Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH SIPITANG

ATURCARA TEKS UCAPAN CATATAN


TANYA KPPD ATAU
Sopan duduknya teruna dara PPD!
Debar di hati makin terasa
SALUTASI Hai majlis kita hendak bermula
Mohon hadirin semua bersedia
PN. JURIANA BINTI
YANG BERUSAHA, DIMAN, TIMBALAN
ENCIK ABDUL RAZAK BIN ABDUL KARIM, PEGAWAI PENDIDIKAN
PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIPITANG, DAERAH SEKTOR
PERANCANGAN
YANG DIHORMATI
PUAN MAIMIN BINTI ................................................ ,
TIMBALAN KETUA PERPUSTAKAAN NEGERI CAWANGAN SIPITANG,

YANG DIHORMATI PN. MUNGA JOHN @ HELLEN JOHN


PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SIPITANG
UNIT PENGURUSAN SUMBER DAN TEKNOLOGI SEKTOR PEMBELAJARAN

YANG DIHORMATI,
Para penolong pegawai pendidikan daerah dan pusat kegiatan guru
Serta Para guru berdedikasi tinggi,

SETERUSNYA

YANG DISAYANGI
Para peserta pemilihan tokoh NILAM daerah SIPITANG.

Assalamua’laikum WBH dan Salam sejahtera

Alhamdulillah hi rabbil a’lamin ...

HADIRIN,
UCAPAN ALU-
ALUAN Merafak syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnianya, tibalah kita ke Majlis
PENGACARA Perasmian dan Penutupan Pemilihan Anugerah Tokoh Nilam yang dianjurkan bersama
UNIT PENGURUSAN SUMBER DAN TEKNOLOGI SEKTOR PEMBELAJARAN
PPD SIPITANG DAN PERPUSTAKAAN CAWANGAN NEGERI SABAH peringkat
Daerah Sipitang sesi 2020

Hadirin yang dimuliakan,


BACAAN DOA
Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah
tangan, mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh :

EN. TAJUDIN JUMAT


ENCIK MOHAMMAD
DIPERSILAKAN FIRDAUS BIN
JAMALUDIN
- Bacaan doa

Aamin, aamin ya rabbal a’lamin.

Terima kasih diucapkan kepada EN. TAJUDIN JUMAT


atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

PERSEMBAHA HADIRIN SEMUA,


N MONTAJ
Pertandingan Anugerah Tokoh Nilam pada tahun ini telah disertai oleh ...........
peserta. ..................... dari Sekolah rendah manakala ................... dari sekolah
menengah.

Masa yang tidak boleh diundur, telah kami pegunkan dalam gambar untuk tatapan
semua. Oleh itu, marilah sama-sama kita saksikan tayangan montaj sepanjang
pertandingan pada hari ini.
Ayuh kita saksikan.

- Montaj

Begitulah sebentar tadi persembahan multimedia yang telah dipaparkan. Penuh


ekspresi dalam realiti. Tayangan montaj itu tadi telah disediakan
oleh .......................................................... terima kasih tidak terperi.

UCAPAN ALU- HADIRIN YANG DIRAHMATI,


ALUAN
Tahun ini merupakan julung kalinya Pertandingan Pemilihan Anugerah Tokoh Nilam
daerah Sipitang, diadakan di Perpustakaan cawangan negeri sabah ini.

Oleh itu, mari kita dengarkan ucapan daripada PN. MAIMIN


BINTI ........................................................, TIMBALAN KETUA PERPUSTAKAAN
NEGERI CAWANGAN SIPITANG. Dipersilakan.

- Ucapan

Terima kasih kepada PN. MAIMIN atas ucapan sebentar tadi.

HADIRIN YANG DISANJUNGI,


UCAPAN
PERASMIAN Tuai padi antara masak
DAN Esok jangan layu-layuan
PENYAMPAIAN Intai tuan antara nampak
HADIAH Esok jangan rindu-rinduan
KEPADA
PERASMI JIKA AIR DI SUNGAI MENGALIR,
SIMFONINYA CUKUP MENGASYIKKAN
JIKA KICAU BURUNG KEDENGARAN
ASYIKNYA BUKAN KEPALANG
JIKA TUAN DATANG BERUCAP
UCAPAN TUAN JADI PEDOMAN
Tanpa membuang masa,
Marilah bersama kita dengarkan ucapan perasmian dan penutupan seterusnya
menerima hadiah cenderahati daripada pihak kami. Dipersilakan.

YANG BERUSAHA,
ENCIK ABDUL RAZAK BIN ABDUL KARIM,
KETUA PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIPITANG,

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

- Ucapan

DIPERSILAKAN PN. MUNGA JOHN @ HELLEN JOHN UNTUK


MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA E. ABD RAZAK B. ABD KARIM.
DIPERSILAKAN.

Terima kasih tidak terperi diucapkan kepada YANG BERUSAHA,


ENCIK ABDUL RAZAK BIN ABDUL KARIM,
KETUA PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIPITANG,
atas ucapan sebentar tadi dan kesudian menerima cenderahati kenang-kenangan
daripada pihak penganjur program.

ULASAN Warga berilmu sekalian,


KETUA HAKIM
Sebelum mengetahui keputusannya,terlebih dahulu mari kita dengarkan ulasan
daripada ketua hakim.

Untuk itu, majlis mempersilakan

ENCIK ROBERT TARINGAN, PEGAWAI SISC+ BAHASA SEKTOR


PEMBELAJARAN PPD SIPITANG

Untuk menyampaikan ulasan. Dipersilakan.

- Ulasan
Terima kasih kepada

ENCIK ROBERT TARINGAN

Atas ulasan sebentar tadi. semoga ulasan itu tadi menjadi batu loncatan kepada para
peserta semua agar prestasi tokoh nilam daerah kita akan lebih mantap dari masa ke
masa.

Sidang hadirin,
PENYAMPAIAN
HADIAH Agenda majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah dan sijil. Untuk itu, majlis
mempersilakan

PN. MUNGA JOHN @ HELLEN JOHN untuk menjemput dan mengiringin

YANG BERUSAHA,
ENCIK ABDUL RAZAK BIN ABDUL KARIM,
KETUA PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIPITANG

Bagi menyampaikan hadia. Dipersilakan.

Dipersilakan Puan Maimin binti ................. timbalan ketua perpustakaan negeri


cawangan sipitang untuk menerima hadiah dan sijil penghargaan atas anjuran bersama
program ini. Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan barisan juri pada hari ini iaitu :

(rujuk senarai nama)

Sesi penyampaian hadiah diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada


guru pengiring, sekolah dan para peserta. Dimulai dengan :

(rujuk senarai)
Akhir sekali, saat yang dinanti-nanti. Pengumuman pemenang bagi pemilihan anugerah
tokoh nilam daerah sipitang tahun 2020.

(rujuk senarai)

Terima kasih diucapkan kepada

YANG BERUSAHA,
ENCIK ABDUL RAZAK BIN ABDUL KARIM,
KETUA PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIPITANG
Atas kesudian menjayakan sesi penyampaian hadiah sebentar tad

Warga intelektual budiman,


UCAPAN
PENUTUP Kini, berakhirlah sudah Majlis Perasmian dan Penutupan Pemilihan Tokoh Nilam
Peringkat Daerah Sipitang bagi tahun 2020.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir bagi menjayakan pertandingan pada hari
ini.

Salah dan silap daripada pihak penganjur mohon dimaafi. Sungguh, inilah kami
manusia biasa banyak khilaf banyak pincangnya.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Mana yang tidak berjaya, teruskan
berusaha. Jadikan ini pengalaman berharga kerana sesungguhnya pengalaman itu
adalah guru,
Pengalaman itu adalah perisai sejati untuk kita dan ingatlah, nadi ilmu, amalan
membaca.

Kepada peserta yang akan mara ke peringkat seterusnya, tingkatkan usaha bagi
mengharumkan nama daerah tercinta.

Saya labuhkan tirai majlis dengan dua rangkap pantun dilagukan dengan irama batu
belah dan sarawak. Dengarlah...
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Jikalau ada silap dan salah
Usah disimpan di dalam hati

Kalaulah ada sumur di ladang


Bolehkah hamba menumpang mandi
Jikalau ada umur yang panjang
Semoga kita berjumpa lagi

Sekian wabillah hi taufiq wal hidayah


Assalamua’laikum ...

PENGUMUMAN Dipersilakan semua untuk bergambar bersama kppd.

Anda mungkin juga menyukai