Anda di halaman 1dari 7

TEKS JURUACARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40

30 JANUARI 2016
11.00 PAGI
DEWAN TERBUKA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP


________________________________________________________________

MENGUMUMKAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Ir Hj Kamaruzzaman Bin Johari


diiringi YDP PIBG SKTM, GB SKTM dan tetamu jemputan.

MULAKAN MAJLIS

Bismillahir Rohmanir Rahiim…

 Yang Berbahagia Datuk Ir Hj Kamaruzzaman Bin Johari


YDP JKK Persekutuan Parlimen Kota Raja

 Yang Berbahagia En. Aziz Bin Kadir,


Tuan Yang Di-Pertua PIBG SK Telok Menegon Klang

 Yang Berusaha En. Mohd. Yusoff Bin Jaafar,


Guru Besar SK Telok Menegon Klang

 Yang Dihormati Pn. Siti Baizura bt Abdul Rahman,


Penolong Kanan Pentadbiran SK Telok Menegon Klang

 Pn. Hjh Maimon Bt Jais,


PK HEM SK Telok Menegon Klang

 Pn Norjaihan bt Sulaiman
PK Kokurikulum SK Telok Menegon Klang

 En Noor Azmi bin Mohd Idris


PK Petang SK Telok Menegon Klang

 Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Telok Menegon Klang bagi sesi 2014 /
2015

 Guru-guru, ibu-ibu, bapa-bapa, pelajar-pelajar dan seterusnya tuan-tuan dan


puan-puan yang dihormati sekalian.

1
TEKS JURUACARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam


1Malaysia.

Selamat Datang diucapkan ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 SK Telok


Menegon Klang tahun 2016.

Mudik ke hulu mencari ikan,


Ikan dicari di pagi hari,
Budi disanjung jasa dicurahkan,
Kita bersua di mesyuarat PIBG.

Subur di taman menambah seri,


Buat cemburu kumbang dan unggas;
AJK berkarisma kepercayaan diberi,
Sebagai pendorong menjalankan tugas.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan keizinan-Nya dapat kita


berkumpul pada hari ini untuk melaksanakan tanggungjawab kita, di mana hari
yang kita peruntukkan untuk sama-sama berbincang bagi meningkatkan lagi
prestasi dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Terutamanya dari segi akademik,
sahsiah serta rohaninya. Mudah-mudahan dengan berkat usaha kita pada hari ini,
akan diberkati oleh Allah SWT dan dikurniakan anak-anak yang akan menjadi
pendokong cita-cita yang telah kita meterai sebentar tadi.

Justeru, demi memastikan segala impian dan perancangan untuk mencapai


matlamat yang telah dinobatkan akan berhasil, marilah kita bersama-sama
bermuafakat dengan penuh iltizam untuk merealisasikan hasrat yang telah
dibincangkan. Semoga usaha yang dilakukan pada hari ini mampu dijana oleh
anak-anak kita berbekalkan azam dan semangat yang kental, buat meneruskan
prestasi yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan.

 Pihak majlis juga mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Ir Hj


Kamaruzzaman Bin Johari (YDP JKK Persekutuan Parlimen Kota Raja) ke majlis
perasmian mesyuarat Agung PIBG ini. Sesungguhnya kehadiran tuan bersama-
sama dengan kami pagi ini dilihat sebagai telah menzahirkan komitmen yang
tinggi, demi untuk merancang kecemerlangan anak-anak kita.

Pihak sekolah dan PIBG juga merakamkan penghargaan kepada ibu-bapa dan
penjaga serta guru-guru yang turut hadir pada majlis ini. Kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan amat-amat kami hargai.

2
TEKS JURUACARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40

BACAAN DOA

Tuan-tuan, puan-puan hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, dijemput dengan segala hormatnya Al Fadhil
ustaz Wan Mohd Zairy Bin Wan Salleh untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
dengan segala hormatnya.

*******************doa**********************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa oleh sebentar tadi.

___________________________________________________________________

UCAPAN YDP PIBG

Tuan-tuan, puan-puan hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Seterusnya, majlis dengan penuh hormat menjemput Yang Berbahagia Tuan Yang
Di-Pertua PIBG SK Telok Menegon Klang, En. Aziz Bin Kadir untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormat majlis mempersilakan.

********************ucapan YDP*********************

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Aziz
Bin Kadir di atas ucapan beliau sebentar tadi.

___________________________________________________________________

3
TEKS JURUACARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40

UCAPAN GURU BESAR

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En. Mohd.
Yusoff Bin Jaafar, Guru Besar SK Telok Menegon Klang untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*******************ucapan GB**********************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas Yang Berusaha En.
Mohd. Yusoff Bin Jaafar, Guru Besar SK Telok Menegon Klang sebentar tadi.

___________________________________________________________________

UCAPAN PERASMIAN VIP

Tuan-tuan, puan-puan hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan penuh hormat menjemput Yang
Berbahagia Yang Berbahagia Datuk Ir Hj Kamaruzzaman Bin Johari (YDP JKK
Persekutuan Parlimen Kota Raja) untuk menyampaikan ucapan, seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Telok Menegon Klang edisi ke-40 bagi
tahun 2016. Dengan segala hormat majlis mempersilakan.

*******************ucap rasmi VIP**********************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Datuk Ir Hj Kamaruzzaman Bin Johari (YDP JKK Persekutuan Parlimen
Kota Raja) di atas ucapan perasmian sebentar tadi.

___________________________________________________________________

4
TEKS JURUACARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Yang
Berbahagia Datuk Ir Hj Kamaruzzaman Bin Johari (YDP JKK Persekutuan Parlimen
Kota Raja) merasmikan majlis kita pada hari ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Yang Berbahagia, En. Aziz Bin Kadir, YDP PIBG SK Telok Menegon
untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Yang Berbahagia Datuk
Ir Hj Kamaruzzaman Bin Johari (YDP JKK Persekutuan Parlimen Kota Raja) .
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

*************************cenderahati********************************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Aziz Bin
Kadir, YDP PIBG SKTM di atas penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahagia
Yang Berbahagia Datuk Ir Hj Kamaruzzaman Bin Johari (YDP JKK Persekutuan
Parlimen Kota Raja) sebentar tadi.

___________________________________________________________________

PENYAMPAIAN HADIAH INSENTIF CEMERLANG 5A UPSR 2015

Tuan-tuan, puan-puan hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Seterusnya adalah penyampaian hadiah insentif cemerlang kepada murid-murid


yang telah berjaya di dalam peperiksaan UPSR tahun 2015.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah insentif ini, sekali lagi majlis
dengan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Yang Berbahagia Datuk Ir Hj
Kamaruzzaman Bin Johari (YDP JKK Persekutuan Parlimen Kota Raja) dengan
diiringi oleh Yang Berbahagia YDP PIBG SKTM dan Yang Berusaha Guru Besar
SKTM naik ke atas pentas.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Dipersilakan ** ( Senarai nama Pelajar Cemerlang UPSR 2015 )

5
TEKS JURUACARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA AJK PIBG SESI 2013/2014

Tuan-tuan, puan-puan hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Seterusnya ialah penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG SKTM sesi


2014/2015. Dijemput sekali lagi Yang Berbahagia Datuk Ir Hj Kamaruzzaman Bin
Johari (YDP JKK Persekutuan Parlimen Kota Raja) untuk menyampaikan
cenderahati dengan diiringi oleh Yang Berbahagia YDP PIBG SKTM dan Yang
Berusaha Guru Besar SKTM .
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Dijemput ** ( Senarai nama AJK PIBG SKTM 2014/2015 )

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Ir Hj


Kamaruzzaman Bin Johari (YDP JKK Persekutuan Parlimen Kota Raja .kerana sudi
menyempurnakan penyampaian cenderahati sebentar tadi.

___________________________________________________________________

** CABUTAN NOMBOR BERTUAH**

PENUTUP

Tuan-tuan, puan-puan hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka tamatlah majlis


perasmian penutup mesyuarat agung PIBG SKTM edisi ke-40 bagi tahun 2016.
Mudah-mudahan segala apa yang dibincangkan dan dirancangkan sepanjang
mesyuarat sebentar tadi, akan dapat dimanfaatkan untuk kecemerlangan anak-anak
di sekolah.

6
TEKS JURUACARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40

Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK PIBG yang baru dilantik.
Moga-moga dengan barisan kepimpinan yang jitu, akan dapat memartabatkan lagi
nama SKTM di peringkat global.

Selaku pengerusi majlis, kami menyusun sepuluh jari memohon jutaan ampun dan
maaf seandainya terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang kami
mengendalikan majlis ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Yang
Berbahagia Berbahagia Datuk Ir Hj Kamaruzzaman Bin Johari (YDP JKK
Persekutuan Parlimen Kota Raja) kerana sudi memeriahkan majlis kita pada hari
ini. Seterusnya kepada anda semua yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama
melaksanakan mesyuarat agung PIBG SKTM bagi tahun ini.

Yang terbaik itu datangnya dari Allah SWT, yang buruk itu datangnya dari
kelemahan diri kami sendiri. Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik
Walhidayah.....Wassalamu ’Alaikum.........

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai