Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGONG PIBG SESI 2022/2023

TARIKH: 24 JUN 2022 (JUMAAT)

ATURCARA ULASAN PENGACARA

Mengumumkan ketibaan,
 

Yang Berbahagia

Dato’ Dr Haji Din bin Adam, Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan


KETIBAAN VIP
& Koperasi Parlimen Dungun, Yang Dipertua PIBG dan barisan
pentadbir SK Tanjung Pati menuju ke pentas.

Hadirin diminta berdiri.

*************************************************

 Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku.

NYANYIAN
***************************************************

Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati,


 

Gosok tembaga sampai berkilat,


Nampak cahayanya semakin hebat,

Majlis kita insya Allah berkat,


Bersulam dengan rahim dan rahmat.

 Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-
BACAAN DOA sama kita mengaminkan doa yang akan dipimpin bacaannya oleh Al-
Fadhil Ustaz Asmawi bin Sarifudin.

 Majlis mempersilakan.

 ********************************************************

-Amin, amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi


memberikan kelancaran dan keberkatan kepada majlis kita pada hari
ini.

SALUTASI Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


 

Jika ada pancing di tangan,

Mari mengail ikan kerapu,


Kami menunggu datangmu tuan,

Majlis berseri bertambah mutu.


 

Yang Berbahagia
Dato’ Dr Haji Din bin Adam,
Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan & Koperasi Parlimen
 
Dungun 

  Yang Berusaha,
En. Zulkipli bin Md Ali,
  Yang Dipertua PIBG SK Tanjung Pati

Yang Berusaha,
 
En. Adnan bin Hj Awang
Guru Besar SK Tanjung Pati
   

Yang dihormati,(org PPD sekiranya ada)


……………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
Pejabat Pendidikan Daerah Dungun

Barisan guru penolong kanan SK Tanjung Pati


Guru-guru.
Para Ibu bapa, para jemputan,
Seterusnya, hadirin yang dikasihi sekalian.

UCAPAN ALU-ALUAN MC Hadirin yang dimuliakan,


   

Kapur gambir dalam puan,


Menggobek sirih tepi serambi,

Selamat datang hadirin dan taulan,


Tambah sempurna majlis kami.

 Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan berkat


kerahmatan dan keizinan-Nya dapat juga kita berkumpul di sini untuk
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Tanjung Pati kali ke-21 bagi
sesi 2022/2023.

 Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan para
tetamu yang sudi hadir dalam majlis yang sangat signifikan ini.

 Mesyuarat PIBG ini tidak lain menjadi medan pertemuan dan


percambahan idea, maklum balas dan pandangan bagi meningkatkan
segala macam bentuk kemajuan untuk sekolah ini menjadi lebih
terkehadapan di masa yang akan datang.

Hadirin yang dihormati,


 

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih,

Tampillah tuan kami merayu,


Bersama ucapan pengikat kasih.

UCAPAN YDP PIBG  


 
Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha, En. Zulkipli bin Md Ali,
Yang Dipertua PIBG SK Tanjung Pati untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

***************************************************************

 -Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


 

Kalau hendak ke Pekan Dengkil,

Belikan saya kain belacu,


Silakan tuan segera tampil,

Menyampaikan sesuatu bingkisan di kalbu.

UCAPAN GURU BESAR  


 
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Adnan bin Hj
Awang, Guru Besar SK Tanjung Pati untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis mempersilakan.
 

***************************************************************

-Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan alu-aluan yang cukup


bermakna sebentar tadi.

UCAPAN PERASMI Hadirin dan hadirat yang dihormati,


 
Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi,


Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami.


 

Yang Berbahagia, Dato’ Dr Haji Din bin Adam,


Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan & Koperasi Parlimen
Dungun untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati kali ke-21.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
 

********************************************************************

Begitulah tadi, terasmi sudah Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21
SK Tanjung Pati. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih atas kesudian Dato’ untuk hadir ke majlis pada
pagi ini.

Hadirin sekalian,
Alhamdulillah…PIBG SK Tanjung Pati mendapat banyak tajaan hadiah
termasuklah daripada orang perseorangan…Terima kasih kepada yang
telah menyumbang. Bagi memeriah dan merancakkan lagi majlis,
majlis sekali lagi memberi penghormatan kepada Yang Berbahagia
CABUTAN BERTUAH Dato’ Din untuk membuat cabutan bertuah….siapakah yang bertuah
pada pagi ini….Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Terima kasih Dato’ atas penyempurnaan acara sebentar tadi.

  Bagi meneruskan lagi agenda majlis kita pada pagi ini, Penyampaian
PENYAMPAIAN Anugerah Penghargaan Kokurikulum bagi 2 kategori pertandingan
ANUGERAH kepada murid-murid yang telah menempa kejayaan. Bagi
PENGHARGAAN menyempurnakan acara tersebut, majlis menjemput sekali lagi, Yang
KOKURIKULUM Berbahagia Dato’ Dr Haji Din bin Adam, Pengerusi Majlis
Pembangunan Usahawan & Koperasi Parlimen Dungun 
ke pentas diringi………………………………………………………………………………… .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Bagi pertandingan Merentas Desa,


dipersilakan……………………………………………………………………………………………
ke pentas untuk menerima anugerah.
Adik………………………………………………………………… telah mendapat tempat
…………………………………….dalam pertandingan tersebut,

Bagi pertandingan Catur,


dipersilakan……………………………………………………………………………………………
ke pentas untuk menerima anugerah.
Adik………………………………………………………………… telah mendapat tempat
…………………………………….dalam pertandingan tersebut,
Tahniahhhh diucapkan!!!

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih

Seterusnya, sebelum majlis memberi laluan kepada Mesyuarat Agung


PIBG SK Tanjung Pati kali ke-21 sesi 2022/2023…kita saksikan dulu satu
persembahan yang akan dipersembahkan
oleh…………………………………………………………………………………………………….
Majlis mempersilakan.
 

PERSEMBAHAN ****************************************************

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang menarik


sebentar tadi.

 Majlis akan berehat sementara bagi memberi laluan kepada


Mesyuarat PIBG.

MESYUARAT PIBG SKTP KALI KE-21 SESI 2022/2023

Majlis telah sampai ke kemuncaknya. Masih ada hadiah yang belum


bertuan. Majlis dengan sukacitanya

CABUTAN BERTUAH menjemput…………………………………………………………………………………… untuk


membuat cabutan. Kita tengok siapa yang kena.

Bertiup bayu di pantai indah,


Burung kedidi terbang melayang,
Mana yang kurang silap dan salah,
Jangan menjadi bekalan pulang,

BERSURAI Hadirin dan hadirat,


 

Majlis kita berakhir di sini

Saya mewakili pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada semua


tetamu, ibu bapa dan murid-murid yang hadir pada hari ini. Semoga
kita bersua lagi pada masa yang akan datang.

 Assalammualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai