Anda di halaman 1dari 12

Majlis Graduasi SMKPZ 2019

AGENDA TEKS CATATAN


BI
L

1 Perarakan Mengumumkan perarakan masuk para graduan SMK Pendeta Za’ba


masuk para bagi tahun 2019
graduan ke
dalam dewan
Fae

2 Perarakan Mengumumkan, perarakan masuk tetamu kehormat dengan
masuk tetamu didahului Pembawa Cokmar Istiadat serta diiringi oleh Ahli-ahli Senat

utama ke dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za’ba.


dewan
Fae

Nyanyian Lagu Negaraku


Tanpa pengumuman

3 Kata alu-aluan *Hadirin dipersilakan duduk


Loqman
Jajaran mengkudu di selang bidara
Di celah angsana meredup di hutan
Awal bismillah pembuka bicara
Majlis gemilang kita raikan

1
Majlis Graduasi SMKPZ 2019

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...ASSALAMUALAIK
UM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr Fatimah Binti Sidi


Pengarah,
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia

Yang Berbahagia Encik Azhar bin Hashim


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pengurusan Murid
Mewakili Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seremban.

Yang Berusaha, Tn Hj Awalludin bin Mat Din,


Pengetua SMK Pendeta Za’ba

En Kamaruzaman bin Umar


Naib YDP PIBG SMK Pendeta Za’ba.

Barisan pengurusan SMK Pendeta Za’ba


Guru-guru
AJK PIBG SMK Pendeta Za’ba
Ibu bapa
Seterusnya bakal graduan yang diraikan

Jutaan terima kasih buat semua kerana sudi melapangkan masa


bagi sama-sama memeriahkan majlis graduasi pada hari ini.

Warga dewan yang dimuliakan,


Untuk makluman semua, Majlis graduasi kali ke-6 bagi SMK
2
Majlis Graduasi SMKPZ 2019

Pendeta Za’ba ini diadakan khusus untuk putera dan puteri SMK
Pendeta Za’ba sebagai perangsang kepada mereka untuk terus
mencapai kejayaan dalam apa-apa jua bidang yang bakal diceburi.

Seramai 150 orang pelajar tingkatan 5 akan diraikan hari ini dan
kami berharap Majlis graduasi ini mampu mengukir kenangan
manis serta menyuntik semangat untuk mereka melakar kejayaan
cemerlang dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelma tidak lama
lagi .

4 Bacaan doa Hadirin yang dihormati,


Fae Dari Kedah puspa ku mohon,
Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat.

Allah juga yang dipuji dengan lidah dan hati kerana dengan limpah
izin-Nya jua, kita diberi kesempatan bersama-sama meraikan para
pelajar tingkatan 5 yang bakal meninggalkan alam persekolahan
tidak lama lagi.

Oleh itu, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita
sama-sama menadah tangan dengan penuh keinsafan, moga majlis
kita pada hari ini mendapat keberkatan

Dengan itu, majlis mempersilakan al- Fadhil Ustaz Norsharul Azemi


Bin Mohamed untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

5 Persembahan Amin, Amin Ya Robbal Alamin.


Montaj Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar
Fae tadi

3
Majlis Graduasi SMKPZ 2019

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan montaj khas buat semua


bakal graduan yang disediakan oleh Pn Nor Filzah Binti Ibrahim.
Marilah sama-sama kita saksikan

Terima kasih atas tayangan montaj itu tadi. Diharapkan calon-calon


SPM 2019 terus memacu kecemerlangan di tahun mendatang.

6 Ucapan Wakil Tanpa melengahkan masa, majlis meneruskan acara dengan


Pelajar mempersilakan wakil pelajar, Muhammad Amir Bin Mansor
Fae untuk menyampaikan ucapannya. Dengan segala hormatnya
dipersilakan

7 Ucapan
Pengetua & Terima kasih atas kesudian
Perasmi mewakili suara semua bakal graduan SMK Pendeta Za’ba.
Loqman
Seterusnya, tanpa melengahkan masa, majlis pada hari ini
diteruskan dengan mempersilakanTn. Haji Awalludin Bin Mat Din,
Pengetua SMK Pendeta Za’ba untuk menyampaikan amanat beliau
kepada semua bakal graduan

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan Berilah kami haluan kemudi


Perasmian Pengubat hati menanti harapan
Ucapan diberi penuh bererti
Loqman Amanat tuan jadi pegangan

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan

4
Majlis Graduasi SMKPZ 2019

Profesor Madya Dr Fatimah Binti Sidi untuk menyampaikan ucapan


beliau seterusnya merasmikan Majlis Graduasi SMK Pendeta Za’ba
kali yang ke-6 bagi tahun 2019. Dipersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


atas kesudian Profesor Madya Dr. Fatimah Binti Sidi merasmikan
Majlis Graduasi SMK Pendeta Za’ba sebentar tadi.

8 Pengisytiharan Hadirin yang dihormati,


pembukaan Majlis diteruskan dengan pengisytiharan pembukaan Majlis
Majlis Graduasi Graduasi
Fae Untuk itu, majlis dengan ini mempersilakan Guru Penolong Kanan
Pentadbiran ___En Ismail Bin Othman _untuk mengisytiharkan
pembukaan majlis graduasi yang ke-6 tahun 2019
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

9 Penyampaian Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


sijil graduasi kepada _____En Ismail Bin Othman_atas pengisytiharan
Loqman pembukaan Majlis Graduasi sebentar tadi. 

Hadirin yang dimuliakan


Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil graduasi
kepada semua bakal graduan SMK Pendeta Za’ba kali ke 6 bagi
tahun 2019

Sehubungan dengan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan,


Tn Hj Awalludin Bin Mat Din, Pengetua SMK Pendeta Za’ba, untuk
menjemput dan mengiringi Profesor Madya Dr Fatimah Binti Sidi
Tingkatan 5
Pengarah,Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia

5
Majlis Graduasi SMKPZ 2019

bagi menyempurnakan majlis penyampaian Sijil Graduasi.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. 

Majlis penyampaian sijil graduasi dimulakan dengan graduan


pertama,
Dijemput: (Baca dari senarai nama graduan)

10 Pengumuman Hadirin yang dihormati sekalian


anugerah Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian Anugerah Khas
Loqman kepada graduan SMK Pendeta Za’ba yang cemerlang dalam bidang
masing-masing.
Terdapat beberapa anugerah yang bakal dianugerahkan kepada
para graduaan sebentar lagi bagi menyuntik motivasi agar mereka
terus cemerlang.
Anugerah yang akan disampaikan pada pagi ini ialah :
Tokoh Dato’ Misbun bagi graduan yang cemerlang dalam bidang
kokurikulum
Anugerah Tun Mahathir bagi graduan yang cemerlang dalam aspek
kepimpinan
Anugerah Za’ba bagi graduan yang cemerlang dalam bidang
sahsiah
dan Anugerah Ungku Aziz bagi graduan yang cemerlang dalam
bidang Kurikulum

11 Penyampaian Hadirin yang dihormati


Tokoh Dato’ Majlis penyampaian Anugerah dimulakan dengan membaca biodata
bagi penerima Anugerah Dato’ Misbun 
Misbun
Majlis dengan ini mempersilakan saudari Irdina Qaisara Binti Zakri
Loqman untuk naik ke pentas
Bercita-cita menjadi seorang komposer muzik
Dengan Motto Hidupnya : Without music life is a jourmey through a
desert

Bakal Graduan ini telah banyak mencapai kejayaan di peringkat


daerah, negeri dan kebangsaan antaranya:
6
Majlis Graduasi SMKPZ 2019

Diperingkat daerah,
1. Johan Pertandingan Tarian kreasi sekolah-sekolah
menengah daerah seremban tahun 2017

Diperingkat negeri,

● PERTANDINGAN KASPA – PERTOLONGAN CEMAS


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI
SEMBILAN TAHUN 2019 (TEMPAT KETIGA).

Diperingkat Kebangsaan,
● MENERIMA ANUGERAH KREATIF KARNIVAL KESENIAN
MURID 1MALAYSIA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015 DI JOHOR BAHRU
● FESTIVAL KESENIAN MURID SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2016 DI PERLIS
(ANUGERAH CITRA BUDAYA).
● BERJAYA TEEN STAR CHALLENGE PERINGKAT
KEBANGSAAN - TARIAN TRADISIONAL (TOP 4) DAN
NYANYIAN SOLO (SEMI FINAL) TAHUN 2018 DI DPAC
DAMANSARA.
● PERTANDINGAN DRAMA BAHASA INGGERIS PERINGKAT
KEBANGSAAN TAHUN 2019 DI PORT DICKSON (NYANYIAN
SOLO).

Menyandang Jawatan sepanjang berada di SMK Pendeta Za’ba


sebagai
● BADAN PEMIMPIN PELAJAR
● PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
● PENGERUSI KELAB CAKLEMPONG

Majlis dengan ini mempersilakan,Irdina Qaisara Binti Zakri


untuk menerima Anugerah Dato’ Misbun
12 Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian
Anugerah Tun Majlis penyampaian Anugerah diteruskan dengan membaca biodata
bagi penerima Anugerah Tun Mahathir 
Mahathir
Majlis dengan ini mempersilakan saudara Muhammad Amir Bin
Fae Mansor
untuk naik ke pentas

Dengan cita-cita menjadi seorang jurutera cari gali gas & minyak,
Dengan Prinsip Hidupnya : Akhlak Mulia Kunci Kejayaan

Beliau merupakan

 KETUA PEMIMPIN PELAJAR 2018/2019


 KETUA RUMAH SUKAN MERAK 2018/2019
7
Majlis Graduasi SMKPZ 2019

Bakal Graduan ini telah banyak mencapai kejayaan terlibat dengan


aktiviti di pelbagai peringkat antaranya:
 MENYERTAI PROGRAM KEMUNCAK LITERASI
MAKLUMAT ASNB 2018 (KEBANGSAAN)
 MENYERTAI KUIZ ASNB 2019 (KEBANGSAAN)
 MENYERTAI KEM KEPIMPINAN 2018 (NEGERI)
 MENYERTAI SAMBUTAN MAAL HIJRAH KE-1441
HIJRI (NEGERI)
 MAJLIS TADARUS AL-QURAN,MASJID KARIAH
PANCHOR JAYA 2019 (DAERAH)-KETUA
KUMPULAN

Dan beliau juga banyak terlibat dengan khidmat komuniti di


luar.

Majlis dengan ini menjemput,saudara Muhammad Amir Bin Mansor


untuk menerima anugerahTun Mahathir

13 Penyampaian Hadirin yang dihormati


Anugerah Za’ba Majlis penyampaian Anugerah diteruskan dengan membaca biodata
Loqman penerima Anugerah Za’ba

Majlis dengan ini mempersilakan saudari Nur Farah Amirah Binti


Hasdi untuk naik ke pentas
Bercita-cita menjadi seorang Peguam

● Dengan prinsip hidup: F.E.A.R (FORGET EVERYTHING


AND RISE)

Dia Percaya, Meletakkan Allah &Ibu bapa sebagai fokus kejayaan


dan tidak meninggalkan solat fardhu serta sentiasa menjaga akhlak

8
Majlis Graduasi SMKPZ 2019

merupakan resepi rahsia kejayaannya.

Menyandang beberapa jawatan sebagai

● PENOLONG KETUA PENGAWAS PUSAT SUMBER


● PENGERUSI PERSATUAN AGAMA ISLAM
● NAIB PENGERUSI PUTERI ISLAM
● PENGERUSI (P) RUMAH MERAK
● AJK PERMAINAN PING PONG

Manakala penglibatannya dalam kokurikulum antaranya pernah


menyertai :
● SYARAHAN SPONTAN AGAMA (MTAQ) PERINGKAT DAERAH
● PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT DAERAH
● FORUM REMAJA PERINGKAT DAERAH
● PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT
NEGERI
● PROGRAM BUAL BICARA ADAT PERPATIH PERINGKAT
DAERAH
● ANUGERAH NILAM PERAK
● PERTANDINGAN PESTA PANTUN PERINGKAT
DAERAH
● ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018 PERINGKAT
NEGERI
● KONVENSYEN PROGRAM TUNAS NIAGA PERINGKAT
NEGERI

Majlis dengan ini menjemput saudari Nur Farah Amirah Binti Hasdi
untuk menerima Anugerah Za’ba

14
Anugerah Hadirin yang dihormati
Ungku Aziz Anugerah yang terakhir ialah Anugerah Ungku Aziz
Fae
Majlis dengan ini mempersilakan saudari MUHAMMAD
DANISH BIN RAZLANSHAH untuk naik ke pentas

Menjadi seorang ahli psikologi merupakan impian beliau.

Dengan moto hidup : “ AIM FOR THE IMPOSSIBLE,


NEVER LIMIT YOURSELF WITH WHAT YOU ARE
NOW. GROWTH ONLY COMES THROUGH
CHALLENGES “

Pencapaian & penglibatannya dalam aktiviti kokurikulum antaranya


pernah menyertai :

9
Majlis Graduasi SMKPZ 2019

● KUIZ KIMIA KEBANGSAAN 2018 & 2019


● ANUGERAH KUALITI 2017
● KEJOHANAN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH
DAERAH SEREMBAN 2 2019
● JOHAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION
PERINGKAT NEGERI 2019
● PERTANDINGAN OLYMPIAD SAINS DAN MATEMATIK
2018 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
● JAPANESE LANGUAGE FESTIVAL 2018
(KEBANGSAAN)
● PERTANDINGAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA PERINGKAT DAERAH

Menyandang beberapa jawatan sebagai ;


● KETUA PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
● PENGERUSI KELAB BAHASA JEPUN
● PENGERUSI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
● PENGERUSI KELAB CATUR

Dengan rekod pencapaian cemerlang beliau mendapat


● KEPUTUSAN PT3: 10A(2017)
● MERUPAKAN PENERIMA SIME DARBY EMPLOYEES’
CHILDREN’S EDUCATION EXCELLENCE AWARD PADA
TAHUN 2018 (PT3 CATEGORY)KATEGORI PT3
● DAN DENGAN KEPUTUSAN PERCUBAAN SPM BARU-
BARU INI, BELIAU MEMPEROLEHI: 6A 3B

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini mempersilakan


penerima Anugerah Ungku Aziz saudara MUHAMMAD
DANISH BIN RAZLANSHAH untuk naik ke pentas.
15
Penyampaian Hadirin sekalian,
Cenderamata
Loqman Demikianlah tadi berakhirnya penyampaian sijil penghargaan dan
anugerah kepada graduan SMK Pendeta Za’ba

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Tn Hj Awalludin


bin Mat Din untuk menyampaikan cenderamata kepada

Profesor Madya Dr Fatimah Binti Sidi

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Profesor Madya Dr Fatimah Binti Sidi atas kesudian
menyempurnakan penyampaian anugerah dan sijil tadi.
10
Majlis Graduasi SMKPZ 2019

Terima kasih diucapkan

16
Pengisythiaran Cantik jambangan bunga disusun,
Penutup Bunga orkid, cempaka melati
Fae Budimu bagaikan air terjun,
Mengalir terus tanpa henti.

Hadirin yang dihormati,

Majlis pada hari ini diteruskan dengan pengisytiharan penangguhan


majlis Graduasi SMK Pendeta Za’ba bagi tahun 2019
Dengan itu majlis mempersilakan En. Ismail Bin Othman bagi
mengisytiharkan penangguhan Majlis Graduasi SMK Pendeta Za’ba
bagi Tahun 2019
Dengan segala hormatnya dipersilakan

17
Penutup Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Ismail Bin
Loqman Othman atas pengisythiaran penutupan Majlis Graduasi
Hadirin yang dihormati sekalian,
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa
syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan
menjayakan majlis ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung

Bunga seroja di atas para


Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Sekian , saya sudahi dengan wabillah hitaufiq walhidayah,

11
Majlis Graduasi SMKPZ 2019

wassalamualaikum w.b.t Sekian. Terima kasih.


18
Perarakan Mengumumkan perarakan keluar tetamu utama.
keluar Warga dewan diminta berdiri.
Loqman
19
Persembahan Hadirin sekalian,
pelajar Majlis pada hari ini diteruskan dengan persembahan pelajar-pelajar
tingkatan 5
Dijemput persembahan pertama dari kelas ......................... dengan
persembahan ...................................................
20
Sesi Fotografi Hadirin sekalian,
Begitulah tadi persembahan menarik daripada graduan-graduan
SMK Pendeta Za’ba

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis yang elok, dihiasi busana yang cantik, haruslah dirakam buat
tatapan pada masa akan datang. Untuk itu, semua para jemputan,,
guru-guru, para pelajar, ibu bapa dan semua yang hadir pada hari
ini dijemput untuk meneruskan acara dengan sesi bergambar.
Dipersilakan.

12

Anda mungkin juga menyukai