Anda di halaman 1dari 14

TUGASAN SEMESTER SEPTEMBER 2018

KOD SUBJEK : ECE213

TAJUK SUBJEK : SOCIOEMOTIONAL DEVELOPMENT OF


CHILDREN

PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA

NAMA PELAJAR : ARBAIAH BT DAKLAN

NOMBOR MATRIK : A30101150066

PROGRAM : TEACHING ISLAMIC STUDIES IN PRIMARY


SCHOOL

FASILITATOR AKADEMIK : DAYANG MAYANG AWANG ABAS

PUSAT PEMBELAJARAN : PHM KENINGAU

1
BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1 BAHAGIAN A
Pendahuluan
2 BAHAGIAN B

3 BAHAGIAN C

BAHAGIAN A

2
1.0 PENGENALAN

Masalah tingkah laku ditakrifkan sebagai tindak balas fizikal, mental atau emosi
terhadap peristiwa atau rangsangan yang menyebabkan anggota badan atau mental
mengalami ketegangan dan terdorong melakukan masalah tingkah laku (Erin, Rodriguez,
Cappella, Morris & McClowry, 2012).

Sesuatu tingkah laku itu dikatakan bermasalah apabila kelakuan negatif tersebut
dilakukan secara berterusan dan mengakibatkan kemerosotan dalam pelbagai fungsi serta
memerlukan campur tangan golongan dewasa (American Psychiatric Association (APA),
2010). Terminologi ini terus berkembang dengan kemunculan istilah masalah penyesuaian
tingkah laku kanak-kanak oleh Yoleri (2014). Antara lain, istilah ini merujuk kepada kanak-
kanak sama ada dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dalam rutin atau persekitaran
baharu dengan mudah atau menentang peralihan (Yoleri, 2014). Antara bentuk masalah
tingkah laku yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak berdasarkan kajian-kajian lalu
ialah hiperaktif, daya tumpuan singkat, buli, mengganggu orang lain, ketidakpatuhan,
bercakap bohong, dan permusuhan-agresif (Jewsuwan, Luster, & Kostelnik, 1993;
Klein, 1982; 1991). Kajian-kajian selepas tahun 2010 juga masih menemukan masalah
penyesuaian tingkah laku luaran yang sama (Lycett; Sciberras; Mensah & Hiscock, 2014;
Moser, Emily, Patrick & Schmidt, 2014; Dougherty, Bufferd, Carlson, Dyson, Olino,
Durbin, & Klein, 2011). Hal ini membuktikan masalah penyesuaian tingkahlaku kanak-
kanak tidak pernah berakhir.

Kajian untuk memahami dan mendalami isu ini perlu dilakukan dari semasa ke
semasa kerana kanak-kanak merupakan aset penting negara seperti kata Sayidina Ali untuk
melihat masa depan sesebuah negara lihatlah pada generasi mudanya. Masalah
penyesuaian tingkah laku luaran kanak-kanak lelaki atau perempuan dapat dikesan seawal
usia dua tahun (Shaw, Hyde & Brennan, 2012; Broidy et al., 2003). Justeru, langkah awal
perlu dilakukan oleh ibu bapa dan guru untuk membantu kanak-kanak membuat
penyesuaian tingkah laku agar mereka dapat berkembang secara normal. Kajian
berkaitan masalah penyesuaian tingkah laku masih kurang dilakukan di Malaysia khususnya
di peringkat kanak-kanak. ini cuba mengenal pasti tahap masalah penyesuaian tingkah laku
kanak-kanak di peringkat tadika. Pengabaian aspek pembentukan tingkahlaku meletakkan
kanak-kanak dalam situasi berisiko. Kajian-kajian terdahulu membuktikan masalah

3
penyesuaian tingkah laku kanak-kanak jika tidak diatasi akan menyebabkan masalah
yang lebih serius seperti, terjebak dalam masalah keciciran sekolah, delinkuen, keganasan,
seks bebas, penagihan dadah, jenayah, kesihatan mental dan kesukaran mendapat pekerjaan
(Bornstein & Bradley, 2010; Duncan, Dowsett & Claessens, 2007; Liu & Wang; 2007;
Hinshaw, 1987).

2.0 MASALAH TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Berdasarkan melalui tontonan video yang pertama, ianya adalah berkaitan perasaan marah
kanak-kanak. Perasaan ini boleh timbul disebabkan rasa tidak puas hati apabila dihalang
untuk melakukan sesuatu yang diingininya.

Transisi dari rumah ke tadika menimbulkan perubahan kepada emosi kanak-kanak.


Perubahan emosi ini kadangkala menghasilkan perubahan sosio emosi, menimbulkan rasa
ketegangan dan ketidaktentuan fizikal dan mental kanak-kanak (Fanti & Henrich, 2010)
akibat persekitaran yang serba baru seperti bangunan, bilik darjah, guru dan rakan-
rakan (Margetts, 2005). Untuk membolehkan kanak-kanak berfungsi secara normal dan
bebas, mereka perlu membina hubungan dan membuat penyesuaian tingkah laku dengan
guru, pembantu guru dan rakan-rakan lain serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan
(Fanti & Henrich 2010; Margetts, 2005).

Pelbagai reaksi tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak seperti kebimbangan,
pengunduran diri, menggigit kuku, menghisap ibu jari, gagap dan terbuang air kecil atau
besar di dalam kelas adalah isyarat awal bahawa mereka sedang mengalami kesukaran
dalam penyesuaian tingkah laku dalam situasi baharu (Lycett et al., 2014; Margetts, 2005).
Menurut Dreikurs (1964)(pengarang buku Children the Challenge) setiap tingkah laku
kanak-kanak di dorong oleh keperluan serta harapan mereka untuk rasa dimiliki dan
banyak kelakuan terarah untuk mencari tempat dalam dunia sosial. Beliau telah
memperincikan empat tujuan kanak-kanak melakukan masalah tingkah laku iaitu untuk
mendapatkan perhatian, memperoleh kuasa, menyakiti orang lain atau membalas dendam
dan memaparkan ketidakcukupan. Justeru, guru perlu bijak mengenal pasti maksud
tersirat di sebalik setiap masalah tingkah laku kanak-kanak dan memberikan respons yang
sesuai.

Video yang kedua memaparkan tentang kanak-kanak yang

4
BAHAGIAN B

‘Resiliensi’ berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘resiliency’. Resiliensi adalah


kemampuan individu untuk dapat beradaptasi dengan baik meskipun dihadapkan dengan
keadaan yang sulit. Kanak-kanak yang resilien menggunakan sumber dari dalam dirinya
sendiri untuk mengatasi masalah, konflik atau tekanan yang dihadapi supaya tidak
menjejaskan kehidupan mereka. Dengan resiliensi, kanak-kanak dapat mengatasi trauma,
namun jika disebaliknya trauma (kesusahan) akan menguasai mereka.

Groteberg (1999) telah mencadangkan bahawa untuk mengatasi kesusahan atau


masalah yang dihadapi, kanak-kanak merujuk kepada TIGA sumber untuk memperkukuhkan
resiliensi atau ketahanan diri – Saya mempunyai, Saya adalah dan Saya boleh.

KEPERLUAN ASAS

Beberapa struktur asas penting telah dikenal pasti bagi melahirkan pelajar yang resilien.

Antaranya adalah;

Persekitaran yang Baik

Persekitaran sekolah khususnya bilik darjah merupakan faktor penting yang memberi kesan

terhadap keupayaan pelajar untuk belajar. Persekitaran bilik darjah mempengaruhi emosi

pelajar ketika proses pembelajaran dijalankan. Sebagai contoh, persekitaran bilik darjah yang

bersih, cantik dan selesa mampu menghasilkan emosi yang stabil seterusnya menarik
perhatian pelajar untuk belajar di dalam kelas. Oleh itu, usaha untuk menyediakan bilik
darjah dan persekitaran sekolah yang lebih luas, selesa dan aman harus dititikberatkan. Secara
tidak langsung pelajar akan menjadikan ‘bilik darjah’ sebagai rumah kedua mereka.

Kewangan yang Mencukupi

5
Sebagai pendidik, kita perlu membantu pelajar memahami nilai wang dan bagaimana wang

boleh membawa perubahan kepada kualiti kehidupan mereka. Pengurusan kewangan adalah

kemahiran yang sering tidak diajar kepada pelajar. Kefahaman dan kemampuan mengurus

belanjawan dapat membantu pelajar menghadapi tekanan kewangan dengan lebih baik dan

meningkatkan resiliensi mereka.

Jaminan Keselamatan

Sebagai tutor, salah satu peranan anda adalah untuk membuat pelajar anda berasa selamat dan

mengajar mereka cara menguruskan cabaran yang terdapat di sekolah dan dunia sekeliling
yang luas. Galakkan mereka mengenal pasti tempat mereka berasa selamat dan tidak selamat
dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya supaya pelajar menjadi lebih

resilien.

Akses dan Pengangkutan

Perjalanan pergi dan balik dari sekolah boleh menjadi pengalaman yang baik atau buruk
kepada pelajar dan mampu mempengaruhi proses pembelajaran mereka di dalam bilik darjah.
Sebagai tutor, bantu pelajar merancang perjalanan dan strategi yang boleh diambil untuk
memastikan perjalanan mereka tidak menjadi pengalaman yang buruk.

Diet yang Sihat

Makanan adalah sangat penting kepada kesejahteraan pelajar. Ia boleh mempengaruhi emosi,

antibodi, tingkah laku serta keupayaan mereka untuk belajar. Galakkan pelajar meneliti serta

menyelidik tabiat pemakanan mereka bagi mengubah persepsi serta kepercayaan mereka

terhadap makanan seterusnya meningkatkan resiliensi dan kesejahteraan tubuh mereka.

6
Senaman dan Udara Segar

Pelajar pada masa ini lebih gemar mengisi masa lapang dengan aktiviti dalaman yang kurang

aktif seperti bermain permainan komputer dan menonton televisyen. Senaman secara berkala

dan meluangkan masa untuk menikmati udara segara di luar mampu melegakan perasaan dan

membantu mereka melupakan tekanan di sekolah.

Tidur yang Mencukupi

Pelajar sering tidak mendapat tidur dan rehat yang mencukupi. Galakkan pelajar untuk
berfikir tentang kepentingan tidur dan rehat bagi membantu mereka menyedari pengaruhnya
terhadap keupayaan mereka untuk belajar dan menangani tekanan.

Bermain dan Masa Lapang

Aktiviti santai dan permainan adalah sebahagian penting proses pembesaran. Akses kepada

kawasan terbuka, permainan dan peluang bercuti pada waktu lapang dapat membantu

meningkatkan kesejahteraan pelajar melalui perkembangan emosi yang positif. Aktiviti


riadah digalakkan dalam kalangan pelajar sebagai satu cara mengurus stres di sekolah. Ia
membantu perkembangan mereka dari aspek sosial, fizikal, intelek, budaya dan emosi.

Bebas daripada Prejudis dan Diskriminasi

Galakkan pelajar berbincang tentang prejudis dan diskriminasi dan kesan-kesannya kepada

seseorang yang dibuli. Selain itu, galakkan juga mereka untuk mengkaji bagaimana mereka

boleh menghadapi dan menangani prejudis dan diskriminasi sekiranya mereka


menghadapinya.

7
BAHAGIAN C

1.LATARBELAKANG KANAK-KANAK

Nama : Dirahsiakan (Z)

Umur: 5 Tahun

Sekolah: Pra Sekolah SK. Pekan Nabawan

Jantina : Perempuan

Bangsa : Dusun

Pekerjaan Ibubapa/Penjaga

Bapa : Guru

Ibu : Surirumah

Adik beradik: 4 orang , anak ke 2

2. Kelakuan dan aktiviti kanak-kanak yang diperhati(dipantau)

Saya mengambil tugasan ini sebagai pembantu guru pra sekolah untuk menjalankan
pemerhatiaan kanak-kanak bernama Z (bukan nama sebenar) yang berusia 5 tahun. Dia
berada di kelas Pra Alpha di Pra Sekolah SK. Pekan Nabawan. Saya memantau dia bermula
dari jam 7.30 hingga 8.00 pagi pada hari Isnin (3 September 2018),Selasa (4 September

8
2018) dan Khamis (6 September 2018). Dalam kawasan bilik darjah dibahagikan ruang untuk
belajar dan ruang yang dibahagikan kepada kawasan permainan untuk menjelajah,
memanipulasi,menyelongkar dan bermain dengan, berkongsi, dan kawasan minat untuk
tujuan yang berbeza seperti pembelajaran mengikut usia yang sesuai. Satu bahagian bilik
disediakan untuk bermain dengan rumah anak patung, perabot bersaiz kanak-kanak seperti
kerusi, sofa, dan kerusi blok yang diatur di permaidani kawasan dengan warna-warna cerah. 

Masa Pemerhatian

8.00 pagi Z baru sahaja selesai makan. Dia membasuh tangan lalu mengelapkan tangannya
pada sapu tangan. Dia memberitahu saya, ‘akak, adik sudah kenyang. Akak, cikgu ada bagi
kerja . Boleh kakak ajar?’. Lalu saya menjawab, pergi ambik buku adik, adik buat, mana-
mana yang tak faham, Tanya akak ye’. Z menjawab, ‘okey kak’. Lalu dia pun pergi
mengambil bukunya.

8.05 pagi Z mula menulis. Dia sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh. Tapi, dia suka
suruh saya tengok dia buat kerja. Setiap apa yang ditulis, dia mesti tanya saya betul atau
tidak. Saya cakap betul. Dia sangat gembira.

8.10 pagi, Saya sudah dapat mengagak yang dia sudah semakin bosan. Tapi saya buat-buat
tidak tahu. Z tengok saya, saya cakap, cantik la tulisan adik. Dia tersenyum dan berkata,
‘sudah jadi buruk, saya penat la kak’. Saya pun cakap, ala.. sikit saja lagi, mo siap sudah tu,
nanti kena marah dengan cikgu’. Dia cakap, ‘baiklah kak, saya siapkan’.

8.15 pagi, dia masih meneruskan kerjanya. Saya tanya,’banyak lagi kerja?’, lalu dia
menjawab ‘tidaklah,tinggal sikit lagi’. Terdapat kawan-kawannya yang lain mula menganggu
antara satu sama lain

8.20 pagi kerjanya telah pun siap, lalu dia menyuruh saya lihat bukunya, betul tak saya
buat?, saya menjawab, betul dik, sangat cantik. Z pun tersenyum. Saya tahu dia bangga
apabila dipuji. Lalu dia menghantar kertas yang sudah siap dijawapnya di meja guru. Ada
dikalangan mereka yang berebut untuk menghantar kertas dahulu,dan ada yang masih cuba
menyiapkan kerja dan ada yang buat sambil lewa.

Berdasarkan pemerhatian saya, Z gemar berinteraksi serta bersosialisasi dengan


rakan sebaya dan orang sekeliling. Setiap kali bertemu dengan rakan yang baru, dia kelihatan

9
malu-malu dan tidak aktif bermain bersama. Tetapi setelah lima minit berlalu, dia boleh
berkawan baik. Selain itu, jika mereka menggunakan barang-barang permainan
kepunyaannya untuk dikongsi bersama, dia kelihatan gelisah dan seolah-olah tidak mahu
berkongsi. Tetapi, setelah dipujuk,dia dengan rela berkongsi bahan mainan. Semasa bermain
pula, jika diberi peluang untuk mencuba dan dipuji atas sesuatu kejayaan, dia kelihatan begitu
gembira dan mahu mencuba lagi. Oleh sebab itu, keyakinan dirinya turut meningkat.
Kesimpulannya, proses sosiolisasi amat penting supaya mereka dapat bergaul dalam
masyarakat. Proses ini juga amat besar pengaruhnya dalam membentuk imej seseorang
individu.

Melalui pemerhatian saya juga, Z dapat mengawal emosinya dengan baik kerana pada
hari ketiga ketika saya membuat pemerhatian, pada ketika itu,dia sedang bermain bola dan
berganti-ganti dengan kawannya,tetapi tiba-tiba datang murid lelaki mengganggunya dan
merampas bola itu dari tangannya dengan agak kasar. Saya lihat Z agak marah dengan
kelakuan murid lelaki itu melalui reaksi mukanya dan ingin merebutnya kembali,tetapi
disebabkan murid lelaki itu,sudah lari agak jauh, Z membiarkannya dan mencari mainan lain
yang boleh dimain bersama dengan kawannya. Selain itu juga, juga boleh dikategorikan
sebagai kanak-kanak yang senang kerana dia mudah menerima dan mencuba sesuatu yang
baru dengan positif. Dia juga senang menyesuaikan diri pada tempat atau orang yang baru
sahaja dikenali. Dia juga tekun dalam melakukan aktiviti terutamanya kerja sekolah. Dia
seorang yang periang dengan sentiasa menunjukkan emosi gembira dengan senyuman dan
penglibatan positif dalam sebarang aktiviti yang disertai. Z juga mempunyai sifat empati
kerana jika melihat kawan-kawannya sedih, dia juga turut bersimpati. Dia mulai sedar akan
perasaan dan emosi orang-orang di sekitarnya.

Melalui pemerhatian seterusnya, Z seorang yang bersifat suka bertanya. Setiap apa
yang dilihatnya, pasti dia menginginkan jawapan dan sebab mengapa sesuatu kejadian
berlaku. Selain itu, dia cepat belajar sebagai contoh jika kita mengajar matematik iaitu
tambah dan tolak, dia dapat menguasainya dalam jangka masa yang pendek. Sebagai guru,
kita hendaklah mengajar mereka dengan cara mengulang dan melakukan peneguhan positif
terhadap tingkah laku yang positif. Oleh itu, perkembangan tingkah laku akan bersifat kekal.
Dia juga seorang yang proaktif. Jika guru mengadakan sesuatu aktiviti, dia gemar
mengikutinya dan mudah mengikut arahan. Manakala, jika dia tidak berminat dengan sesuatu
aktiviti, dia mudah untuk dipujuk. Akhir sekali, dia tidak terlalu bergantung pada orang lain.
Dia amat gemar berdikari dan mendapatkan ramai rakan. Oleh itu, pelbagai aktiviti dapat

10
disertainya dan dia juga dapat menarik rakan-rakan untuk bermain bersamanya. Z juga
mempunyai tahap moraliti prakonvensional yang tinggi. Dia amat bergantung pada tekananan
luar kerana dia akan mematuhi peraturan demi mengelakkan dendaan atau untuk
mendapatkan ganjaran dan kepentingan dirinya yang dikenali sebagai orentasi dendaan dan
taat dan headonisme instrumental atau orentasi egoistik. Tingkah laku prososial yang ada
pada Z pula ialah dia mula menunjukkan pengurangan dalam sifat egosentriknya. Sebagai
contoh, dia akan memberikan mainannya kepada kanak-kanak lain jika mereka menangis.

Melalui pemerhatian yang telah dilaksanakan, perkembangan bahasa Z sedang


berkembang dengan baik. Z dapat berkomunikasi menggunakan bahasa yang betul. Bagi
penggunaan bahasa kedua pula iaitu bahasa Inggeris, Z masih belum dapat menguasai
sepenuhnya kerana ada beberapa perkataan tidak dapat disebut dengan betul dan jelas. Selain
itu, dia memperoleh bahasa daripada komunikasi dengan keluarga dan juga di sekolah.
Setelah diselidik, hobi kakaknya menyanyi lagu berbahasa Inggeris telah menanamkan
minatnya untuk menyanyi dalam bahasa berkenaan. Oleh itu, benarlah bahawa pembelajaran
bahasa kedua akan lebih berkesan sekiranya kanak-kanak diberi pendedahan awal. Z juga
telah mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata. Dia juga sudah berkebolehan untuk
membezakan antara maksud perkataan melalui penekanan khas yang diberi apabila perkataan
itu berbeza dari segi kata nama kepada kata kerja sebagai contoh ‘jalan’ dan ‘berjalan’. Dia
juga sudah dapat menghafal lagu-lagu yang digemarinya. Sebutannya juga bertambah baik
dari semasa ke semasa.

Pada pemerhatian saya, perkembangan intelek Z bersifat simbolik. Dia dapat berfikir
dan berkomunikasi dengan menggunakan perkataan atau simbol yang mewakili objek dan
peristiwa di sekeliling mereka. Dengan kebolehannya menggunakan bahasa, dia mempunyai
fleksibiliti mental untuk berfikir. Keupayaannya dalam membayangkan sesuatu dengan
menggunakan perkataan bagi membolehkan kanak-kanak mengatasi batasan masa dan ruang
dalam permainan mereka. Sebagai contoh, Z menggunakan telefon mainan untuk menelefon
ibunya semasa di tadika. Pada peringkat ini juga, Z bersifat egosentrik serta pemikirannya
bergantung kepada persepsi logik, misalnya ketika berjalan, dia memberitahu bahawa bulan
mengekorinya. Dia juga percaya bahawa persepsi atau fikiran orang lain adalah sama
dengannya. Mengikut Howard Gardner, setiap individu mempunyai kecerdasan sendiri.

11
Kecerdasan yang ada pada seseorang individu merupakan kecenderungan kepada sesuatu
bidang, manakala mereka mungkin lemah dalam bidang yang lain.

Z boleh melakukan aktiviti menulis. Tetapi, daya tumpuannya tidak terlalu lama.
dalam masa 20 minit, dia mampu memberi komitmen terhadap kerjanya. Dia juga suka diberi
perhatian dan suka bertanya. Tulisannya juga cantik berbanding dengan kawan yang
seusianya Dari segi perkembangan fizikal seperti perkembangan motor halus, saya yakin
perkembangannya berlaku dengan baik. 
Kesimpulannya, dapat memperkenalkan dirinya kepada orang bahawa dia adalah seorang
perempuan. Dia juga dapat menceritakan struktur keluarga dan anggota keluarga. Apabila
ditanya tentang bangsa pula, Z mengetahui bahawa dia berbangsa Dusun. Z menunjukkan
perhatian dan tumpuan yang tinggi semasa melakukan aktiviti melukis dan bermain puzzle.
Apabila diusik oleh kawannya, Z menunjukkan rasa tidak suka melalui riaksi wajahnya tetapi
tidak bergaduh ataupun marah terhadap mereka. Melalui pemerhatian dan kajian yang telah
dilakukan terhadap kanak-kanak ini, perkembangan sosialnya berlaku dengan baik mengikut
peringkat umur. Kanak-kanak ini juga tidak menghadapi sebarang masalah sosialisasi dan
perkembangannya adalah normal.

Z mempunyai tingkahlaku emosi yang tenang dan stabil. Z juga mempunyai


hubungan yang baik terutama dengan penjaga dan keluarga terdekat. Dia juga mudah mesra
dengan orang sekeliling. Dia seorang yang sangat periang dan selalu menunjukkan wajah
yang ceria dan sentiasa senyum. Dia mempunyai keyakinan yang tinggi dalam pelbagai
perkara walaupun dia takut pada kegelapan. Pengaruh adik-beradik dan juga media massa
menyebabkan dia berfikiran negatif terhadap kegelapan. Oleh itu, sebagai seorang guru dan
juga orang yang terdekat dengan kanak-kanak, kita hendaklah menyediakan persekitaran
yang baik serta menanamkan pemikiran positif kepada kanak-kanak. Hal ini disebabkan,
kanak-kanak amat mudah terpengaruh dengan persekitaran. Melalui kajian kes yang telah
dilakukan menerusi aspek perkembangan emosi kanak-kanak ini, saya merumuskan bahawa
perkembangan emosi kanak-kanak ini berada pada tahap yang normal dan memerlukan
bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang dewasa.

Melalui pemerhatian dan kajian yang telah dilakukan kepada kanak-kanak ini, saya
mendapati bahawa perkembangan bahasa dan komunikasi berlaku dengan pesat. Z amat

12
gemar bertanya mengenai sesuatu perkara, kejadian serta perkataan-perkataan yang baru
diperolehi. Selain itu, penglibatan dalam komunikasi bersama rakan-rakan dalam kelompok
yang besar serta pandai mengambil giliran dalam perbualan juga dikira sebagai kebolehan
berkomunikasi yang baik. Perkataan ataupun ayat yang digunakan Z juga lebih kompleks dan
mencapai maksud. Oleh itu, dia dapat berkomunikasi dengan berkesan dan perkembangan
bahasa dan komunikasinya berkembang dengan baik. Melalui kajian ini, dapat saya
simpulkan bahawa, perkembangan bahasa dan komunikasi Z berkembang pesat seiring
dengan peringkat umurnya. Tiada sebarang masalah yang berlaku dalam pertuturan dan
bahasa. Oleh itu, kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak yang normal dalam
perkembangan bahasa dan komunikasi.

Melalui teori pelbagai kecerdasan Gardner, saya dapat mengenal pasti beberapa
kecerdasan yang dapat dilihat melalui kajian ini, antaranya A mempunyai kecerdasan dalam
bahasa. Dia seorang yang amat mahir bertutur dan pandai mengambil hati orang sekeliling.
Selain itu juga, dia mempunyai kecerdasan dalam muzik. Z gemar menyanyi dan dapat
menghafal lirik-lirik lagu yang sering didengari melalui corong-corong radio dan televisyen.
Dia juga amat cepat menghafal lirik lagu yang digemarinya. Akhir sekali, dia amat pintar
dalam pergaulan kerana dia amat disukai oleh kawan-kawannya. Dia juga sering
menampakkan sifat empati terhadap perasaan rakan-rakannya.

Kesimpulannya, melalui kajian dan pemerhatian yang dilakukan, perkembangan kognitif dan
intelek Z berkembang dengan pesat walaupun dia tidak mempunyai kesemua kecerdasan
yang disenaraikan dalam Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner. Kecerdasannya tertumpu pada
kecerdasan bahasa, logik angka, muzikal dan pergaulan berbanding pintar ruang, kinestetik,
diri, alam dan nilai. Dia lebih gemar membaca, melukis dalam aktiviti seharian. Z suka
bergaul dengan rakan-rakannya dan mempunyai kerjasama dalam melakukan aktiviti
berkumpulan. Akhir sekali, perkembangan kognitif dan pemikiran kanak-kanak ini normal
dan mengikut peringkat umur. Perkembangan akan terus berlaku sepanjang hayat kerana
pertambahan input-input baru dalam pemikiran mereka dari semasa ke semasa menerusi
pembelajaran secara langsung mahupun tidak langsung.

13
RUMUSAN

Melalui kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan, saya dapat membuat rumusan
bahawa perkembangan yang berlaku pada kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh
persekitaran. Persekitaran seseorang kanak-kanak membesar akan membentuk personaliti
mereka. Berdasarkan perkembangan kanak-kanak yang dikaji, perkembangan yang berlaku
pada kanak-kanak ini adalah normal dan perkembangan yang berlaku mengikut tahap umur.
Perkembangan ini akan terus berkembang hingga ke akhir hayat.

14

Anda mungkin juga menyukai