Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA : FATIN ALAWIYAH BINTI AHMAD SAHIMI


NO IC : 990327-08-5858

Bersukur ke Hadrat Ilahi pada semester ini saya berpeluang untuk belajar kursus EDU
3053. Saya Fatin Alawiyah Bt Ahmad Sahimi ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah yang saya sayangi Dr. Ngau Chai
Hong kerana tidak jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar kepada saya dan
rakan-rakan dalam kursus ini. Dr juga seorang pensyarah yang amat penyayang dan
memahami anak didiknya dimana beliau banyak membantu kami dalam pdp serta dalam
menyiapkan tugasan 3053 ini.

Secara keseluruhannya subjek EDU 3053 ini memberi saya peluang untuk menimba
pelbagai pengetahuan mengenai teknologi terkini dalam pdp. Sepanjang saya mempelajari
kursus ini, banyak faedah yang telah saya perolehi antaranya melatih sifat sabar dalam
mengumpul maklumat. Selain itu, saya sedar bahawa seorang guru itu perlu menguasai
kemahiran ICT bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bertambah menarik
dan seiring dengan pembelajaran pada masa kini. Tambahan, saya juga dapat mengetahui
pelabagi jenis bahan bantu mengajar yang boleh diperolehi dan dibina melalui kemudahan
internet dan multimedia seperti web 2.0, LMS dan lain-lain. Hal ini kerana, saya merasakan
penggunaan yang mempunyai unsur teknologi juga mempunyai keupayaan untuk
merangsang minat murid untuk terus belajar.

Selain itu, saya juga mempelajari banyak ilmu dalam penggunaan ICT misalnya saya
dapat mengetahui konsep sebenar teknologi dalam pendidikan itu sendiri, jenis-jenis media
pengajaran, elemen multimedia, cara pembangunan perisian dan macam-macam lagi. Saya
juga berpeluang untuk membina satu perisian e-pembelajaran saya sendiri berdasrkan
model ADDIE yang telah saya pelajari dari kursus ini. Sehubungan itu, teknologi dalam
pendidikan sangat perlu untuk digunakan oleh guru-guru, supaya guru lebih kreatif dan
inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti
ktiviti melibatkan penggunaan multimedia, video interaktif, bahan maujud, internet dan
bahan media yang lain.

Kesimpulannya, saya amat seronok sepanjang mempelajari kurus ini di sampaing saya
juga amat teruja apabila saya telah berjaya menghasilkan e-pembelajaran saya sendiri.
Saya berharap agar pengetahuan yang telah saya pelajari ini dapat diaplikasikan lagi dalam
PdP dan membantu saya menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif kelak.

Anda mungkin juga menyukai