Anda di halaman 1dari 2

FATIN ALAWIYAH BT AHMAD SAHIMI

Tutorial 4

Terangkan implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap kurikulum. (10m)

Secara umumnya kurikulum tersirat merupakan pengalaman pembelajaran yang


dipelajari secara tidak langsung oleh murid-murid sekolah. Melalui kurikulum ini, pihak sekolah
membekalkan ilmu dan pengalaman pembelajara pada orang ramai. bagi membentuk bangsa
yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Oleh itu, jelaslah bahawa
kurikulum tersirat merupakan salah satu cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui
proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan organisasi sekolah.

Kurikulum di sekolah menggalakkan kepatuhan kapada autoriti, seperti mematuhi


peraturan sekolah, menepati masa, penangguhan ganjaran, amalan, prosedur, pertalian dan
struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah
laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan baik di antara warga sekolah
dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam
persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung terhadap amalan hidup murid.
Kurikulum tesempunyi atau tersirat merupakan nilai implisit atau yang dirancang pencapaiannya.

Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai isi negatif


kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti menyokong
perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina
dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Kurikulum
tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya life in classroom.
Seterusnya, kurikulum terancang yang dibahagikan kepada dua aspek, iaitu kurikulum formal
yang didokumentasikan pada setiap peringkat. Manakala, kurikulum pengajaran pula proses
pelaksanaan kurikulum formal di dalam bilik darjah. Pada masa guru menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu melaksanakan kurikulum formal atau sukatan pelajaran
secara tidak langsung guru mengaplikasikan kurikulum tersirat. Pelajar mendapat mesej hasil
segala input dan amalan guru, pemilihan isi, layanan individu dan sebagainya. Selain itu, secara
tidak langsung murid dipengaruhi oleh segala tindakan guru dan murid mengikut dan
mengamalkan apa yang disampaikan oleh guru. Murid melihat guru sebagai rol model mereka.
Jadi seseorang guru perlu menunjukkan sikap yang adil, menyayang, menepati masa dan
sebagainya.
Selain itu, masyarakat yang terdiri daripada pelbagai sosio budaya ini memberikan
implikasi kepada kurikulum sekolah. Melalui kurikulum tersirat ini, kementerian berusaha
membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Pihak
sekolah perlu berusaha untuk menjalankan pelbagai aktiviti bagi menerapkan nilai budaya
masyarakat seperti aktiviti kokurikulum, minggu budaya dan sebagainya. Seterusnya, kurikulum
tersirat juga harus menggalakkan interaksi dalam kelas social. Aktiviti yang dianjurkan mestilah
melibatkan interaksi antara kelas social murid. Melalui ini, secara langsung proses pembentukan
nilai dapat diterapkan kepada murid – murid. Penerapan kepercayaan terhadap nilai –nilai murni
juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum tersirat. Hal ini akan memberi kesedaran
kepada murid – murid tentang menghormati kepercayaan kaum lain.

Anda mungkin juga menyukai