Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG

SK KOTA LAMA KANAN 2021

BIL PERKARA CATATAN


Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila
tempat mengambil tempat masing-masing kerana majlis
akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan
perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang


……………………………….
dengan diiringi oleh En Mohd Anuar bin Jamaluddin,
Guru Besar SK Kota Lama Kanan,
Pn Zalilah bt Ahmad Zainuddinn ,Yang dipertua PIBG
SK Kota lama Kanan, guru-guru Penolong Kanan
dan AJK PIBG. Hadirin dimohon berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan


LAGU Lagu Negaraku
NEGARAKU *************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu
tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami meyambut dengan gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang dihormati,
……………………………………………..

Yang Berusaha En Mohd Anuar bin Jamaluddin,


Guru Besar SK Kota lama Kanan,

Yang Dihormati, Pn Zalilah bt Ahmad Zainuddin,


Yang Dipertua PIBG SK Kota Lama Kanan,

Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Nordin bin


Rafaei
Guru Penolong Kanan HEM, Pn Nor Azlila bt Amran ,

Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Pn Nor Amizan bt


Adnan,guru-guru, barisan AJK PIBG tuan-tuan dan
puan-puan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu,
digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan
kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama
berkumpul di Dewan ini ini bagi MESYUARAT
AGUNG PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Lama
Kanan.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula,
marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
limpah rahmat dan barakah, dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput
dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Faris bin
Ismail untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Mohd


Faris atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan
majlis yang berlangsung akan terus terpancar
keberkatan Ilahi.

Ucapan Hadirin Yang dihormati,


NYDP
Majlis dimulakan dengan menjemput dan
mempersilakan Pn Zalilah bt Ahmad Zainuddin Yang
Dipertua PIBG untuk menyempurnakan bingkisan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan.

*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada ………………………


atas ucapan sebentar tadi.
Warga dewan yang dihormati,
Ucapan Guru Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari
Besar Kita dengar pula ucapan daripada Yang Berusaha,En
Mohd Anuar bin Jamaluddin, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kota Lama Kanan. Majlis dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar
atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat


berbesar hati memberi laluan, peluang dan
kesempatan kepada
………………………………………………………….
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG SK KOTA
LAMA KANAN. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

**********Ucapan *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan


kepada …………………………………………. atas
ucapan perasmian sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,


Cenderahati Bagi menghargai jasa dan sumbangan
jawatankuasa Jawatankuasa PIBG SK Kota lama Kanan , majlis
PIBG- berbesar hati menjemput dan mempersilakan
Perasmi …………………………………………… diringi oleh
……………………………………………untuk
menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan.
Dipersilakan.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.

AJK IBU BAPA


1.
2.
3.
4.

AJK GURU:
1.
2.
3.
4.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan


atas kesudian hadir, merasmi dan menyampaikan
cenderamata, majlis mempersilakan pula, En Mohd
Anuar bin Jamaluddin untuk
menyampaikan cenderahati kenang-kenangan
kepada Yang
berbahagia, .................................................................
..
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Berdua.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu


tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian
Mesyuarat Agung SK Kota lama kanan kali ke-......
bagi tahun 2021

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Kota lama Kanan,


merakamkan penghargaan terima kasih kepada
…………………………………… atas kesudian
meluangkan masa pada petang ini untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- …..
Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan
Tuan-tuan dan Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

MESYUARAT Seterusnya, kami serahkan kepada


PIBG 2021 ……………………………….. untuk meneruskan
agenda Mesyuarat Agung PIBG SK KOTA LAMA
KANAN bagi tahun 2021
Jamuan Ringan

Anda mungkin juga menyukai