Anda di halaman 1dari 3

;

IJAZAH SARJANA MUDA


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

MSP 3073
PENGURUSAN SENI

TUGASAN INDIVIDU:
COMPREHENSION: KENAPA SAYA PERLU MENGAMBIL
SUBJEK PENGURUSAN SENI?

NAMA NO MATRIKS NO. TELEFON

RIZLYANA BINTI OTHMAN ISM PAK 0915 0033 011-2824 3533

NAMA PENSYARAH:
ENCIK MOHAMAD NIZAM BIN MOHAMAD HELMI

TARIKH SERAHAN:
13 MAC 2019
Semester kali ini, subjek Pengurusan Seni adalah salah satu daripada subjek minor yang
perlu diambil oleh pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Subjek
ini sangat signifikan untuk dipelajari kerana ia memberi pelajar satu garis panduan bagaimana
untuk menguruskan sesebuah program seperti pameran seni, seminar, lawatan dan
pertandingan. Disamping itu, pengurusan seni merupakan satu seni bagi melaksanakan proses
kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis
panduan tertentu.

Tambahan lagi, subjek ini juga memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang
pengumpulan maklumat, konsep, pemilihan tema, hasil pembelajaran, strategi, pengurusan
kewangan, perancangan projek, pembentukan jawatankuasa, pengendalian mesyuarat,
penyediaan kertaskerja, penyediaan laporan dan juga tindakan sususulan. Oleh kerana itulah
subjek ini sangat penting untuk dipelajari agar pelajar-pelajar dapat menjadi lebih kreatif dan
bertanggungjawab dalam menguruskan program atau projek yang berkaitan dengan seni.

Seni didefinisikan sebagai karya yang diciptakan dengan bakat dan kebolehan mencipta
sesuatu yang indah. Selain dari itu, untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan
dan penghayatan serta pemahaman yang jitu adalah amat penting. Kebolehan adalah sesuatu
yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan
sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan
sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Seni juga adalah satu medium yang boleh memberikan ketenangan. Seni juga
membantu dalam menterjemahkan atau meluahkan pendapat serta isi hati. Seni adalah halus
dan sukar ditafsirkan oleh kalangan orang biasa kerana setiap lukisan atau masterpiece yang
dihasilkan memiliki makna yang tersirat. Seni juga penting kerana, apabila seseoranag guru
mengajar anak murid dengan seni ia dapat mengembangkan pemikiran dan kemahiran asas
mereka. Sebagai contoh, aktiviti playdough atau persembahan puppet. Murid bukan sahaja
dapat berkomunikasi malah dapat menguatkan lagi psikomotor halus mereka.

Seni ini adalah luas, seperti seni pergerakan kreatif, drama, teater, muzik dan seni
persembahan. Apabila seseorang guru diberikan tugas untuk menjalankan sesuatu program,
maka secara tidak langsung guru haruslah menjadi kreatif. Sebagai contoh, dalam perhiasan
dewan, kepelbagaian aktiviti, pakaian, persembahan murid dan sebagainya. Oleh kerana itulah
seni sangat penting dalam setiap diri manusia agar kehidupan yang dilalui akan menjadi lebih
bermakna serta signifikan. Tujuan mengapa subjek ini dikaitkan dengan peranan guru adalah
kerana guru bertanggungjawab dalam pemupukan minat anak murid dalam bidang artistic
supaya anak murid berkeinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan
memperlihatkan kepentingan konsep seni. Sebagai contoh, guru boleh merangsang pemikiran
anak murid dalam mengemukakan soalan yang mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis,
menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui kerja kumpulan. Komitmen guru adalah sangat
penting dalam merancang, mengurus, melaksana, menilai dan membuat penambahbaikan
dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya ke arah kecemerlangan anak murid.

Kesimpulannya, subjek ini melengkapkan perkembangan diri pelajar melalui nilai


peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap kegunaan seni dalam kehidupan seharian
serta penghargaan hasil seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa
dan negara. Dalam proses menghasilkan karya seni, penglibatan pelajar tidak sahaja
memperkembangkan perasaan estetik dan daya kreatif melalui penajaman daya intuisi, persepsi
dan konsepsinya, malah boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat dan
kemampuan diri dalam bidang seni. Sifat-sifat ini akan menjadikan pelajar lebih berperasaan,
bersikap sederhana dan berkemampuan dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai