulkarnain bin Zainal Abidin. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan.

3
TEKS PENGACARAAN
KEM PEMANTAPAN SUBJEK & PECUTAN AKHIR SPM SMK CHANGKAT LADA TAHUN 2018

PENUTUP Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah,

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa
syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas
kesudian hadir memeriahkan Majlis Penutupan kita pada hari yang
penuh keberkatan ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan,


Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung majlis.


Di kesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Bunga mawar cantik berseri


Mekar disirami si embun pagi
Majlis hari ini mengundur diri
Semoga kita berjumpa lagi.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu


`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Dijemput kepada dif-dif jemputan untuk menikmati sedikit hidangan


yang telah disediakan. Dipersilakan juga kepada hadirin dan hadirat
sekalian untuk turut menikmati hidangan yang telah disediakan.

Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai