Anda di halaman 1dari 12

Teks PENGACARA MAJLIS

Majlis Apresiasi dan Graduasi Pelajar SPM 2019

Kali KEDUA

Perarakan masuk Mengumumkan perarakan masuk calon SPM bagi tahun 2019.

VIP, tetamu, ibu --------------- gamelan dimainkan-----------------------


bapa/penjaga,
calonSPM 2019 Panglima Johor segak bergaya
Srikandi Negara cekal taat setia
Melangkah kemas penuh bergaya
HIDAYAH Mengecap kejayaan yang dicita-cita
Tabah menempuh dugaan yang berbisa
Turun naik lembah di mana jua
Bukan mudah menjulang cita yang dibangga
Bukan mudah menjejak mimpi menjadi nyata
Segala impian dan cita pasti berjaya
Bersama tekad dan semangat waja.

Mengumumkan ketibaan :

Yang Berbahagia Cikgu Nasir bin Mohamed Yunos, pegawai Pendidikan


Daerah Segamat.

Dengan diiringi oleh,

Yang Berusaha Cikgu Nasir Bin Mohamed Yunos,


Pegawai Pendidikan Daerah Segamat.

Yang Berusaha Cikgu Zabedah Bt Abdul Rashid, Pengetua SMK Jementah

Yang Dihormati En Pang Nyong Paw, Yang DiPertua PIBG SMK Jementah,

serta :

Guru Besar SJKC Jementah 1

Guru Besar SJKC Jementah 2

Pegawai SIP+

Pegawai SISC+
Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah Cina Jementah

Pengerusi Persatuan Kebajikan XIFU

Alumni SMK Jementah

Pengerusi Persatuan Bekas Murid SJKC Jementah

Dan guru-guru SMK Jementah.

Perarakan masuk ini dimulakan dengan pembawa cokmar mohor rasmi oleh
saudara Muhamad Iman Faiq Bin Roslee.

AMIRA Gagah melangkah bak pahlawan


Cekalnya hati memberi harapan
Onak dan duri sebagai teman
Menjunjung ilmu dan kepakaran
Atas bahu terpikul harapan
Dengan tabah menempuh seribu duga
Dengan tabah menyampai ilmu bermakna
Semoga segala harapan jaya dilaksana
Bersama tekad dan semangat yang dijana
Bukan mudah menjulang harapan bangsa
Bukan mudah menjejak mimpi warga Negara

Nyanyian Lagu Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor diikuti dengan lagu
Negaraku. Para Hadirin diminta berdiri.
Bangsa Johor
Lagu Negaraku -----------------------------Nyanyian--------------------------------------

AMIRA para hadirin dipersilakan duduk.

Jajaran mengkudu di selang bidara,


Dicelah angsana meredup dihutan,
HIDAYAH Awal Bismillah pembuka bicara,
Majlis graduasi kita raikan

Bismillahirrahmanirrahim.

Yang Berbahagia Cikgu Nasir Bin Mohamed Yunos,


Pegawai Pendidikan Daerah Segamat

Yang Berusaha Cikgu Zabedah Bt Abdul Rashid, Pengetua SMK Jementah

Yang Dihormati En Pang Nyong Paw, Yang DiPertua PIBG SMK Jementah
serta ahli jawatankuasa.

, barisan pentadbir, dif-dif jemputan , guru-guru, para tetamu serta para calon
Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2019 yang diraikan.

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA

Limpahan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan kurnianya dapatlah
kita sama-sama berkumpul di dalam dewan yang indah ini bagi menjayakan
Majlis Apresiasi dan Graduasi Pelajar SPM bagi tahun 2019 untuk kali ke-2 tahun
2019.

Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih


kepada Cikgu Nasir bin Mohamed Yunos Pegawai Pendidikan Segamat serta
semua hadirin kerana sudi meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan
majlis ini.

Para hadirin yang dihormati,


Persembahan 1 :
Tarian Zapin Majlis graduasi kali ke-2 ini diadakan khas bagi meraikan semua calon SPM
bagi tahun 2019. Diharapkan majlis yang penuh bermakna ini dapat menyuntik
AMIRA semangat para pelajar bagi mencapai kejayaan pada peperiksaan SPM tahun ini
dan pastinya memberi kenangan indah kepada semua.

Majlis dimulakan dengan persembahan tarian zapin dari kumpulan GEMALAI


TARI di bawah pimpinan cg Nor Azita Bt Taib sebagai tanda terima kasih dan
alu-aluan bagi kedatangan semua pihak.

Dengan ini majlis menjemput kumpulan GEMALAI TARI untuk


menyampaikan persembahan mereka. Dipersilakan.

**** persembahan Zapin ****

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan SERI AYU atas


persembahan sebentar tadi.

Lebah bersarang dirumpun buluh,


Bacaan Doa Jatuh tertimpa si pohon nipah,
Tangan menyusun jemari sepuluh,
HIDAYAH Majlis berlansung penuh barakah.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
memanjatkan kesyukuran dan bermohon agar majlis ini akan diterima sebagai
suatu usaha yang murni dan diberkati.
Untuk itu majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Zafri Bin Abdul Karim untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan

-----------Doa------------

AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Zafri bin Abdul Karim
atas bacaan doa itu jadi.

Daun semulur di pekan sari,


Ucapan Pengetua Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
AMIRA Kata perangsang hajatnya kami.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Cikgu Zabedah Bt


Abdul Rashid, Pengetua SMK Jementah. Dipersilakan.

-----------Ucapan Pengetua-----------------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berusaha Cikgu


Zabedah Bt Abdul Rashid, Pengetua SMK Jementah atas ucapan sebentar tadi.

Bunga melur di hujung dahan,


Ucapan ADUN Penghias seri di waktu malam,
Sudilah tuan beri ucapan,
HIDAYAH Lafaz isytihar pembuka kalam.

Dengan itu, majlis mempersilakan Yang berbahagia Cikgu Nasir bin Mohamed
Yunos, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi dan Graduasi Pelajar SPM bagi tahun 2019.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

------------------merasmikan majlis------------------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


berbahagia Cikgu Nasir bin Mohamed Yunos, Pegawai Pendidikan Daerah
Segamat atas kesudian merasmikan majlis sebentar tadi.

Mohon Tuan untuk melengkapkan gimik perasmian diiringi oleh Tuan


Pengetua, YDP PIBG dan tuan Guru besar SJKC Jementah 1 dan SJKC
Jementah 2
Gimik perasmian – menarik banting
Kalau roboh kota Melaka,
Penyampaian Bawa diri ke Tanjong Jasi,
Anugerah Majlis bermula tirai dibuka,
Kecemerlangan Acara penganugerahan sijil graduasi.
dan Sijil
Penghargaan Warga dewan sekalian,
kepada pelajar
Subur tualang di tanah rata,
Hinggap di dahan burung pekaka;
AMIRA Mantap cemerlang pendidikan kita,
Nadi keutuhan Negara merdeka.

Kini tibalah kita ke upacara penyampaian anugerah kecemerlangan dan sijil


SIDANG 1 penghargaan kepada pelajar.

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia


Cikgu Nasir bin Mohamed Yunos, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat dengan
HIDAYAH diiringi oleh Yang Berusaha Cikgu Zabedah Bt Abdul Rashid, Pengetua SMK
Jementah berada di pentas bagi menyempurnakan upacara penyampaian
anugerah kecemerlangan dan sijil penghargaan kepada pelajar.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bagi Anugerah :
HIDAYAH
/AMIRA 1) Ikon Pelajar bagi tahun 2019

Dijemput saudara SAM ZHONG YI


1. IKON Pencapaian :
PELAJAR 2019

2. TOKOH Seterusnya,
AKADEMIK 2019 2) Tokoh Akademik bagi tahun 2019

3. TOKOH Dijemput saudari PUVANESWARY A/P RAJENDRAN


SAHSIAH Pencapaian :
UNGGUL 2019

4. TOKOH 3) Tokoh Sahsiah Unggul bagi tahun 2019


KOKURIKULUM
2019 Dijemput saudari NUR SYAMIMI ASYIQIN BT MOHD YAZID
Pencapaian :
5. TOKOH 4) Tokoh Kokurikulum bagi tahun 2019-10-24
KOAKADEMIK
2019 Dijemput saudara PANG JUN WEN
Pencapaian :

6. TOKOH
PELAJAR PT3 5) Tokoh Koakademik bagi tahun 2019
2018
Dijemput saudari GAN BEE CHOON
Pencapaian :
7. TOKOH
TERBAIK PT3
2018
6) Tokoh Pelajar PT3 bagi tahun 2018

Dijemput saudari OH RU YI
Pencapaian :

7) Pelajar Terbaik PT3 bahi tahun 2018

Dijemput saudari YEW ZI EN


Pencapaian :

Hadirin dan hadirat sekalian,

8) PENCAPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Pencapaian Terbaik


TERBAIK Peperiksaan Percubaan SPM bagi tahun 2019.
PEPERIKSAAN
PERCUBAAN
SPM 2019 Penerima Sijil Pencapaian Terbaik Peperiksaan Percubaan SPM bagi tahun
2019 dimulakan dengan saudara/i :

-----------------baca ikut senarai nama pelajar--------------------

Mengakhiri penerima sijil, dipersilakan……………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Berusaha Cikgu Nasir Bin Mohamed Yunos, Pegawai Pendidikan Daerah
Segamat atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Seterusnya ialah penyampaian Sijil Pencapaian Terbaik Pentaksiran Tingkatan 3


9) PENCAPAIAN bagi tahun 2018, dengan itu majlis menjemput Yang Berusaha Encik Pang
TERBAIK Nyong Paw diiringi oleh Cikgu Zabedah binti Abdul Rashid, Pengetua SMK
PENTAKSIRAN menyampaikan sijil. Dipersilakan .
TINGKATAN 3
BAGI TAHUN Penerima Sijil Pencapaian Terbaik Pentaksiran Tingkatan 3 bagi tahun 2018
2018 dimulakan dengan saudara/i :

-----------------baca ikut senarai nama pelajar--------------------

Mengakhiri penerima sijil, dipersilakan……………….

10) ANUGERAH Hadirin dan hadirat sekalian,


SJKC JEMENTAH
1 DAN SJKC Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah SJKC Jementah 1 dan SJKC
JEMENTAH 2 Jementah 2 sempena majlis Apresiasi dan Graduasi Pelajar 2019.

Bagi Anugerah :

1) Tokoh Akademik Percubaan UPSR bagi tahun 2019 SJKC Jementah 1

Dijemput adik NG SIONG KAI


Pencapaian :

Seterusnya,
2) Tokoh Kokurikulum bagi tahun 2019 SJKC Jementah 1

Dijemput adik TEO YAN QING


Pencapaian :

3) Tokoh Sukan bagi tahun 2019 SJKC Jementah 1

Dijemput adik LOR WEI PENG


Pencapaian :

4) Tokoh Akademik Percubaan UPSR bagi tahun 2019 SJKC Jementah 2


Dijemput adik TENG YEE QING
Pencapaian :

5) Tokoh Kokurikulum bagi tahun 2019 SJKC Jementah 2

Dijemput adik CHIN ZHI QIAN


Pencapaian :

6) Tokoh Sukan bagi tahun 2019 SJKC Jementah 2

Dijemput adik GOH ANN TAH


Pencapaian :

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Berusaha Encik Pang Nyong Paw, Yang dipertua PIBG atas kesudian
menyampaikan sijil sebentar tadi. Terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu
Zabedah binti Abdul Rashid, Pengetua SMK Jementah

Persembahan 2 : Hadirin dan hadirat sekalian,

Koir/ Coral Sebelum kita beralih ke upacara kemuncak majlis iaitu penyampaian sijil
Speaking peperiksaan Percubaan SPM tahun 2019, marilah kita bersama-sama menikmati
persembahan koir daripada kumpulan THE MIRACLE VOICES di bawah
HIDAYAH pimpinan cg Amira Bt Latif dengan bertajuk YOU RAISE ME UP & MIRAE
(MENUJU MASA DEPAN) Dipersilakan.

**** persembahan koir ****

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan THE MIRACLE VOICES


atas persembahan sebentar tadi.

SIDANG 2 Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil kejayaan Peperiksaan


PENYAMPAIAN Percubaan SPM bagi tahun 2019.
SIJIL LULUS
PEPERIKSAAN Dengan itu majlis menjemput Cikgu Zabedah binti Abdul Rashid, Pengetua
PERCUBAAN SMK Jementah dengan diiringi oleh Cikgu Khailizan bin Hj Khairan, Penolong
SPM 2019 Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, SMK Jementah untuk menyampaikan Sijil
Lulus dan Sijil Penyertaan Peperiksaan Percubaan SPM bagi tahun 2019.
Penerima Sijil Peperiksaan Percubaan SPM bagi tahun 2019 dimulakan dengan
saudara/i :

-----------------baca ikut senarai nama pelajar--------------------

5K1 dan 5A (…….orang)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Berusaha Cikgu Zabedah binti Abdul Rashid, Pengetua SMK Jementah atas
kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi

Majlis penyampaian Sijil Lulus dalam Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2019
kita teruskan dengan menjemput Cikgu ………………………Guru besar SJKC
Jementah 1. Dipersilakan Tuan

Penerima Sijil Kejayaan Lulus dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2019 ialah

-------------baca ikut senarai nama pelajar -------------------

5B (….orang )

Mengakhiri penerima sijil, dipersilakan……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu


……………………………..Guru Besar SJKC Jementah 1 atas kesudian
menyampaikan sijil sebentar tadi.

Kami turut menghargai usaha gigih yang ditunjukkan oleh para pelajar bagi
SIJIL memastikan mereka berjaya dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang
PENYERTAAN akan bermula Fasa keduanya pada 5 November yang akan datang. Oleh itu,
majlis menjemput Cikgu ………………………………….Guru besar SJKC
HIDAYAH/ Jementah 2 untuk menyempurnakan acara penyampaian Sijil Penyertaan kepada
AMIRA para pelajar.

Penerima Sijil penyertaan Majlis Apresiasi dan Graduasi 2019 bagi tahun 2019
dimulakan dengan saudara/i :

-------------baca ikut senarai nama pelajar -------------------

5B 5C (penyertaan ) …..orang

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Berusaha Cikgu ……………………………..Guru besar SJKC Jementah 2 atas
kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.
Ucapan Ikon Hadirin dan hadirat sekalian,
Murid
Pohon jambu tumbuh di paya,
AMIRA Bunga tualang seharum setanggi;
Bangsa berilmu bangsa berjaya,
Maruah terjulang di puncak tinggi.

Majlis kita tidak bererti jika tiada ucapan daripada Ikon Pelajar SMK Jementah
bagi Tahun 2019. Oleh itu, dipersilakan saudara SAM ZHONG YI selaku Ikon
Pelajar bagi tahun 2019 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**** ucapan ****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara SAM ZHONG YI atas
ucapan sebentar tadi. Semoga ucapan tersebut mampu menyuntik semangat
kepada semua calon SPM tahun 2019 dalam perjuangan memperoleh kejayaan.

Puteri Kadazan berkain Kelingkan


Penyampaian sijil Senyum sekilas menyambut tamu
penghargaan Sekalung penghargaan kami titipkan
Tidak terbalas jasa baktimu
HIDAYAH/
AMIRA Hadirin dan hadiran sekalian,

Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas segala sumbangan tenaga,
idea, sokongan dan cakna pelbagai pihak demi kecemerlangan pendidikan di
SMK Jementah khususnya dan daerah Segamat khasnya, demi merealisasikan
Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian Murid serta usaha memberi makna
pencapaian Double One Nine di bawah Tuan Pegawai Pendidikan Daerah kita
sendiri, majlis berbesar hati menjemput Cikgu Nasir bin Mohamed Yunos
diiringi Cikgu Zabedah binti Abdul Rashid, Pengetua SMK Jementah untuk
menyampaikan Sijil Penghargaan kepada dif-dif jemputan. Dipersilakan.

Dijemput__________baca senarai penerima sijil_____________________

Penyampaian Kereta selisih di kuala Kedah


cenderamata Jalan sehala hujung Jeti
Terima kasih ucapan terindah
HIDAYAH Atas segala jasa dan bakti

Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan sekali lagi Cikgu Zabedah Bt Abdul Rashid untuk
menyampaikan cenderamata. Dipersilakan. Majlis menjemput :

Yang Berbahagia Cikgu Nasir bin Mohamed Yunos, Pegawai Pendidikan


Daerah Segamat. Terima kasih Tuan.
Seterusnya dijemput :

Yang Dihormati En Pang Nyong Paw, Yang DiPertua PIBG SMK Jementah

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas kesudian
menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Hadiri yang dihormati sekalian,


HIDAYAH/
AMIRA Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Hinggap cemara dipagar besi,


Mencari makan di awal pagi;
Selesai sudah majlis graduasi,
Dilain masa bersua lagi.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada


hadirin sekalian atas kesudian memeriahkan Majlis Apresiasi dan Graduasi Pelajar
SPM bagi tahun 2019 pada hari ini. Kepada semua calon SPM bagi tahun 2019
yang diraikan, diharap majlis ini dapat membakar semangat dan terus berjuang
dalam menghadapi kehidupan.

Perarakan keluar Mengumumkan perarakan keluar Yang Berbahagia Cikgu Nasir bin Mohamed
VIP Yunos, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat bersama cokmar mohor rasmi
dengan diiringi Tuan Pengetua serta dif-dif jemputan
Perarakan keluar
Graduan Dipersilakan

Sesi Bergambar Sebelum mengakhiri majlis, dijemput semua pelajar-pelajar untuk bergambar
bersama Perasmi bersama-sama Cikgu Nasir bin Mohamed Yunos, Pegawai Pendidikan daerah
Segamat, Pengetua, dif-dif jemputan dan para guru SMK Jementah.

Saya Cikgu Norhidayah binti Mohamad dan Cikgu Noramira binti Latif,
pengacara anda hari ini ingin memohon maaf jika ada tersilap kata dalam kami
mengendalikan majlis pada hari ini. Kami sudahi majlis ini dengan kalimah
yang suci, Wabillahi taufik walhidayah, Wassalamualaikum W.B.T.

Jamuan VIP Dijemput Pn Pengetua dan barisan pentadbir bagi mengiringi Yang Berhormat
serta tetamu VIP untuk ke ruang jamu selera. Dipersilakan

Tamat

Anda mungkin juga menyukai