Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS JASAMU DIKENANG MGB SEGAMAT 2016

MAJLIS JASAMU DIKENANG MGB SEGAMAT 2016

16 NOVEMBER 2016 ( RABU )


2.30 PETANG
DEWAN HOTEL VILLA, SEGAMAT

DISEDIAKAN OLEH :
EN. ZURAYUSHAZMAN BIN ISMAIL

PENGACARA MAJLIS :
EN. ZURAYUSHAZMAN BIN ISMAIL

BIL PERISTIWA SKRIP CATATA


N
PENGUMUMAN Diumumkan ketibaan yang diraikan Tuan Azman bin
1 Adnan
diringi dif-dif kehormat masuk ke dewan.

2 LAGU Hadirin sekalian dimohon bersedia bagi menyanyikan


lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Muafakat Johor .

3 SALUTATION Bismillahirahmanir rahim, Assalamualaikum Wbt,


Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa, Salam
Muafakat Johor, Salam Segamat Selamat.

1. Yang berbahagia lagi diraikan Tuan Azman bin


Adnan, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri
Johor ( Mantan KPPD Segamat ), Yang diraikan jua
mantan guru-guru Besar Daerah Segamat.

2. Yang Berusaha Tuan Haji Hamzah bin Ahmad,


MAJLIS JASAMU DIKENANG MGB SEGAMAT 2016

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Segamat.

3. Yang Berusaha, Tuan Haji Azali bin Othman,


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rendah,
PPD Segamat.

4. Yang Dihormati , Tuan Haji Abdul Rahman bin Ibas ,


Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Segamat,

5. Yang dihormati guru-guru besar daerah segamat


dan wakil guru besar.

Selamat datang ke majlis JASAMU DIKENANG


sempena kenaikan pangkat Tn Azman bin Adnan
sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor
dan juga persaraan Guru -guru Besar Daerah
Segamat bagi tahun 2016.

4 KATA-KATA ALUAN
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah


kurniaNYA dapat kita bersama-sama berkumpul pada
petang yang penuh ceria ini bagi menjayakan majlis
JASAMU DIKENANG. Semoga majlis ini bertambah
meriah, penuh gemilang dan membawa makna
kepada kita semua.
5 BACAAN DOA Tangan ditadah restu dipinta
Pada yang Esa pohon segala
Inayah dan taufiq hajat termetra
MAJLIS JASAMU DIKENANG MGB SEGAMAT 2016

Agar majlis diberkati jua

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan al-fadhil Ust. Amran bin ................
untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan
[Doa]
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-
ustaz atas bacaan doa itu tadi.

6 UCAPAN Jasamu dikenang


PENGERUSI MGB Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti


dan kepimpinan yang dilakukan oleh semua yang
diraikan pada petang ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dimulakan dengan ucapan Yang Dihormati Tn Hj


Abdul rahman bin Ibas , Pengerusi Majlis Guru Besar,
Daerah Segamat. Dipersilakan tuan.

(UCAPAN YDP MGB)


Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati Tn. Hj
Abdul Rahman bin Ibas atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
8 UCAPAN TN HJ Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
HAMZAH BIN
AHMAD Majlis diteruskan dengan ucapan Yang berusaha Tn.
Hj Hamzah bin Ahmad, Timbalan Pengawai
Pendidikan Daerah Segamat. Dipersilakan tuan
MAJLIS JASAMU DIKENANG MGB SEGAMAT 2016

(UCAPAN TPPD)
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj
Hamzah bin Ahmad atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
16 UCAPAN TPPJ Hadirin sekalian,

Kain berlipat dalam istana,


Pakaian puteri raja kayangan,
Sepatah nasihat kami terima,
Secubit budi jadi kenangan.

Gunung Daik bercabang dua,


Pohon bidara di simpang empat;
Budi baik dikenang juga,
Selaut bicara pembakar semangat.

Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu ucapan


daripada Yang Diraikan Tuan Azman bin Adnan. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan tuan untuk menyampaikan ucapan.

(UCAPAN TPPJ)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Azman bin
Adnan atas ucapan itu tadi.
18 PENYAMPAIAN Hujung lembayung senja nan merah
Beralun tualang indah bertemu,
CENDERAMATA
Tetap tabah mencipta sejarah,
Insan sepertimu takkan ketemu.

inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di


pelabuhan, Umpama berkayuh telah sampai di muara,
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


MAJLIS JASAMU DIKENANG MGB SEGAMAT 2016

Seterusnya sebagai tanda ingatan dan kenangan dari


kami, majlis diteruskan dengan penyampaian
cenderamata. Dengan ini, majlis mempersilakan TN
HJ HAMZAH BIN AHMAD DAN TN HJ ABDUL
RAHMAN BIN IBAS MENGIRINGI YANG
BERUSAHA TUAN AZMAN BIN ADNAN untuk
menerima cenderamata dari wakil wakil zon
kurikulum daerah segamat.

Dipersilakan ______________________________
untuk menyampaikan cenderamata wakil Zon
Kurikulum 1.

Dipersilakan ______________________________
untuk menyampaikan cenderamata wakil Zon
Kurikulum 2.

Dipersilakan ______________________________
untuk menyampaikan cenderamata wakil Zon
Kurikulum 3.

Dipersilakan ______________________________
untuk menyampaikan cenderamata wakil Zon
Kurikulum 4.
Dipersilakan ______________________________
untuk menyampaikan cenderamata wakil Zon
Kurikulum 5.

Dipersilakan ______________________________
untuk menyampaikan cenderamata wakil Zon
Kurikulum 6.
MAJLIS JASAMU DIKENANG MGB SEGAMAT 2016

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan Tuan Azman bin Adnan atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi.

Terima kasih tuan.

Terima kasih juga kepada para penyampai


cenderamata itu tadi.

Seterusnya, dipersilakan Yang Dihormati Tn Hj Abdul


Rahman bin Ibas untuk menyampaikan cenderamata
bagi pihak MGB Daerah Segamat kepada mantan
Guru-guru Besar Daerah Segamat:

Dipersilakan ............................................
naik ke pentas.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Terima kasih, tuan..

Kicak kicau mendayu-dayu,

Tumbuh berangan di hujung desa,


MAJLIS JASAMU DIKENANG MGB SEGAMAT 2016

Sebak di dada pilu di kalbu

Sejuta kenangan segunung jasa.

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi tuan jadi kenangan.


20 PENUTUP MC
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan Tuan Azman bin Adnan dan mantan guru-
guru besar daerah segamat kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini.
Kami juga mendoakan Tuan/puan semua akan
sentiasa sihat sejahtera dan gembira bersama
keluarga tercinta. Kami bermohon jutaan kemaafan di
atas segala kekhilafan dan kekurangan jikamana kami
terlajak kata, terlanjur bicara, tersalah rasa.

Melambai pepohon laksana galah,

Dipupuk semilir bayu sembilu,

Mohon diampun silap dan salah,

Maaf dipinta bicara berlalu.

Seterusnya Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan


menikmati jamuan yang telah disediakan.

Sekali lagi majlis menjemput ustaz Amran bin..............


Untuk membacakan doa makan. Dipersilakan tuan.

Majlis pada hari ini menutup tirainya. Jutaan terima


MAJLIS JASAMU DIKENANG MGB SEGAMAT 2016

kasih kepada semua tetamu atas kesudian menghadiri


majlis ini. Sekalung penghargaan kepada semua
pihak pelaksana majlis.
Sekian.wabillah hi taufik wal hidayah
wassalamualaikum

Anda mungkin juga menyukai