Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Kemahiran Komunikasi Berkesan (10 markah)

Elemen komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam penyampaian


objektif pengajaran di antara guru dan pelajar bagi memastikan seluruh isi pelajaran yang
hendak di ajar dapat disampaikan dan pelajarnya dapat menerima pengajaran dengan jelas
serta boleh membuat interpretasi yang tepat dalam pengajaran tersebut. Penggunaan
komunikasi yang digunakan secara cekap dan tepat dalam segala situasi juga akan dapat
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dan ia akan dapat dilakukan dengan
sempurna dan ini seterusnya akan dapat mempertingkatkan pemahaman para pelajar dalam
setiap pengajaran yang dipelajarinya. Selain itu, kepentingan komunikasi berkesan juga dapat
mendatangkan interaksi dua hala yang seterusnya menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan baik. Interaksi perlu berlaku bagi memindahkan pengetahuan
yang ada kepada para pelajar. Selain memberikan nota, proses pengajaran dan pembelajaran
memerlukan perbincangan di anatara guru dan pelajarnya bagi memastikan kefahaman
pelajar terhadap sesuatu subjek atau pelajaran.

Tambahan, melalui komunikasi, guru bertindak sebagai pencetus utama dalam


menyampaikan sumber serta penyampaian maklumat di dalam bilik darjah. Ini menunjukkan
bahawa proses komunikasi di antara pensyarah dan pelajarnya merupakan salah satu proses
pemindahan maklumat. Selain itu, komunikasi juga merupakan proses bagaimana guru
berkongsi pengalaman dengan muridnya. Oleh yang demikian, komunikasi yang berkesan
memerlukan penyampai menggunakan volum suara yang lebih jelas dan intonasi suara yang
betul agar dapat diterima dan difahami oleh penerima mesej tersebut. Dalam hal ini, guru
perlu memastikan kejelasan suara yang digunakan serta penggunaan intonasi suara yang
betul dan baik akan dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
pensyarah perlu mempnyai kemahiran komunikasi yang baik iaitu mempunyai kejelasan suara
dan pandai menggunakan intonasi suara semasa proses pengajaran.

Sekiranya guru tiadak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik iaitu tidak
menggunakan volum dan intonasi suara maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak
akan dapat dijalankan. Oleh yang demikian, guru perlu mahir dalam berkomunikasi semasa
proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pengajaran dapat dilaksanakan
dengan baik dan lancar. Guru merupakan. Guru juga perlu menguasai kemahiran komunikasi
bukan lisan dalam aspek pengajarannya dan sekaligus dapat meningkatkan kebrkesanan
pengajaran. Penggunaan komunikasi bukan lisan akan dapat meningkatkan pemahaman
pelajar dan menarik minat pelajar. Hal ini kerana, sekirannya guru tidak pandai menggunakan
bahasa badan yang sesuai, pelajar akan berasa bosan dan sekaligus menyebabkan pelajar
kurang minat untuk belajar. Contohnya guru yang hanya berdiri static tanpa menggunakan
tangan atau pergerakkan badan untuk membantu membuat penyampaian semasa
pengajaran akan menyebabkan pelajar tidak berapa menyukai sesi pembelajaran tersebut
melainkan guru bijak menggunakan pergerakkan tangan atau bahasa badan untuk membantu
meyampaikan maklumat. Sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik.
Selain itu, penggunaan tangan dan bahasa badan akan lebih memudahkan pelajar untuk
memahami pengajaran yang dilakukan kerana ia ditunjkkan secara langsung kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai