Anda di halaman 1dari 6

Bab 3– Medium / Saluran Komunikasi

Sebagaimana komunikasi itu memerlukan penyampai dan penerima, ianya juga perlu
kepada platform iaitu dari saluran mana ia disampaikan kepada penerima.

Medium dalam komunikasi boleh terdiri dari medium media cetak, media elektronik, media
baharu mahupun medium konvensional.

Pemilihan saluran yang tepat mampu memastikan idea atau mesej yang ingin disampaikan
diterima oleh individu mahupun kumpulan sasaran.

Setiap saluran yang dipilih mempunyai kesan yang berbeza ke atas individu/kumpulan
sasaran.

Berikut merupakan medium-medium yang kerap digunakan pada perihal komunikasi:

1. Komunikasi Langsung Secara Bersemuka


Komunikasi langsung merupakan yang paling kerap berlaku dan ianya hampir tidak
melibatkan sebarang kos. Komunikasi langsung meliputi perbualan bersemuka
secara terus (verbal communication) atau komunikasi melalui bahasa isyarat (bahasa
tubuh, ekspressi wajah dan sebagainya) di mana maklum balas boleh diberi dalam
tempoh yang singkat.

Medium ini merupakan yang paling telus jika penilaian terhadap maklum balas
adalah apa yang diharapkan. Ini disebabkan komunikasi langsung melibatkan

1 Kemahiran Komunikasi| FS1010


ekspressi nada suara, wajah dan bahasa tubuh yang dapat dinilai secara terus oleh
pihak penghantar mesej atau penerima.

2. Komunikasi Langsung Melalui Telefon


Komunikasi melalui kaedah ini adalah sangat popular kerana ianya dapat
menjimatkan kos dan masa apabila melibatkan komunikasi jarak jauh. Menjimatkan
kos kerana tidak perlu berkelana jauh untuk bertemu dan menjimatkan masa jika
dibandingkan dengan perajalanan ke sesuatu lokasi atau melalui kiriman surat
mahupun emel.

Pun begitu, terdapat beberapa kelemahan melalui kaedah ini iaitu :

 tiada ekspressi wajah untuk menyokong aktiviti komunikasi;


 kebergantungan ekstrem kepada telefon bimbit sehingga meliputi golongan
awal remaja (pelajar sekolah rendah); dan
 terdedah kepada bahaya radiasi gelombang radio electromagnet;

3. Komunikasi Melalui Media Elektronik

Media elektronik adalah medium komunikasi paling popular di kalangan pengiklan. Secara
amnya terdapat tiga medium komunikasi media elektronik yang terdapat secara melauasnya
di Malaysia:

2 Kemahiran Komunikasi| FS1010


i) Televisyen – Dengan kombinasai muzik, pergerakan dan warna; televisyen (TV)
merupakan medium media elektronik paling menarik minat dan paling banyak
dimilki oleh setiap isi rumah rakyat Malaysia dengan minimum satu unit TV bagi
setiap rumah. Berdasarkan kajian oleh Carat dan Nielson pada 2009, purata
jumlah jam yang diperuntukkan oleh seorang penonton TV adalah sekitar 4 jam
36 minit dan wanita merupakan kumpulan jantina yang lebih banyak meluangkan
masa menonton rancangan TV. Keberkesanan TV sebagai medium komunikasi
sehala dan dua hala telah mendorong syarikat-syarikat pengeluar produk untuk
membelanjakan jutaan ringgit bagi mengiklan produk mereka di TV dan tidak
terkecuali agensi-agensi kerajaan yang menggunakan TV sebagai medium
kempen-kempen khidmat masyarakat seperti kempen anti merokok, kempen
pulihara alam sekitar dan sebagainya. TV dipilih sebagai medium kerana liputan
yang meluas iaitu hampir 10 juta penonton bagi TV siaran am (tidak berbayar).

ii) Radio – Tahukah anda terdapat lebih 35 saluran radio di Malaysia? RTM selaku
penyedia siaran radio milik kerajaan telah mewakili 29 saluran radio manakala
baki dioperasikan oleh syarikat swasta seperti rangkaian radio Astro dan Media
Prima. Radio Era fm sebagai contoh telah merekodkan jumlah pendengar
seramai 5.2 juta pendengar berdasarkan kajian oleh Nielsen Media pada suku
pertama tahun 2014. Berdasarkan trend kehidupan di kota, purata tiga jam
diluangkan untuk memandu kenderaan (pergi dan balik) untuk ke tempat kerja,
ini menjadikan radio sebagai medium komunikasi umum paling berkesan untuk
warga kota pada awal pagi dan lewat petang. Slot berita semasa dan trafik
melalui radio merupakan medium komunikasi berkesan untuk warga kota.
Sebagaimana pendengar boleh menghubungi konti untuk berkomunikasi dengan
juruhebah bertugas, ianya menjadikan radio sebagai medium komunikasi
interaktif bergerak yang efektif.

3 Kemahiran Komunikasi| FS1010


iii) E-mel – Medium ini popular di kalangan individu bekerja dan pelajar di peringkat
siswazah. Komunikasi di dalam sesebuah organisasi banyak menggunakan e-mel
terutama dalam menyampaikan makluman/arahan dari pihak pengurusan
kepada kakitangan peringkat pelaksana. E-mel boleh diakses di mana-mana jua di
seluruh dunia asalkan mempunyai bekalan talian internet atau jalur lebar. Ciri ini
menjadikan ia popular dan mudah didapati atas pelbagai pengelola samada
google, yahoo atau sebagainya. Bercirikan pantas dan murah, internet telah
menjadikan medium komunikasi secara surat menyurat semakin kurang
mendapat perhatian dan ini dibuktikan dengan aplikasi e-card yang mengambil
alih hampir secara keseluruhan tugas kad hari raya yang biasa digunakan dahulu.

4. Komunikasi Melalui Media Cetak / Kertas

Walaupun telah digunakan sebagai medium penyampai maklumat lebih dari 1 abad,
kertas tetap kekal relevan sebagai alat komunikasi sehingga kini. Fungsinya ketara
untuk dua medium di bawah:

Akhbar – Akhbar merupakan medium komunikasi satu hala yang masih diterima
secara meluasnya di dunia. Walaupun berita elektronik (e-news) telah diperkenalkan
pada awal tahun 2000, akhbar masih menjadi pilihan bagi kebanyakan pembaca
dewasa dari kalangan umur 25 hingga 60 tahun. Di Malaysia, akhbar saiz tabloid
merupakan yang paling mendapat perhatian dan Harian Metro keluaran Berita
Harian merupakan yang paling tinggi jumlah jualannya iaitu lebih 100,000 naskah
dijual setiap hari. Pun begitu, komunikasi melalui akhbar adalah kurang efektif
berbanding media elektronik kerana kebanyakan pengeluar menyiarkan berita yang
berlaku pada hari sebelumnya dan ia bukanlah bersifat ‘siaran pada waktu/hari
berlaku’ sebagaimana mampu dilakukan oleh TV.

4 Kemahiran Komunikasi| FS1010


Brosur/Pamphlet – Medium ini kerap digunakan untuk komunikasi bertujuan
memperkenalkan produk atau promosi khas. Helaian kertas ini diberikan secara
percuma di pasaraya atau pintu masuk kedai. Bersifat komunikasi satu hala; ianya
agak informatif, murah dan mampu kekal lama namun dari satu aspek, ianya kurang
mesra alam kerana penggunaan kertas yang banyak menjurus kepada penebangan
pokok secara meluas. Brosur juga kadangkala diposkan kepada pelanggan apabila
terdapat promosi bermusim.

Surat – Ianya merupakan kaedah komunikasi jarak jauh paling tua dalam sejarah
komunikasi. Pada suatu ketika, burung merpati pernah digunakan sebagai alat untuk
menyampaikan surat dan filem Harry Potter telah memperlihatkan burung hantu
(owl) menjalankan tugas tersebut. Selain kertas, kain, kayu dan batu juga pernah
digunakan sebagai bahan untuk ditulis. Kelemahan menggunakan kaedah ini adalah
ianya mengambil masa antara satu hari atau lebih sebelum maklum balas diterima
oleh pengirim. Dengan adanya kemudahan seperti e-mel dan media sosial, kaedah
menulis surat bukanlah lagi medium yang popular namun ianya masih digunakan
secara meluas di dalam sektor perkhidmatan seperti kiriman bil telefon serta surat
dari jabatan kerajaan kepada rakyat.

5. Komunikasi Melalui Media Baharu

Media baharu merujuk kepada media sosial dan media interaktif yang diperkenalkan
pada mulai awal tahun 2000. Media baharu adalah kombinasi melibatkan komputer,
sistem digital dan jalur lebas di mana video dan audio terlibat secara langsung.
Antara media sosial yang popular adalah:

 facebook – Berdasarkan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 13 Oktober


2013, Malaysia berada di tangga ke-18 dari jumlah pengunjung Facebook
paling ramai di sesebuah negara. Dari sejumlah 13 juta rakyat Malaysia, 70%
memiliki akaun Facebook iaitu hampir 10 juta rakyat Malaysia menggunakan
facebook. Laman sosial percuma ini menduduki tempat pertama dari
sejumlah laman sosial yang ada di seluruh dunia. facebook membolehkan
penggunanya berkongsi kenyataan, foto dan video bersama maksimum 5,000
rakan di satu-satu laman. Selain individu, terdapat syarikat korporat dan
entiti perniagaan yang turut mempunyai akaun facebook bagi
memperkenalkan produk dan mengekalkan komunikasi dengan pelanggan
mereka. Dari aspek komunikasi, pengenalan facebook telah memecahkan
tradisi dan terori-terori baharu mula wujud dalam memahami kesan dari
pengenalan medium ini. Di Malaysia, terdapat kes dimana keretakan
hubungan keluarga dan rumah tangga berlaku akibat perkongsian maklumat
yang tidak sepatutnya di laman ini. Dengan hampir 1 billion pengguna setiap
hari, Facebook merupakan laman yang paling sibuk dan paling kerap
dikemaskini.

5 Kemahiran Komunikasi| FS1010


 Twitter – ‘Tweet’ dan simbol ’#’ (hash tag) merupakan satu perkataan yang
begitu popular di kalangan pengguna twitter. Di Malaysia, selebriti atau
tokoh termasuk ahli politik merupakan mereka yang memiliki akaun twitter
dan mempunyai pengikut (follower) yang ramai antaranya adalah Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Hj Abdul Razak dan Menteri Belia dan
Sukan, YB Khairy Jamaluddin. Komunikasi melalui twitter adalah cepat dan
murah namun jumlah teks yang boleh dimasukkan adalah terhad.

 Whatsapp – Mula mendapat perhatian pada tahun 2009, Whatsapp adalah


saluran sembang media sosial yang membolehkan anda berkomunikasi di
dalam komuniti secara dalam talian sehingga 50 peserta. Ianya percuma
untuk tahun pertama dan kemudiannya pengguna akan dikenakan caj USD1
atau lingkungan RM3.60 untuk tahun-tahun berikutnya. Selain teks,
pengguna boleh menyiarkan foto, video bersaiz kecil dan pesanan suara. Atas
kejayaan Whatsapp memperoleh sehingga 1 billion pengguna menarik minat
Ketua Pegawai Eksekutif Facebook; Mark Zuckerberg dan beliau telah
membeli pegangan saham Whatsapp dengan nilai USD19 billion.

 Skype – Direalisasikan pada Ogos 2003, Skype merupakan medium


komunikasi persidangan video percuma yang dimiliki oleh Microsoft. Melalui
aplikasi ini, pengguna dapat berkomunikasi secara bersemuka (dalam talian)
dengan jangkaan kelewatan (delay) maklumbalas antara 1-3 saat. Ianya kerap
digunakan di organisasi termasuk organisasi akademik ketika menjalankan
proses pembentangan cadangan (proposal defence) melibatkan calon
program Master atau PhD dari luar negara.

6 Kemahiran Komunikasi| FS1010

Anda mungkin juga menyukai