Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

JANUARI / 2022

HDPS1203

PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 700311125490001

NO. KAD PENGENALAN : 70031112549000

NO. TELEFON : 012 – 866 8696

E-MEL : bibianfah@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Sabah Learning Centre


BAHAGIAN I
SOALAN 1: SLAID DAN RAKAMAN VIDEO

SOALAN 2: ESEI
Kanak-kanak yang mangalami gangguan tingkah laku biasanya akan menunjukkan
tingkah laku yang berlawanan dengan tingkah laku yang seharusnya. Biasanya tingkah laku
mereka ini tidak dapat diterima oleh masyarakat dan akan dianggap sebagai tingkah laku
antisosial.Ciri–ciri tingkah laku antisosial ini biasanya akan berlaku secara berulang kali dan
berterusan serta melanggar hak asasi orang lain.Tindakan disiplin dan hukuman yang
dikenakan kepada kanak-kanak ini biasanya tidak memberikan sebarang kesan kepada
mereka. Antara tingkah laku yang tergolong dalam kategori gangguan tingkah laku dalam
kalangan murid-murid adalah mengambil barang rakan tanpa meminta izin dan sukar untuk
berkongsi Ketika berada di sekolah.

Rajah 1

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan


untukmemodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah
ditetapkandengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem
pengurusan tingkah laku kawal kelas,pembelajaran yang sihat dan produktif.
Membimbing tingkah laku positif danmenghentikan tingkah laku negative dan bebas
gangguan.

Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti
tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah
persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan.
Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidak
mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah.
Seterusnya keadaan fizikal sekolah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid
menunjukkan tingkah laku yang negatif. Penderaan Kanak-Kanak iaitu penderaan fizikal,
mental dan emosi sering menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini
berlaku apabila ibubapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di
sampingpenjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk
ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya
penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan
emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain.
Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk bertindak
negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya
bersikap mahu melepaskandendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah
daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang dilakukan oleh
orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain di sekelilingnya.Namun begitu,
kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap
orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah
menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua
kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan
apabila emosi mereka didera. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku
menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat menetukan masa depan
pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang menunjukkan sikappenolakan, pengasingan, sikap
tidak peduli dan kerap mengkritik dikira sebagaimempunyai tahap meluahkan emosi
yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan
tahap meluahkan emosi yang tinggi, makapesakit ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-
ubatan telah diberi dengan cukup.
Rajah 1 menunjukkan satu situasi dimana dua orang kanak-kanak sedang berebut alat
permainan. Tindakan penyelesaian yang akan saya ambil dalam menangani situasi ini adalah
dengan menekankan kemahiran social kepada kanak – kanak. Menurut Wan Kit Yee dan
Sharifah Syed Akbar (2017), menerusi kajian mereka menyatakan bahawa terdapat
sebilangan besar kanak-kanak prasekolah mengalami masalah berkongsi bahan terutama
ketika aktiviti berkumpulan. Mereka sering berebut sehingga mengganggu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Brogle et al. (2013), kemahiran berkongsi tidak
dilahirkan secara semula jadi, tetapi kemahiran tersebut perlulah dipelajari. Oleh itu,
salah satu cara dalam meningkatkan kemahiran berkongsi dalam kalangan kanak-kanak
adalah melalui aktiviti bermain, misalnya main peranan. Berkongsi juga merupakan salah
satu aspek kemahiran sosial, oleh itu dalam aktiviti main peranan kanak-kanak akan
mempelajari cara untuk berkongsi.
Melalui aspek kemahiran sosial yang dipelajari semasa main peranan sudah pasti
kanak – kanak akan bertolak-ansur, bermain sama-sama dengan kawan, dan tidak ada
pergaduhan yang berlaku. Oleh itu, sebagai guru adalah sangat penting dalam memainkan
peranan memastikan kanak – kanak faham akan kesalahan yang mereka lakukan dan daripada
memaksa kanak – kanak tersebut untuk berkongsi ketika mereka tidak mahu, lebih baik
mewujudkan sikap dan persekitaran yang mendorong kanak – kanak tersebut untuk berkongsi
dengan orang lain. Ada kekuatan yang dimiliki walaupun jika hanya mainan. Bagi seorang
kanak-kanak, mereka adalah koleksi berharga yang telah bertahun-tahun disatukan. Hormati
sifat normal anak-anak sambil memberi dorongan dan belajar dari mereka akan belajar dari
sifat guru itu sendiri.
Selain itu, Guru hendaklah membiasakan diri memberikan peneguhan seperti kata-
kata pujian, kata-kata peransang, bintang atau hadiah bagi memperkukuh pencapaian ataupun
tingkah laku yang diingini. Sesuatu peneguhan positif hendaklah dilakukan dengan tekal dan
konsisten bagi menjamin berulangnya tingkah laku yang diingini itu. Namun pemberian
hadiah dan bintang perlulah dikurangkan dan dihapuskan apabila tingkah laku yang diingini
itu telah berjaya dikuasai oleh murid tersebut secara konsisten. Manakala bagi tingkah laku
yang tidak diingini pula, ia boleh dihapuskan atau dikurangkan melalui proses penghapusan.
Sebagai contoh murid yang sukar mengawal emosi dan tamak tidak ingin berkongsi guru
boleh menerapkan nilai dan memberi penjelasan mengapa harus berkongsi dan saling
menghormati antara satu dengan yang lain Ketika bermain Bersama rakan mereka.
BAHAGIAN II
PENGLIBATAN KELAS ATAS TALIAN

KESIMPULAN
Menangani masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak
berkeperluan khas bukanlah suatu tindakan yang mudah. Guru dan ibu bapa perlu
memikirkan strategi pencegahan ataupun strategi mengurangkan sesuatu tingkah laku yang
tidak diingini dalam diri kanak-kanak tersebut. Kegagalan menangani masalah tingkah laku
negatif ini sering kali membuatkan ibu bapa dan guru mengeluh dan berasa kecewa.

RUJUKAN
1. Abdul, M. A., Ismail, H., Mohamad, I., & Osman, Z. (2019). Perkembangan emosi
kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8,
17-23.https://doi.org/10.37134/jpak.vol8.3.2019
2. Ain Mohd Fadzil. (2016). Main peranan dalam meningkatkan kemahiran sosial
kanak-kanak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3. Bandura, A. (1977). Psychotheraphy based upon modelling principles.” in allen e.
bergin and sol l. garfield, eds., handbook of psychotheraphy and behavior change.
Wiley.
4. Baroroh, N. (2015). Keterampilan sosial anak usia dini dan strategi
pengembangannya. Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 2.
5. Brogle, B., Jiron, A., dan Giacomini, J. (2013). How to help your child learn to share.
Eturk, E. (2015). Role play as a teaching strategy. National Tertiary Learning and
Teaching Conference 2014. Tauranga.
https://www.researchgate.net/publication/284166003_Role_Play_as_a_Teaching_Stra
tegy
6. Farehan Isa. (2019). Penggunaan aktiviti sosiodrama mempengaruhi kemahiran
interaksi sosial kanak-kanak di tadika. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
7. Froebel, F. (1967). L: A Selection From His Writings (Cambridge Texts and Studies
in The History of Education). Cambridge University Press.
https://www.Abebooks.Co.Uk/Servlet/Bookdetailspl?Bi=22487799810&Searchurl.
8. Ginsburg, K. (2007). The importance of play in promoting healthy child development
and maintaining strong parents-child bonds. American Academy of Pediatrics Report.
9. Hasnida. (2015). Analisis kebutuhan anak usia dini. Luxima
10. Jaslinah Makantal. (2014). Perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak melalui
bermain. Jurnal Penyelidikan Kent, 82–101.
11. Li, J., Hestenes, L. L., & Wang, Y. C. (2016). Links between preschool children’s
social skills and observed pretend play in outdoor childcare environments. Early
Childhood Education Journal, 44(1), 61–68. https://doi.org/10.1007/s10643-014-
0673-2
12. Loy, C. L. (2017). Boneka sebagai alat pedagogi dalam perkembangan sosial dan
emosi kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan,
6(1), 45–56.
13. Luluk Khurotul Aini & Mochamad Nursalim. (2012). Penerapan bimbingan
kelompok dengan teknik sosiodrama untuk meningkatkan kemampuan interaksi
sosial. Jurnal Psikologi Pendidikan dan Bimbingan, 13(1).
14. Mohd Razak Mohd Nordin & Masitah Ahmad. (2016). Penggunaan teknik permainan
bahasa dan main peranan dalam kalangan murid orang asli: Satu tinjauan. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi, 11, 79–97.
15. Mormah Che Din. (2012). Kemahiran sosial. Kementerian Kesihatan Malaysia.
http://www.myhealth.gov.my/kemahiran-sosial/
16. Siti Hodijah, Suprih Widodo, & N. A. (2016). Upaya meningkatkan keterampilan
berbicara anak melalui metode bermain peran. 10(N), 43–55.
17. Smidt, S. (2010). Playing to learn: The role of play in early years. Routledge
18. Suppiah Nachiappan, Edward Munovah, R. M., Abdullah, N., & Suffian, S. (2017).
Perkembangan kognisi dalam kanak-kanak prasekolah melalui teknik bermain. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6(1), 34–44.
19. Veny Iswantiningtyas. (2017). Penerapan metode bermain peran untuk meningkatkan
keterampilan sosial anak. 2008, 2008–2010.
20. Wan Kit Yee & Sharifah Hanim Syed Akbar. (2017). Think-Group-Share
meningkatkan kemahiran berkongsi dalam kalangan murid prasekolah. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6, 48 - 66.

Anda mungkin juga menyukai