Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PERASMIAN PEMBUKAAN SJKC LADANG GRISEK

PERKARA TEKS QUE


Pengumuman *Mohon perhatian
Majlis akan bermula sebentar lagi,  para hadirin diminta
mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis para hadirin diingatkan


supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya
kepada mood silent.

Apabila diumumkan ketibaan tetamu kehormat, para


hadirin diminta berdiri sehingga selesai menyanyikan lagu
Bangsa Johor & Lagu Negaraku.

Para hadirin juga diminta untuk berdiri sewaktu tetamu


kehormat meninggalkan dewan.

Kerjasama semua amat dihargai.


Mengumumkan ketibaan YANG BERHORMAT
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
Ketibaan VIP
Dan Yang Berusaha,
Tn Hj Shaharuddin Bin Saari
diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Hadirin
diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Bangsa Johor dan
Lagu Negaraku.
************************************************
*************
Warga Dewan dipersilakan duduk.
Jejaran mengkudu berhias kesuma,
Kata Aluan Di celah angsana di Tanah Jawa,
Ucapan aluan pembuka bicara,
Di dewan ini kita bersua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera

*********SALUTASI****************

Selamat datang kami ucapkan ke MAJLIS PERASMIAN


PEMBUKAAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA
(SJKC) LADANG GRISEK

Pihak majlis merakamkan sekalung penghargaan kepada


YANG BERHORMAT Datuk Seri Dr Wee Ka Siong,
Menteri Pengangkutan Malaysia dan para tetamu kerana
sudi meluangkan masa demi merealisasikan perasmian
sekolah pada hari ini.
Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis
Bacaan doa dengan ini mempersilakan
___________________________________
untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

.......................................................................

Amin-amin, ya Rabbal Alamin. Terima kasih diatas bacaan


doa sebentar tadi.
Persembahan
Sebagai pembuka tirai majlis, marilah kita sama-sama
menyaksikan 2 persembahan dari Ecoworld . Sama-sama
kita saksikan.

*************PERSEMBAHAN************
************PERSEMBAHAN*************

Majlis mengucapkan ucapan terima kasih atas persembahan


hebat sebentar tadi.

SJKC Ladang Grisek telah dibina sejak 68 tahun lalu.


Sekolah ini dibina pada tahun 1952 di Bukit Gambir,
Tangkak, Johor. Semenjak tahun 2002, enrolmen murid
berada antara 10 hingga 15 orang. Bilangan murid semakin
kurang disebabkan penghuni disebabkan penghuni kawasan
Grisek semakin tua dan penghijrahan orang muda ke
Bandar.
Pada tahun 2013, Pengerusi Lembaga Pengurus pada masa
itu iaitu Encik Wong Tong Huat membuat keputusan untuk
memindahkan lokasi sekolah.
Pada tahun 2015, YB Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
membawa berita baik bahawa telah mendapat sebidang
tanah di Kota Masai untuk perpindahan sekolah.
Pada Tahun 2018, sekolah diluluskan berpindah lokasi ke
Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Pemaju utama iaitu
Ecoworld Development memulakan pembinaan projek
sekolah ini pada bulan November 2018. Sekolah sipa dibina
pada bulan oktober 2019. Sekolah telah dibuka pada 1 Mac
2020 dengan menerima murid seramai 406 orang murid.
Ucapan
Pengerusi Acara diteruskan dengan ucapan Yang Berbahagia En
Lembaga Wong Tong Huat, Pengerusi Lembaga Pengurus
Pengurus Sekolah. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Sekolah
*********UCAPAN 1 *************

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia En Wong Tong Huat atas ucapan yang telah
diberikan sebentar tadi.

Untuk Pengetahuan hadirin, SJKC Ladang Grisek dibina


dalam kawasan Eco Tropic Kota Masai. Atas Usaha
EcoWorld & KPM, wujudlah satu Sekolah yang dapat kita
lihat pada hari ini. Kami amat berterima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam memberi kerjasama dan
sumbangan. Hari ini merupakan detik bersejarah bagi
warga Sekolah dan kami sangat menghargainya.
Ucapan
Timbalan Yang Amat Berhormat, dato’-dato’, datin-datin, dif-dif
Pengarah kehormat, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dimuliakan.
Pendidikan Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berhormat
Johor Tn Haji Shaharuddin Bin Saari
(Timbalan Pengarah Pendidikan Johor)
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

*********UCAPAN 2*********

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih


kepada Yang Berhormat Tn Haji Shaharuddin Bin
Saari atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Ucapan
Perasmian Yang Amat Berhormat, dato’-dato’, datin-datin, dif-dif
kehormat, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dimuliakan.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur salam diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan. Acara kemuncak


kita pada hari ini. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan Yang Berhormat Datuk Seri Dr Wee Ka
Siong , (Menteri Pengangkutan Malaysia) untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan
MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN SEKOLAH
JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) LADANG
GRISEK .
*********UCAPAN 3*********

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih


kepada Yang Berhormat Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ,
(Menteri Pengangkutan Malaysia) atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.
Cenderamata
Majlis dengan sukacitanya menjemput dif-dif kehormat
bersama-sama mengiringi Yang Berhormat Datuk Seri Dr
Wee Ka Siong untuk menandatangi plak perasmian.
Dipersilakan.

******TANDATANGAN PLAK****

Majlis setulus hati merakamkan jutaan terima kasih kepada


Yang Berhormat Datuk Seri Dr Wee Ka Siong .
Seterusnya, pihak majlis dengan hormatnya mempersilakan
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Malaysia dan dif-
dif kehormat untuk mengambil tempat
___________________

Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan yang tidak


terhingga, majlis dengan hormatnya menjemput
_______________________________ dengan diiringi
oleh ______________________________________
Untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berhormat Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Seterusnya, majlis menjemput ________________ untuk
menerima cenderamata sebagai tanda kenang kenangan.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Penutup Tuan Puteri tersenyum-senyum,


Melihat mempelai direnjis pilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung majlis

Saya mewakili warga Sekolah ingin mengucapkan ucapan


rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini
samada secara langsung atau tidak.

Dengan ini berakhirlah MAJLIS PERASMIAN


PEMBUKAAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA
(SJKC) LADANG GRISEK

Kami bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih yang


tidak terhingga kepada

YB Datuk Seri Dr Wee Ka Siong


Menteri Pengangkutan Malaysia

YB Tn Haji Shaharuddin Bin Saari


Timbalan Pengarah Pendidikan Johor
serta
Dif-dif kehormat, tetamu-tetamu khas, Ahli Jawatankuasa
majlis perasmian, tuan-tuan dan puan-puan yang terlibat
secara langsung bagi menjayakan majlis ini.

Fotografi Sebagai kenang-kenangan , majlis menjemput semua


tetamu kehormat untuk sesi fotografi.

Lawatan Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berhormat Datuk


Sekolah Seri Dr Wee Ka Siong, (Menteri Pengangkutan Malaysia)
dengan diiringi ___________________,
____________________________ dan dif-dif kehormat
untuk melawat sekitar sekolah.

Sidang Media

Jamuan
Tengahari

Anda mungkin juga menyukai