Anda di halaman 1dari 13

Majlis Graduasi SMKPZ 2018

BIL AGENDA TEKS CATATAN

1 Perarakan masuk Mengumumkan perarakan masuk para graduan SMK Pendeta Za’ba
para graduan ke bagi tahun 2018
dalam dewan
Fae

2 Perarakan masuk Mengumumkan perarakan masuk tetamu utama ke dalam dewan


tetamu utama ke Hadirin dipohon berdiri.
dalam dewan
Kak Ani

3 Nyanyian lagu Hadirin sekalian,


Negaraku Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, sama-samalah kita
menyanyikan lagu Negaraku .
Oleh itu, hadirin diminta berdiri.

4 Kata alu-aluan *Hadirin dipersilakan duduk


Fae
Jajaran mengkudu di selang bidara
Di celah angsana meredup di hutan
Awal bismillah pembuka bicara
Majlis gemilang kita raikan

Ramai tetamu bermadah puisi


Kata bertuan tanda berbahasa
Selamat bertemu di Majlis Graduasi
Semoga semuanya selamat sejahtera

1
Majlis Graduasi SMKPZ 2018

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Yang Berbahagia, En Sahrum Azam bin Mamat, YDP PIBG SMK
Pendeta Za’ba
Yang Berbahagia, Pn Hjh Hamidah Binti Burok, Pengetua Cemerlang
SMK Pendeta Za’ba
Yang Berusaha, Guru-guru Penolong Kanan
Ketua-ketua Bidang
Guru-guru
AJK PIBG SMK Pendeta Za’ba
Ibu bapa
Seterusnya graduan yang diraikan

Seangkasa terima kasih buat semua kerana sudi melapangkan masa


bagi sama-sama memeriahkan majlis graduasi pada hari ini.

Warga dewan yang dimuliakan,


Untuk makluman semua, Majlis graduasi kali ke-2 bagi SMK Pendeta
Za’ba ini diadakan khusus untuk putera dan puteri SMK Pendeta Za’ba
sebagai perangsang kepada mereka untuk terus mencapai kejayaan
dalam apa-apa jua bidang yang bakal diceburi.

Seramai___ orang pelajar tingkatan 5 akan diraikan kejayaannya hari


ini dan kami berharap Majlis graduasi ini mampu mengukir kenangan
manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah
putera dan puteri SMK Pendeta Za’ba.

5 Bacaan doa Hadirin yang dihormati,


Dari Kedah puspa ku mohon,
Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat.

Allah juga yang dipuji dengan lidah dan hati kerana dengan limpah izi-
Nya jua, kita diberi kesempatan bersama-sama meraikan para pelajar
2
Majlis Graduasi SMKPZ 2018

tingkatan 5 yang bakal meninggalkan alam persekolahan tidak lama


lagi.

Oleh itu, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-
sama menandah tangan dengan penuh keinsafan, moga majlis kita
pada hari ini mendapat keberkatan

Untuk tujuan itu, majlis dengan ini mempersilakan al- Fadhil Ustaz
Mohd Abdullah B Muhammad yusoff untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

6 Ucapan YDP Amin, Amin Ya Ribbal Alamin.


PIBG Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi
Tanpa melengahkan masa, majlis meneruskan acara dengan
mempersilakan YDP PIBG SMK Pendeta Za’ba, En Sahrum Azam bin
Mamat untuk menyampaikan ucapan.
Dengan hormatnya dipersilakan

7 Ucapan Ucapan berbudi terima kasih atas kesudian En Sahrum Azam bin
Perasmian Mamat, YDP PIBG SMK Pendeta Za’ba kerana sudi menyampaikan
ucapan yang penuh bermakna sebentar tadi

Seterusnya, tanpa melengahkan masa, majlis pada hari ini diteruskan


dengan ucapan perasmian.

Dengan itu, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang SMK Pendeta


Za’ba, Pn Hjh Hamidah bt Burok untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Graduasi SMK Pendeta Za’ba bagi
tahun 2015.
Dengan penuh takzim dipersilakan.

3
Majlis Graduasi SMKPZ 2018

8 Tayangan slaid Berilah kami haluan kemudi


Pengubat hati menanti harapan
Ucapan diberi penuh bererti
Amanat tuan jadi pegangan 

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas


ucapan perasmian dan amanat yang disampaikan itu tadi. 

Hadirin yang dihormati,


Majlis pada hari ini diserikan lagi dengan tayangan slaid berkaitan
rangkuman aktiviti sepanjang tahun yang telah diadakan di SMKPZ.
Oleh itu, marilah sama-samalah kita hayati.

9 Pengisytiharan Hadirin yang dihormati,


pembukaan Demikianlah tadi tayangan slaid berkaitan aktiviti yang telah
Majlis Graduasi dilaksankan dengan oleh warga SMK Pendeta Za’ba dengan jayanya
sepanjang tahun 2015. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Hadirin yang dihormati
Majlis diteruskan dengan pengisythiaran pembukaan Majlis Graduasi
Untuk tujuan itu, majlis dengan ini mempersilakan Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, ___________________________untuk
mengisytiharkan pembukaan majlis graduasi.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

10 Penyampaian sijil Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


graduasi kepada ____________________________ atas pengisytiharan
pembukaan Majlis Graduasi sebentar tadi. 

Hadirin yang dimuliakan sekalian


Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil graduasi
kepada graduan-graduan SMK Pendeta Za’ba bagi tahun 2015

4
Majlis Graduasi SMKPZ 2018

Sehubungan dengan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan,


_________________________, untuk menjemput dan mengiringi
Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za’ba, Pn Hjh Hamidah Bt Burok
bagi menyempurnakan majlis penyampaian Sijil Graduasi.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. 

Majlis penyampaian sijil graduasi dimulakan dengan garaduan dari


Tingkatan 5 Arif.

Tingkatan 5A Dijemput:

12 Tingkatan 5C Majlis penyampaian sijil graduasi diteruskan dengan graduan dari


Tingkatan 5 Cekap.
Dijemput:

13 Tingkatan 5LS Majlis penyampaian sijil graduasi diteruskan dengan garaduan dari
Tingkatan 5 Landskap
Dijemput:

14 Tingkatan 5RT Majlis penyampaian sijil graduasi diteruskan dengan garaduan dari
Tingkatan 5 Reka Tanda
Dijemput:

15 Tingkatan 5E Majlis penyampaian sijil graduasi diteruskan dengan garaduan dari


Tingkatan 5 Efektif
Dijemput:

16 Tingkatan 5F Majlis penyampaian sijil graduasi diteruskan dengan garaduan dari


Tingkatan 5 Fikri
Dijemput

17 Pengumuman Hadirin yang dihormati sekalian


anugerah Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian Anugerah Khas
kepada graduan SMK Pendeta Za’ba yang cemerlang dalam bidang
5
Majlis Graduasi SMKPZ 2018

masing-masing.
Terdapat beberapa anugerah yang bakal dianugerahkan kepada para
graduaan sebentar lagi bagi menyuntik motivasi agar mereka terus
cemerlang.
Anugerah yang akan disampaikan pada petang ini ialah :
Tokoh Dato’ Misbun bagi graduan yang cemerlang dalam bidang
kokurikulum
Anugerah Tun Dr Mahathir bagi graduan yang cemerlang dalam aspek
kepimpinan
Anugerah Za’ba bagi graduan yang cemerlang dalam bidang sahsiah
dan Anugerah Ungku Aziz bagi graduan yang cemerlang dalam bidang
Kurikulum

Penyampaian Hadirin yang dihormati


Tokoh Dato’ Majlis penyampaian Anugerah kita mulakan dengan membaca biodata
Misbun I bagi penerima Tokoh Dato’ Misbun

Majlis dengan ini mempersilakan Ahmad Nazhan bin Pahrol Azman


untuk naik ke pentas

Dilahirkan di Seremban pada 5 September 1998 dan bercita-cita


menjadi arkitek
Antara pencapaiannya dalam bidang kokurikulum adalah menyertai:
 Mendapat 1 emas, 1 perak dan 4 gangsa dalam Kejohanan
Akuatik Peringkat Negeri
 mendapat 9 emas, 1 perak dan 1 gangsa dalam Kejohanan
Akuatik Peringkat Negeri
 Juara keseluruhan kejohanan akuatik Bawah18 peringkat
kebangsaan
 Tempat keenam dalam Pertandingan Renang Kebangsaan
 Tempat keenam dalam Pertandingan Renang President Cup
 Menyertai Malaysian Open Peringkat Antarabangsa
 Menyertai Invitational Age Group Peringkat Antarabangsa

Graduan ini juga pernah menerima

 Anugerah Emas Kokurikulum bagi peringkat SMK Pendeta

6
Majlis Graduasi SMKPZ 2018

Za’ba

Majlis dengan ini menjemput, Ahmad Nazhan bin Pahrol Azman


untuk menerima Anugerah Dato’ Misbun

Penyampaian Hadirin yang dihormati


Tokoh Dato’ Majlis penyampaian Anugerah diteruskan dengan membaca biodata
Misbun II bagi seorang lagi penerima Tokoh Dato’ Misbun

Majlis dengan ini mempersilakan Muhammad Talha Lokman


untuk naik ke pentas
Dilahirkan di Seremban pada 20 Ogoa 1998 dan bercita-cita menjadi
pemain golf professional
Mula bermain golf sejak berusia 9 tahun dan mula mewakili sekolah
pada tahun 2008 di peringkat negeri. Pada tahun 2010 hingga 2015
graduan ini menyertai pertandingan peringkat kebangsaan

Graduan ini juga menyertai Samudera Golf Academy di bawah


Kementerian Belia dan Sukan dan mendapat bimbingan daripada David
Jeung yang merupakan jurulatih dari Korea

Antara pencapaiannya dalam bidang kokurikulum adalah menyertai :


 Mendapat tempat kelima dalam IMG Academy Junior World
Golf Championship Official Qualifier pada tahun
 Menyertai 100 Plus Malaysian Junior Open Peringkat
Antarabangsa
 Menyertai Faldo Series Malaysian Championship
 Mendapat tempat kelima dalam Junior Golf Circuit Grand
Finals
 Menjadi Johan dalam Kejohanan Tenis MSSMNS
 Mendapat tempat kedua dalam Polytecnic Golf Championship
 Mendapat tempat kedua dalam Junior Swing Centralize
Training Golf Camp

Majlis dengan ini menjemput, Muhammad Talha Lokman


untuk menerima Anugerah Dato’ Misbun

7
Majlis Graduasi SMKPZ 2018

Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian


Anugerah Tun Dr Majlis penyampaian Anugerah diteruskan dengan membaca biodata
Mahathir bagi penerima Anugerah Tun Dr Mahathir. 
Majlis dengan ini mempersilakan Muhammad khairullah b. Sulaiman
untuk naik ke pentas

Graduan ini dilahirkan pada 19 April 1998 di HUKM Kuala Lumpur


Bercita-cita menjadi Saintis dan Pemuzik terkenal
Dengan prinsip hidup: The beginning is always the hardest
Graduan ini pernah menyandang jawatan sebagai
 Exco Lembaga Pengawas
 Pengerusi Kelab Caklempong
 Pengerusi Kelab Tarian
 Setiausaha Kelab bola tampar

Antara pencapaiannya dalam bidang kokurikulum :


 Menjadi Johan dalam Program pencarian bakat ekspresi muzik
kategori solo peringkat negeri
 Menjadi Naib Johan dalam Program pencarian bakat ekspresi
muzik kategori berkumpulan peringkat negeri
 Menjadi juara dalam Program doktor muda episod ke-4
peringkat kebangsaan
 Menjadi Naib Johan dalamPertandingan tarian rampaian, pesta
muzik sekolah-sekolah Negeri Sembilan
 Menjadi Naib Johan dalam Festival Tari Negeri Sembilan
 Menerima anugerah Tokoh ko-akademik bagi Anugerah
Kokurikulum terbilang SMK Pendeta Za’ba
 Anugerah emas peringkat kebangsaan

Majlis dengan segala hormatnya menjemput, Muhammad Khairullah b.


Sulaiman untuk menerima Anugerah Tun Dr Mahathir

8
Majlis Graduasi SMKPZ 2018

Penyampaian Hadirin yang dihormati


Anugerah Za’ba Majlis penyampaian Anugerah diteruskan dengan membaca biodata
penerima Anugerah Za’ba

Majlis dengan ini mempersilakan Intan Shafiqah binti Azmi untuk naik
ke pentas
Dilahirkan pada 8 Disember 1998, di Jelebu, Negeri Sembilan
Dengan prinsip hidup: What makes people different is effort

Pernah menyandang beberapa jawatan sepanjang berada di SMK


Pendeta Za’ba antaranya
 Pemimpin pelajar
 Naib Pengerusi Rumah Sukan Cenderawasih
 AJK COMBI
 AJK Kelab Doktor Muda
 Naib Setiausaha Kelab Cak Lempong

Manakala penglibatannya dalam kokurikulum antaranya pernah


menyertai :
 Karnival Doktor Muda
 Training of trainers Kelab Doktor Muda
 Tempat ketiga dalam Pertandingan Bola Tampar peringkat
daerah
 Menyertai Khidmat masyarakat COMBI peringkat antarabangsa
(APMEN)
Majlis dengan ini menjemput Intan Shafiqah binti Azmi untuk menerima
Anugerah Za’ba

9
Majlis Graduasi SMKPZ 2018

Anugerah Ungku Hadirin yang dihormati


Aziz Anugerah yang terakhir ialah Anugerah Ungku Aziz

Majlis dengan ini mempersilakan Faridah bt Kasni untuk naik ke pentas

Penerima Anugerah ini dilahirkan di Hospital Besar, Seremban pada 22


Ogos 1998

Bercita-cita menjadi akauntan

Dengan moto hidup : Kecerdasan bukan penentu kejayaan tetapi kerja


keras merupakan penentu kejayaan sebenar, graduan ini menjadikan
Rasulullah SAW dan ibu bapanya sebagai idola

Menyandang beberapa jawatan di sekolah antaranya :

 Pengerusi Kelab Doktor Muda


 Pengerusi Kadet Bomba 2
 Setiausaha kelas 5 Cekap
Manakala penglibatannya dalam kokurikulum antaranya pernah
menyertai :
 Tempat ketiga dalam Kuiz Matematik peringkat sekolah
 Menjadi Johan dalam Pertandingan Walk Hunt peringkat
sekolah
 Menjadi johan dalam pertandingan Kawad Kaki Kadet Bomba
peringkat daerah
 Mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan ikatan dan
simpulan Kadet Bomba peringkat Daerah
 Menerima Anugerah Emas Bintang Pengetua sebanyak 4 kali
 Menerima Anugerah Ibnu Khaldun sebanyak 4 kali
 Tokoh Sahsiah 2015 dalam Majlis Anugerah HEM terbilang
SMK Pendeta

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini menjemput penerima


Anugerah Ungku Aziz iaitu Faridah bt Kasni untuk menerima anugerah.

Penyampaian Hadirin sekalian,


Cenderamata
Demikianlah tadi berakhirnya pemyampaian sijil dan anugerah kepada
graduan SMK Pendeta Za’ba
10
Majlis Graduasi SMKPZ 2018

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Pengetua Cemerlang, SMK Pendeta Za’ba Pn Hjh Hamidah Bt
Burok atas kesudian menyempurnakan penyampaian anugerah-
anugerah dan sijil-sijil.

Bagi menyempurnakan acara seterusnya, majlis mempersilakan


Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za’ba, Pn Hjh Hamidah bt Burok
dengan diiringi oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Tuan Haji Roslan bin Omar, untuk menyampaikan cenderamata
kepada YDP PIBG SMK Pendeta Za’ba, En Sahrum Azam bin Mamat,
sebagai tanda ingatan dan penghargaan.
Majlis mempersilakan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Tuan Haji Roslan bin Omar untuk


menyampaikan cenderamata kepada Pengetua Cemerlang SMK
Pendeta Za’ba, Pn Hjh Hamidah Bt Burok bagi merakamkan rasa
terima kasih dan penghargaan .
Terima kasih diucapkan

Pengisythiaran Cantik jambangan bunga disusun,


Penutup Bunga orkid, cempaka dan melati
Budimu bagaikan air terjun,
Mengalir terus tanpa henti.

Hadirin yang dihormati,

Majlis pada hari ini diteruskan dengan pengisytiharan penangguhan


majlis Graduasi SMK Pendeta Za’ba bagi tahun 2015
Dengan itu majlis mempersilakan Tuan Haji Roslan bin Omar bagi
mengisytiharkan penangguhan Majlis Graduasi SMK Pendeta Za’ba

11
Majlis Graduasi SMKPZ 2018

bagi Tahun 2015


Dengan segala hormatnya dipersilakan

Penutup Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Roslan bin
Omar atas pengisythiaran penutupan Majlis Graduasi
Hadirin yang dihormati sekalian,
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa
syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan
menjayakan majlis ini sama ada secara langsung atau tidak langsung

Bunga seroja di atas para


Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Sekian , saya sudahi dengan wabillah hitaufiq walhidayah,


wassalamualaikum w.b.t Sekian. Terima kasih.

Perarakan keluar Mengumumkan perarakan keluar tetamu utama.


Warga dewan diminta berdiri.

Persembahan Hadirin sekalian,


pelajar Majlis pada hari ini diteruskan dengan persembahan pelajar-pelajar
tingkatan 5
Dijemput persembahan pertama dari kelas ......................... dengan
persembahan ...................................................

Sesi Fotografi Hadirin sekalian,


Begitulah tadi persembahan menarik daripada graduan-graduan SMK
Pendeta Za’ba

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis yang elok, dihiasi busana yang cantik, haruslah dirakam buat
tatapan pada masa akan datang. Untuk itu, semua para jemputan,,

12
Majlis Graduasi SMKPZ 2018

guru-guru, para pelajar, ibu bapa dan semua yang hadir pada hari ini
dijemput untuk meneruskan acara dengan sesi bergambar.
Dipersilakan.

13

Anda mungkin juga menyukai