Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH SEMPENA PERSARAAN

CIKGU AHMAD AZMAN BIN JOHAR


TARIKH: 3 JANUARI 2022 (ISNIN)

TENTATIF TEKS MC

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Cikgu Ahmad


Azman Bin Johar.
KETIBAAN YANG DIRAIKAN
Selamat datang ke Majlis Persaraan Cikgu Ahmad Azman
Bin Johar, Penolong Kanan Pentadbiran SK Simpang Lima.

SALUTASI Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

1. Yang Berusaha …………………………………………………………


Pen. PPD ……………………………………………………..
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam.

2. Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Basar, Guru


Besar SK Simpang Lima.

3. Yang Diraikan, Cikgu Ahmad Azman Bin Johar,


Penolong Kanan Pentadbiran SK Simpang Lima.

4. Yang Berusaha, Puan Siti Norrasidah Binti Md Ramli,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

5. Yang Berusaha, Puan Izuana Binti Mahmed Sani,


Penolong Kanan Kokurikulum.

6. Yang Berusaha, Puan Izzati Syafiqah Binti Mansor,


Penyelaras PPKI.

7. Yang Dihormati, Encik Isa Bin Kasmo ,YDP PIBG SK


Simpang Lima.
8. Yang Dihormati, Encik Mohamad Abdullah Bin Mohd
Zain, Pengerusi BAKA SK Simpang Lima.

9. Dif-dif jemputan
10. Para guru dan akp
11. Seterusnya hadirin yang dimuliakan.

KATA-KATA ALUAN
PENGACARA Hadirin yang dikasihi,.

Pakat bersama menunggang kuda,


Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,


Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap


pertemuan pasti mengundang perpisahan. Hadirin, kita
berkumpul pada hari ini sama ada secara nyata mahupun
maya adalah untuk meraikan Cikgu Ahmad Azman Bin
Johar yang bakal meninggalkan jejak kenangan serta
taburan budi yang tidak terkira di sekolah ini.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira begitulah


juga besarnya jasa Cikgu Ahmad Azman sehingga tidak
mampu untuk kami membalasnya. Sekalung penghargaan
diucapkan buat Cikgu Ahmad Azman yang diraikan atas
kesudian menghadirkan diri bersama keluarga. Tidaklah
seberapa majlis ini untuk meraikan Tuan yang hebat dan
megah kewibawaannya.
Hadirin para jemputan yang dihormati,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
BACAAN DOA
Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan,
Al- Fadhil Ustaz Zainul Rashidi Bin Sayuti untuk memimpin
bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

– Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih.

Para tetamu yang dihormati,

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,
Kata azimat pembuka kalam.

UCAPAN ALUAN GURU Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan
BESAR mempersilakan, Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Zaki Bin
Basar Guru Besar Sekolah Kebangsaan Simpang Lima
untuk tampil menyampaikan ucapan. Majlis
mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kesudian Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Basar atas kesudian
menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.
Hadirin yang dikasihi,

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang


Berusaha,..........................................................................,
Pen. Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
UCAPAN PEGAWAI PPD – Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih atas kesudian Yang
Berusaha ..............................................................................
................... menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Para tetamu yang dihormati,

TAYANGAN MONTAJ Sudah teradat si anak lelaki,


Mati berjuang berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.

Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan


persembahan tayangan multimedia yang telah disediakan.
Dipersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


persembahan tayangan multimedia sebentar tadi.
Hadirin yang dikasihi,

Jangan tertawan alpa duniawi,


Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan kesatria dirai,
Hulurkan madah kata bersakti.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan, Cikgu Ahmad Azman Bin
Johar, Penolong Kanan Pentadbiran SK Simpang Lima
untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
UCAPAN YANG DIRAIKAN
– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
kesudian tuan yang diraikan menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

TANDATANGAN DAN
PENYAMPAIAN WATIKAH Para tetamu yang dihormati,
PERSARAAN OLEH PPD
Atur cara majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan
mempersilakan, Cikgu Ahmad Azman untuk
menandatangani buku persaraan. Majlis mempersilakan.

Majlis juga mempersilakan Yang


Berusaha ..............................................................................
..............................................................................................
................Pen.
PPD ......................................................................................
..............................................................................................
........,Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Basar, Guru Besar SK
Simpang Lima, barisan pentadbir untuk menyaksikan detik
bersejarah bagi Yang Diraikan untuk menandatangani
buku persaraan.

Dengan termeterinya tandatangan Cikgu Ahmad Azman di


dalam buku persaraan maka rasmilah sudah persaraan
beliau.
Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
sekali lagi Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Basar, Guru Besar SK
Simpang Lima mengiringi Yang
Berusaha ..............................................................................
..............................................................................................
................Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam untuk
menyampaikan watikah persaraan kepada Yang Diraikan.

- Terima kasih
En. .............................................................................
.....atas penyampaian watikah sebentar tadi.
Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan
Cikgu Ahmad Azman Bin Johar tampil bagi
menyempurnakan acara simbolik majlis persaraan pada
hari ini.
(MELEPASKAN BURUNG ATAU BELON)

POTONG KEK DAN GIMIK Majlis juga menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
En ........................................................................
Tuan Guru Besar, barisan pentadbir untuk bersama-sama
Yang Diraikan bagi acara simbolik majlis persaraan dan
seterusnya acara memotong kek. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN
CENDERAMATA Hadirin yang dikasihi,

Majlis diteruskan dengan upacara menyampaian


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan
yang kita raikan pada hari ini.

Sebelum itu,majlis dengan segala hormatnya ingin


menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan untuk naik
ke atas pentas bagi menerima cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK


Simpang Lima,Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Basar untuk
menyampaikan cenderamata daripada Pihak Pentadbir.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.


Majlis seterusnya mempersilakan Yang Dipertua PIBG SK
Simpang Lima,En. Isa Bin Kasmo untuk menyampaikan
cenderamata bagi pihak Persatuan Ibu bapa dan Guru SK
Simpang Lima.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Terima kasih diucapkan kepada En. Isa Bin Kasmo.

Seterusnya dijemput kepada wakil BAKA SK Simpang Lima,


En. Mohamad Abdullah bin Mohd Zain untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Diraikan.
Dipersilakan.

- Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad


Abdullah .

Majlis seterusnya mempersilakan Penyelaras PPKI, Puan


Izzati Syafikah Binti Mansor mewakili PPKI SK Simpang
Lima untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Diraikan. Dipersilakan.

- Terima kasih diucapkan kepada Puan Izzati.

Seterusnya dijemput kepada Penyelaras Prasekolah, Puan


Suhaili Binti Abdul Rashid mewakili Prasekolah SK Simpang
Lima menyampaikan cenderamata.
Dipersilakan.

- Terima kasih diucapkan kepada Puan Suhaili.

Seterusnya dijemput kepada guru-guru,akp atau tetamu


jemputan yang ingin menyampaikan cenderamata untuk
naik ke atas pentas.

- Terima kasih daun keladi buat semua hadirin.


PENUTUP DAN JAMUAN
Hadirin yang dihormati,

Menggamit rindu datang ke mari,


Waktu bersama duka gembira,
Kenangan lalu memahat memori,
Taburan budi kilauan kejora.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa


untuk menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi.
Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan
semoga Cikgu Ahmad Azman Bin Johar akan sentiasa sihat
dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga
tercinta.

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat


menjadi memori sepanjang zaman.

Dijemput kepada Yang Diraikan serta semua tetamu yang


hadir pada hari ini untuk menjamu selera.

Untuk makluman kita akan ada sesi foto kenangan


bersama Yang Diraikan selepas selesai menjamu selera
nanti.

Dari mana asalnya usah diusul,


Molek budinya menambat hati,
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan disimpan di dalam hati.

Ubi manis ubi keladi,


Kalau ada ditambah lagi,
Sekiranya umur panjang direstui,
Kita pasti berjumpa lagi.

Hadirin, sekian berakhirlah majlis kita pada hari ini. Pihak


majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan
kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan
majlis kita pada hari ini.

Di kesempatan ini juga, kami memohon ribuan kemaafan


atas tersalah bicara, tersilap kata sepanjang kami
mengacarakan Majlis SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH.

Assalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai