Anda di halaman 1dari 16

Walaubagaimanapun galakan dan sokongan daripada ibubapa, memberi motivasi kepada anak-

anak untuk mencapai gred yang lebih tinggi. Hal ini disokong oleh Vermeer et al. (2011), keluarga

merupakan entiti pertama dalam perkembangan tumbesaran anak-anak. Terdapat dua bentuk

hubungan yang memberikan kesan kepada anak:

(i) Hubungan yang terjamin dan selamat: Dalam hubungan ini, terkandung sikap

ibubapa dalam membina sikap ingin tahu dan meneroka persekitaran anak-anak. Selain

itu, kemahiran dalam menyesuaikan diri secara positif perlu dilakukan oleh ibubapa

supaya anak dapat merasakan diri disayangi dan dipercayai oleh orang sekeliling.

(ii) Hubungan yang tidak terjamin dan tidak selamat: Dalam hubungan ini, perlu

dielakkan apabila mempunyai sikap yang berisiko, tidak dapat dijangka dan tidak

dapat dijelaskan. Selain itu, kesukaran mengawal tekanan (stress) dalam situasi baru

dan konsep kendiri yang negatif.


Guru memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan pengetahuan dan melatih pelajar-

pelajar dalam bidang akademik (Wentzel, K. R., 2009). Keilmuan dan pengetahuan yang

dimiliki oleh setiap guru membolehkan mereka memberikan penjelasan dengan lebih baik

di samping lebih bersedia menjawab persoalan daripada pelajar (Abdull Sukor Shaari, 2010).

Menurut Wentzel, K. R. (2009), guru adalah sumber yang sentiasa meningkatkan perkembangan

kompetensi sosial dan akademik. Peningkatan kompetensi sosial dan akademik pelajar dapat

dilakukan dalam bentuk informasi dan nasihat (Wentzel, K. R., 2009). Contohnya, sikap atau

pengalaman khusus yang membantu pembelajaran. Kepelbagaian dalam melaksanakan

pelbagai kaedah ini, akan memberikan satu pengalaman pembelajaran, motivasi yang tinggi

bagi pelajar (Kamarul Azmi Jasmi et al., 2011) serta mampu menarik pelajar agar dapat benar-

benar menghayati dan mampu menguasai ilmu yang diajar (Tengku Sarina Aini Tengku Kasim

& Faridah Che Husain, 2008) dan membolehkan interaksi dan penyertaan daripada pelajar yang

menggalakkan (Regmi, K., 2012).

Dalam kajian-kajian lepas, guru-guru menyatakan kesediaan untuk lebih membantu pelajar

yang memberi kerjasama, bersungguh-sungguh dan kepada pelajar yang mencari bantuan mereka.

Kelebihan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, bahkan kreatif dan inovatif akan

menjadikan sistem PdP seorang guru itu menjadi lebih menarik, efektif, dan menyeronokkan

(Rafiza Abdul Razak & Siti Zarina Syed Nordin, 2013). Perkara ini telah dijelaskan Rozita

Radhiah Said & Abdul Rasid Jamian (2012), gabungan ilmu dan pengalaman mengajar menjadikan

guru seorang pendidik yang berpandangan progresif. Berdasarkan Mohd Aderi Che Noh (2010),

kesepaduan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik akan mengangkatkan lagi kualiti proses

pengajaran. Amalan pengajaran yang efektif juga dikaitkan dengan sikap kreatif yang meliputi

aspek kreativiti semasa proses pengajaran (Mohd Aderi Che Noh, 2010; Rohani Arbaa etal,

2010; Rozita Radhiah Said & Abdul Rasid Jamian, 2012).


Tunduk diam, tidak menjawab apabila ditanya dan tidak suka bergaul. Pastinya tingkah laku itu

membimbangkan ibu bapa apabila ia terjadi kepada anak tersayang. Sikap pendiam anak terutama

apabila berdampingan dengan orang yang tidak dikenali atau di luar kelompok keluarga sering

membuatkan ibu bapa bimbang apabila memikirkan keupayaan si kecil itu untuk menyesuaikan

dirinya ketika menjejakkan kaki ke alam persekolahan kelak. Kanak-kanak pendiam sering kali
tidak memberi maklum balas terhadap pertanyaan yang diajukan sedangkan mereka tahu

jawapannya. Ini berlaku disebabkan pelbagai faktor.

Antara faktor yang mempengaruhi sikap pendiam seseorang kanak-kanak ialah genetik,

pendedahan ibu bapa kepada ilmu bersosial, persekitaran, gaya hidup dan asuhan penjaga atau

pengasuh. Pakar Psikoterapi Klinikal & Pengetua Akademi Keibubapaan Asia, Ko Teik Yen

berkata, faktor genetik memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti kanak-kanak.

Menurutnya, sikap kanak-kanak yang tidak mahu bercakap, enggan bergaul dan mempunyai

personaliti seolah-olah tidak suka bersosial kebiasaannya disebabkan faktor genetik yang diperoleh

daripada keturunannya. Kebiasaannya, apabila salah seorang ibu atau bapa kurang bercakap atau

pendiam, anaknya mempunyai potensi lebih besar untuk mewarisi sikap itu.

“Anak mungkin tidak boleh ‘lari’ daripada memiliki genetik pendiam, tetapi mereka boleh diasuh

dan diberi pendedahan kepada ilmu bersosial. Namun, jika tiada pendedahan diberi kepada anak,

mereka akan terus-menerus menjadi pendiam dan inilah sebabnya interaksi sosial sukar untuk

diterapkan apabila memasuki alam persekolahan.

“Disebabkan itu, dorongan dan didikan ibu bapa serta individu yang mempunyai kaitan rapat

dengan kanak-kanak amat penting kerana ia dapat memberikan pengaruh besar dalam

pembentukan keperibadiannya, sekali gus menentukan sikap kanak-kanak terbabit,” katanya.

ASUHAN DAN BIMBINGAN

Menurut Ko, perwatakan pendiam itu boleh dibezakan mengikut asuhan yang diterima daripada

penjaganya.

“Kita boleh membezakan kanak-kanak yang tinggal di pusat asuhan dengan di rumah. Di pusat

asuhan, kanak-kanak lebih banyak bergaul, mudah mesra, tidak pemalu, keletah dengan ramai
rakan yang pelbagai usia berbanding anak yang duduk di rumah kerana hanya ditemani ibu, datuk,

nenek atau pembantu rumah.

“Namun sekiranya penjaganya rajin melayan si kecil untuk berkomunikasi dan menggalakkannya

bercakap, sikap pendiam boleh diatasi kerana pengaruh asuhan mempunyai kuasa yang agak besar

dalam pembentukan keperibadian kanak-kanak,” katanya.

Ko berkata, kanak-kanak menjadi pendiam disebabkan asuhan di peringkat tumbesaran dan gaya

hidupnya. Kanak-kanak memerlukan rangsangan daripada ibu bapa untuk mengajar mereka

berinteraksi dengan persekitaran.

“Inilah sebabnya cara asuhan yang diterima dan pendedahan kepada persekitaran penting dalam

menentukan sikap pendiam kanak-kanak selain faktor genetik yang memang ada dalam diri

mereka.

“Kanak-kanak pendiam perlu diajar cara berinteraksi dan didedahkan dengan persekitaran yang

melebihi sempadan adik-beradik dan saudara-mara iaitu mereka perlu dibiarkan bersosial dengan

rakan sebaya, jiran atau rakan ibu bapa,” ujarnya.

Katanya, ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh terbaik dalam bersosial iaitu sentiasa menegur

sapa jiran tetangga atau sering bertanya khabar rakan baik. Lain pula fenomena apabila kanak-

kanak yang pada awalnya peramah tetapi tiba-tiba berubah menjadi pendiam.

“Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Mereka mungkin berada dalam keadaan tertekan atau

bermasalah. Jangan sangka orang dewasa saja yang tertekan dan ada masalah. Kanak-kanak juga

ada masalah sesuai dengan dunia mereka. Justeru, ibu bapa dan ahli keluarga perlu memerhati

setiap perubahan personaliti anak-anak.


“Kanak-kanak ini mungkin mengalami penderaan seksual secara fizikal dan psikologi. Penderaan

boleh menyebabkan tingkah laku mereka berubah, lebih suka menyendiri dan menjadi pendiam,”

katanya.

Tambah Ko, atas faktor itu, ibu bapa perlu memerhatikan setiap perubahan yang terjadi pada anak

mereka bagi memastikan tumbesaran si kecil sentiasa terkawal.

“Pengaruh gajet atau telefon bimbit juga semakin membimbangkan kerana kajian mendapati

kanak-kanak cenderung untuk mendiamkan diri dan menyendiri sekiranya terlalu terdedah dengan

alat teknologi itu.

“Jangan biarkan mereka taasub dengan gajet dan kawal gerak-geri anak supaya perkara negatif

tidak mempengaruhi pemikiran mereka yang akhirnya merosakkan keperibadian kanak-kanak itu,”

ujarnya.

Ko berkongsi beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kemahiran komunikasi

kanak-kanak:

- Banyakkan komunikasi, bercerita dan menggalakkan anak bercerita mengenai perjalanan

hariannya kepada anda. Untuk menggalakkan anak bercerita, anda boleh bertanya mengenai rakan

baiknya dan peristiwa menarik pada hari itu.

- Mencari idea untuk memastikan anak gemar mengadu atau bercerita kepada anda.

- Sentiasa menunjukkan contoh sifat peramah seperti bergaul mesra dengan saudara-mara serta

jiran tetangga.

- Minta pandangannya dalam perkara yang membabitkan dirinya, contohnya warna baju, peraturan

di rumah atau perancangan menu keluarga.

- Yakinkan pada dirinya, dia seorang yang berani dan kerap memuji.

- Jangan sesekali memperkecil-kecilkan dirinya kerana ia akan lebih memburukkan keadaan.


Perkembangan sosioemosi murid prasekolah berlaku sepanjang masa khususnya semasa proses

PdPc. Pendidikan di prasekolah menitikberatkan perkembangan ini agar terbina pencapaian emosi

yang positif, dapat membina konsep kendiri positif serta mempunyai kemampuan berkomunikasi

dan kebolehan sosial. Oleh hal yang demikian perkembangan sosioemosi dibangunkan melalui

tunjang Keterampilan Diri dan perkembangan ini berlaku sepanjang masa ketika murid berada di
prasekolah. Penerapan Tunjang ini diharapkan agar murid mempunyai kematangan emosi,

berkemampuan berinteraksi dengan orang lain, mampu melaksanakan tugasan secara bersendirian

dan berkumpulan dan tahu menghormati perasaan serta hak orang lain seterusnya mampu

membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya. Menurut Arba’ie

Sujud, Nurul Azimah Abdull Sedik, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, & Intan Zahariah Gaisun

(2014), kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mengembangkan emosi positif dengan

menghadapi dan menyelesaikan sendiri emosinya yang tidak stabil. Perkembangan sosioemosi

memainkan peranan penting dalam kehidupan untuk mendorong kebaikan dan kejayaan. Selain itu

perkembangan emosi yang terkawal boleh mempengaruhi tingkah laku. Antara cara mendidik

sosioemosi anak-anak ialah santuni dan beri penghormatan kepada mereka dengan memberi

peluang meluahkan perasaan dan pendapat, juga membantu mereka mengulang kaji pelajaran.

Perkembangan sosioemosi kanak-kanak yang baik dapat membantu perkembangan kognitif.

Perhubungan yang seimbang dengan rakan sebaya serta guru memberi rangsangan kasih sayang,

bantu-membantu serta membimbing mereka untuk mengawal emosi seterusnya menguatkan

keyakinan serta kematangan mereka. Menurut Shahida (2013) juga berpendapat bahawa

perkembangan kecerdasan emosi kanak-kanak memberi kesan kepada keseluruhan perkembangan

peribadi mereka. Justeru perkembangan sosioemosi yang baik dan seimbang memberi impak yang

besar kepada perkembangan setiap murid. Setelah dimantapkan dengan perkembangan emosi diri

sendiri, murid ditanamkan dengan kemahiran sosial, iaitu memahami keperluan orang lain. Murid

yang mampu mengawal emosi sendiri seterusnya boleh berkomunikasi dan bergaul dengan kawan-

kawannya antara asas kecerdasan emosi (EQ). Kanak-kanak dilahirkan dengan keunikan dan

keistimewaan tersendiri. Walaubagaimanapun potensi kanak-kanak boleh diasah dan

dikembangkan melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Guru yang berkualiti akan

melahirkan murid yang berkualiti. Oleh itu guru berperanan besar dalam proses perkembangan

potensi kanak-kanak prasekolah. Guru merupakan role model dalam segala tingkah laku, guru
sebagai pengawal disiplin, guru sebagai agen perubahan serta pengantara ibu bapa dengan

prasekolah.
3.2.1 Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid

Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk

apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit kecenderungan terhadap

pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka (Martin et al, 1994).

Mengapa kita menggunakan pendekatan ini? Ia sebenarnya berpisah daripada tradisi di mana

bilik darjah didominasikan guru dan strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar

bertanggung jawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk

belajar. Ia boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang baik di mana pelajar

dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain. Strategi ini lebih sesuai digunakan apabila

maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru dan apabila

matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis.

Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar selalunya kurang berstruktur.

Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang berstruktur, guru tidak membiarkan

pelajar membuat sesuka hati mereka. Guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab

kepada pelajar. Peranan sebagai orang yang berkuasa tidak diperlihatkan oleh guru. Akan

tetapi, guru bertindak autoritatif. Guru memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya kepada

pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya.

Berdasarkan pengalaman anda, apakah kelebihan strategi ini? Kajian menunjukkan

bahawa ia mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam

mengaplikasikan konsep dan memperkembangkan sikap yang positif,mewujudkan

motivasi,memperkembangkan sahsiah peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial

kumpulan. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan yang lebih

dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi.

Antara contoh strategi berpusatkan pelajar ialah penerokaan, inkuiri penemuan dan

beberapa bentuk perbincangan. Contoh-contoh lain pengajaran yang kurang eksplisit


termasuklah menganalisis trenda dalam sejarah, kesusasteraan, dokumen atau masalah

praktikal, perbincangan dan spekulasi penyelesaian bagi isu-isu sosial, mengajar karangan dan

menulis tesis. Bolehkah anda fikirkan contoh-contoh lain yang sesuai ?

Apakah peranan guru apabila menggunakan strategi ini? Guru-guru mestilah mahir

dalam mata pelajaran yang diajar. Setiap guru perlu mengetahui struktur, mengenal pasti

konsep- konsep penting dan memilih atau mengembangkan pengalaman-pengalaman yang

bermakna kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk meneroka dan menemui

apa yang guru hendak mereka pelajari. Mari kita beralih kepada unsur-unsur utama yang dapat

kita perlihatkan dalam bilik darjah yang menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar :

 Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak

dijalankan secara keseluruhan kelas.

 Pelbagai bahan pengajaran disediakan untuk pelajar menggunakan secara individu

atau dalam kumpulan-kumpulan kecil.

 Bentuk tujuhala pengajaran ditentukan oleh pelajar ketika berinteraksi dengan guru.

 Cara menyusun perabot dalam bilik darjah memudahkan pelajar bekerja secara

individu atau di dalam kumpulan

 Pelajar dapat bergerak dengan bebas sekiranya perlu membuat tugasan

 Selain guru, pelajar juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat.

(http://www.arts.nie.edu.sg/ell/PeterT/Personal/Teachercentred%20learning.html)

3.2.2 Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan

Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku, blok-

blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri

dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi cara yang

luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu dapat belajar.
Sekarang kita akan membincangkan pelbagai bentuk bahan resos yang digunakan guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah penggunaan buku yang digunakan

semenjak dahulu sebagai satu bentuk pengajaran berpusatkan bahan yang utama.

Kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam penggunaan media dalam pembelajaran

berpusatkan bahan. Ia termasuklah peningkatan dalam bahan pembelajaran, panduan pelajaran,

panduan buku teks, buku kerja, video dan pakej pembelajaran. Bahan yang lebih canggih ialah

pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer, CD-Rom, multimedia,

kumpulan perbincangan komputer, video interaktif, bahan dalam laman web, telekonferens,

konferens video dan telematiks.

Pembelajaran berpusatkan bahan juga adalah penting bagi membantu guru memenuhi

keperluan pelajar yang pelbagai. Ia dapat menyediakan cara untuk pelajar belajar mengikut

kadar sendiri, pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, ia

juga dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kelas pada hari pengajaran

diadakan. Dalam pembelajaran berpusatkan bahan, peranan guru termasuklah :

 membimbing pelajar dimana untuk mendapat maklumat;

 membantu mereka mencari/membentuk soalan yang sesuai untuk dikemukakan;

 mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam kesusahan;

 memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan; dan

 membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan.

3.2.3 Strategi Berasaskan Tugasan/Aktiviti

Strategi berasaskan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau

tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan apa-

apa yang dipelajari (dan dalam proses memberikan bimbingan, strategi-strategi


mempermudahkan tugasan atau bantuan/scaffolding yang membolehkan mereka

menyempurnakan aktiviti dengan jayanya).

Kriteria-kriteria yang diambil kira dalam pemilihan atau membentuk aktiviti adalah:

 Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar

di mana guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh menuju

pencapaian matlamat tersebut iaitu pemahaman kandungan pelajar dan kebolehan

untuk mengaplikasikannya dalam situasi lain.

 Berdasarkan matlamat pengajaran, boleh diambil kira kepelbagaian aktiviti.

Contohnya, aktiviti boleh merupakan aktiviti permainan atau main peranan;

aktiviti tersebut releven dan berguna untuk menyampaikan isi kandungan

pelajaran. Walau bagaimanapun, semasa memilih aktiviti yang tidak memenuhi

kriteria utama, guru boleh menambil kira kriteria sekunder.

 Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi,

bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu .

 Selain aktiviti dipilih dengan baik, aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau

serta disusuli jika meninginkan impak yang spenuhnya. Ini bermakna pelajar perlu

bersedia lebih awal sebelum aktiviti. Guru perlu memberikan bimbingan dan

maklum balas semasa aktiviti serta menstruktur refleksi selepas aktiviti.

Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar pelajar akan

melibatkan diri dalam aktiviti serta mereka jelas tentang matlamat yang ingin dicapai. Guru

boleh membimbing pelajar dengan membekalkan maklumat yang diperlukan atau bantuan tentng

cara menyempurnakan kehendak tugasan. Apabila pelajar mula melaksanakan tugasan, guru

boleh memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika perlu. Kesemua tugasan perlu disusuli

refleksi atau perbincangan pada akhir tugasan Guru akan membuat semakan dengan pelajar,

memberikan maklum balas umum tentang prestasi dan mengukuhkan idea-idea utama apabila

berhubung dengan matlamat keseluruhan.


3.3 Kaedah dan Teknik Pengajaran

Kaedah pengajaranmerupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan menggunakan

teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif pengajaran.

Teknik pengajaranadalah satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan

pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Secara

khususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat

mempercepatkan penanggapan pelajar.

3.3.1 Bercerita

Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara atau,

peristiwa-peristiwa, sama ada imaginasi, tradisi atau kisah benar. Strategi ini boleh

meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan. Ia dapat

memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman,

mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk membaca.

Bagaimanakah kita melaksanakan sesi bercerita dengan berkesan? Mari kita lihat langkah-

langkahnya:

(1) Persediaan sebelum sesi bercerita:

i. Suasana yang selesa diperlukan. Sebaik-baiknya pelajar duduk dalam satu

bulatan bersama orang yang bercerita.

ii. Sekiranya guru merupakan orang yang bercerita, beliau perlu mengambil

kira perkara-perkara berikut:

 Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar
 Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya bahagian

muka dan tangannya

 Bercakap dengan kuat dan jelas berserta intonasi yang sesuai

 Sekiranya guru tidak mahu diganggu, ingatkan pelajar untuk

bertanya atau membuat ulasan hanya selepas selesai bercerita

 Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum guru mula bercerita.

iii. Jika pelajar diberi peluang sebagai orang yang bercerita, mereka perlu

 diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan sekuen cerita

 diberi peluang untuk berkongsi cerita pendek atau peristiwa

menarik dalam situasi yang tidak formal. Ini dijadikan pengalaman

awal untuk pengalaman bercerita yang lengkap.

(2) Semasa sesi bercerita:

i. Pelajar diberi peluang membuat catatan untuk

perbincangan kemudiannya.

ii. Pastikan pelajar menumpukan perhatian

iii. Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat kontak mata

dengan pelajar seolah-seolah bercerita secara langsung dengan

mereka

(3) Selepas sesi bercerita:

i. Beri peluang kepada pelajar merumuskan cerita

ii. Minta mereka berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai