Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENUTUPAN KEM SISPA 2017


Alu-aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera


dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia,
Pengarah..,

Yang Dihormati,
Encik Haslan Bin Hussin selaku Pendaftar Kolej Perkembangan
Awal Kanak-Kanak,

Yang Berusaha,
Encik.,
Selaku Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Para
Pensyarah, Fasilitator dan Para Pelatih yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah


rahmatNYA, dapat kita berkumpul disini pada hari yang ceria ini
bagi meraikan Majlis Penutupan KEM SISPA bagi tahun 2017.

Nyanyian Lagu Bagi memulakan majlis, satu penghayatan bersama.


Negaraku Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku.

**************************
Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa Dari Perlis puspa ku mohon,


Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Untuk memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita
memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Encik Mohamad Danial Hafiz untuk
memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin, Amin Ya Robbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih


kepada Encik Mohamad Danial Hafiz di atas bacaan doa tadi.

Sebelum meneruskan acara, untuk makluman hadirin sekalian, KEM


SISPA ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 8
Disember iaitu Jumaat yang lepas sehingga hari ini dengan
penglibatan seramai 116 pelajar dari Kolej Perkembangan Awal
Kanak-Kanak, Damansara Perdana.

Kem ini dijalankan dengan bertujuan untuk memupuk keperibadian


pemimpin dalam setiap para pelajar.

Ucapan Encik Para Hadirin Sekalian,


Haslan Bin Hussin,
Pendaftar KPAKK Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput yang Dihormati, Encik Haslan Bin Hussin
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

********************************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Haslan Bin


Hussin diatas ucapan beliau itu tadi.

Ucapan Penutupan Buah langsat di tepi busut,


Majlis KEM SISPA, Mari dimuat di atas peti,
Pengarah Besar hajat kami menjemput,
APM Besar niat di dalam hati.

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan


Pengarah..,
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Penutupan KEM SISPA bagi tahun 2017 ini. Majlis dengan penuh
hormat dan takzimnya mempersilakan
Tuan

*********************************
Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Tuan
kerana merasmikan majlis penutupan pada hari ini.

Penyampaian Sijil Bila memandang kemuka laut,


pada Para Pelatih Nanpak sampan mudik ke hulu,
KPAKK, Bila terkenang mulut menyebut,
Penyampaian Budi yang baik ingat selalu.
cenderahati kepada
Pegawai Angkatan Terbang di awan burung jentayu,
Pertahanan Awam Kerana penat gugur kebumi,
Malaysia, Para Tampillah tuan kami merayu,
Pensyarah dan Bersama amanat bekalan kami.
Fasilitator
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada para pelatih
KEM ini.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan segala hormatnya


menjemput Yang Berbahagia Pengarah Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia Tuan........................................................................,
dengan diiringi Encik Haslan Bin Hussin untuk menyampaikannya.

Majlis mempersilakan.

Dimulakan dengan,

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Tuan,
diatas kesudian beliau menyempurnakan upacara penyampaian sijil
sebentar tadi.

Seterusnya,

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis mempersilakan Encik Mohd


Fardie Bin Sakimin untuk menyampaikan cenderahati dan sijil
kepada Encik...

*****************************

Terima kasih diatas penyampaian cenderahati tersebut.

Majlis Bersurai Dengan penyampaian sijil dan cenderahati sebentar tadi, maka
dengan itu berakhirlah sudah KEM SISPA 2017 pada kali ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari di susun maaf di pinta.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sebelum itu, semua tetamu dan para pelatih dipersilakan naik keatas
pentas untuk sesi bergambar.

Sekian sahaja daripada kami, Wabillahi Taufik Wal Hidayah


Wassalammualaikum Warahmatulllahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai