Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI PPKI

SK JALAN ARANG
26 Januari 2023

ACARA SKRIP CATATAN


VIP MASUK Mengumumkan ketibaan ANI
Yang Berusaha, Encik Edward ak Peter Bajat
Guru Besar SK Jalan Arang

Yang dihormati Encik Mohamad bin Kadet,


Yang Dipertua PIBG SK Jalan Arang.

diiringi oleh barisan SLT masuk ke dewan

NYANYIAN LAGU *****selesai nyanyian***** ANI


NEGARAKU DAN IBU
PERTIWIKU Para hadirin dijemput duduk

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, dan MUS


KATA-KATA Salam Apresiasi.
ALUAN EMCEE
1. Yang Berusaha, Encik Edward ak Peter Bajat, Guru Besar SK Jalan
Arang.
2. Yang Dihormati Encik Mohamad bn Kadet, Yang Dipertua PIBG
3. Barisan SLT
4. Guru dan PPM PPKI SK Jalan Arang
5. dan pastinya putera puteri tersayang yang kita raikan sekalian.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas


limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis
Apresiasi PPKI SK Jalan Arang pada hari ini. Semoga usaha kita semua
diberkati Allah.

Untuk makluman para hadirin sekalian, matlamat majlis ini diadakan adalah
untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid PPKI bagi sesi
pembelajaran tahun 2022/2023.

BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah, ANI


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Memohon berkat Yang maha Esa

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh al-fadill Ustaz Nik Imran Asyaruddin. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

****bacaan doa****

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
atas bacaan doa itu tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,


Bagi menghangatkan suasana ceria petang ini, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan tarian selamat datang dari Kumpulan Mustika Tari MUS
PPKI SK Jalan Arang. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
*********Selesai persembahan******

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk


makluman hadirin sekalian, persembahan tersebut telah dibimbing oleh
Cikgu Rohani & Cikgu Junita.

UCAPAN GB Marilah mari menyorong papan, ANI


Papan disorong ke pohon kuini,
Marilah tuan mari ke depan,
Melafazkan rasmi majlis ini.

Warga dewan yang dimuliakan,


Kelangsungan majlis kita pada pagi ini kita teruskan lagi dengan ucapan
Apresiasi oleh Yang Berusaha Encik Edward ak Peter Bajat, Guru Besar SK
Jalan Arang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

******ucapan****

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan
perasmian sebentar tadi.

SESI FOTGRRAFI Sebagai tanda kenang-kenangan, semua dijemput ke depan untuk sesi ANI
bergambar.
Majlis kita pada pagi ini kita teruskan lagi dengan pesembahan MUS
TAYANGAN montaj..Tayangan montaj ini berkisarkan tentang suka duka murid-murid
MONTAJ ppki berprogram sepanjang tahun ini. Untuk itu, mari kita sama-sama
saksikan.

****tayangan montaj***

Majlis mengucapkan terima kasih atas tayangan montaj sebentar tadi. Untuk
makluman hadirin sekalian, tayangan tersebut telah mendapat sentuhan oleh
Cikgu Noria .
PERSEMBAHAN Hadirin sekalian, ANI
Untuk menambahkan lagi kemeriahan majlis pada hari ini,
mari kita sama-sama kita menyaksikan persembahan hafazan dari adik Mohd
Farish Fayyad.Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan.

*****Persembahan *******

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk


makluman hadirin, adik Mohd Farish telah mewakili sekolah ke
pertandingan e-hafazan emahabbah PPKI 2022 Peringat Kebangsaan di
bawah bimbngan Cikgu Naim.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian, MUS/ANI


SIJIL DAN HADIAH Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang
1 berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya
diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Untuk itu, majlis dengan takzimnya menjemput _______________dan di


iringi oleh Cikgu Sony untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Majlis dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian sijil dan hadiah untuk murid yang
akan berpindah ke sekolah menengah.
(rujuk senarai nama penerima)
(Murid ke sekolah menengah ke sijil kokurikulum shj)

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah. majlis MUS/ANI
SIJIL DAN HADIAH dengan takzimnya menjemput dan mempersilakan mempersilakan Yang
2 Berusaha Tuan Guru Besar, Encik Edward ak Peter Bajat diirigi Yang
Dihormati Encik Mohamad bin Kadet, Yang di Pertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru, SK Jalana Arang, untuk menyampaikan sijil dan hadiah
yang seterusnya. Majlis dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasiih tuan Guru Besar dan Tuan YDP di atas kesudian
menyampaikan hadiah dan sijil tadi.

JAMUAN Sebelum kita ke penyampaian hadiah yang seterusya, molek kiranya jika kita
menjamu selera terbih dahulu. Rasanya makanan sudah sedia terhidang.
Dijemput semua untuk menjamu selera.
SESI PERTUKARAN NON FORMAL/TIADA SKRIP MUS
HADIAH
PERSEMBAHAN Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita tumpukan perhatian kepada
KE3 persembahan yang terakhir ini. Persembahan yang ditujukan khas buat ANI
tatapan semua yang hadir pada hari ini. Persembahan dari kumpulan simfoni
kasih inI adalah di bawah pimpinan Cikgu Jamilah. Marilah sama-sama kita
saksikan.

****Persembahan****

Terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman Kumpulan


Simfoni Kasih tadi terdiri daripada murid-murid dari kelas 4.

CABUTAN NON FORMAL ANI


BERTUAH

PENYAMPAIAN MUS
CENDERAMATA TIADA LAGI SOSOK TUBUH INI DI SKJA
TIADA LAGI MINAH REMPIT
TIADA LAGI TEMAN GADUH SI KARNI
TIADA LAGI KEDENGARAN JERITAN TERKEJUT DEK MELIHAT LPAS,
CICAKYANG TIBA-TIBA MUNCUL

LANGKAH-LANGKAHMU TERTINGGAL DI PINTU


KAMI KUTIP KENANGAN ITU
SATU DEMI SATU
DAN KAMI PUPUKKAN IRAMA RINDU
KAMI SIMPAN DI KOTAK PILU
NOSTALGIA INDAH MERAWANG DI KALBU

KUTAHU SUDAH MAKNA


PERPISAHAN PENGHUJUNG MASA
KAU LEBARKAN SAYAPMU KE ANGKASA
MENCARI DESTINASI BAHARU SINGGAHSANA
LALU DOA KAMI SULAMKAN BERSAMA

PUDARLAH SENYUM DAN TAWA


SEMYUMMU PENGUBAT DUKA
TANDUSLAH PENDAPAT KATA
PENDAPATMU PENCETUS MINDA

PADA SELURUH PERSADA HATI-HATI PILU


KAMI TEGUR MENGINTAIMU
KERANA MASIH PANAS JEJAKMU
MENGINJAK JALAN-JALAN KELIKIR BERBATU
NATIJAHNYA...DISINI KAU TINGGALKAN RINDU
BUAT KAMI MENGGAPAI MERCU

Sajak ini khas ditujukan buat kakak kesayangan kami dan anak-anak
tuan/puan iaitu Puan Rosdiany bt Mahdi atau lebih dkenali sebagai Kak Ros.
Untuk makluman semua beliau baru saja berpindah ke Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas. Beliau mula berkhidmat di PPKI SK Jalan Arang sejak 7
februari 2012 sehingga 16 Januari 2022.

Sebagai tanda kenang-kenangan , dijemput Cikgu Sony untuk


menyampaikan cenderamata dari PPKI SK Jalan Arang.

PENUTUP Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku
pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun
sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Majlis berakhir penuh syafaat,
Menjadi ingatan sepanjang zaman,
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah,


Banyak kain tidak berjahit,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan jadikan kenangan pahit.

Anda mungkin juga menyukai