Anda di halaman 1dari 12


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KERJA KURSUS 100


TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
EDUP3053
Nama :NADHIR EZZANI BIN IZUDDIN

Angka Giliran :2020202340166

No Kad Pengenalan :011029-08-0977

Program :PISMP

Ambilan :JUN 2020

Kumpulan/Unit :P3.02

Nama Pensyarah Kursus :MR CHOO KOW HING PETER

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran


1. Pembentangan 5/7/2021 10/7/2021
Kumpulan
2. Projek Multimedia 12/7/2021 4/8/2021
3. Penulisan Esei 16/8/2021 27/8/2021
Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat kurniaanNya
saya berjaya menyiapkan tugasan 3 kerja kursus subjek Teknologi untuk Pengajaran dan
Pembelajaran (EDUP3053) ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek
iaitu Mr Choo Know Hing Peter yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan
yang sempurna kepada saya sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam menghasilkan kerja kursus ini ketika
berada di rumah. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin saya tidak dapat
menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan
terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-
lumus menyiapkan tugasan ini dan juga saling bertukar idea dan pendapat dalam
menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang dihasilkan ini dapat menambahkan
ilmu pengetahuan disamping dapat menjadikan saya seorang bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang kelak serta menjadikan
saya seorang bakal pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat
bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat khususnya.
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 KEMUDAHGUNAAN
3.0 KEBOLEHBELAJARAN
4.0 SIKAP
5.0 KEANJALAN
6.0 KEBERKESANAN
7.0 RUMUSAN

LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Dalam keghairahan merealisasikan pendidikan kelas pertama di dunia, sudah


menjadi satu keperluan guru dalam menghasilkan pendidikan yang setaraf dengan
keperluan generasi murid pada abad ke-21. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan membantu guru menyampaikan idea
dengan bahan bantu mengajar yang menarik untuk memotivasikan minat dan mewujudkan
daya tarikan dalam proses pembelajaran kurikulum pendidikan (Sharifah Nor Puteh dan
Kamarul Azman, 2011). Dengan kaedah tersebut, murid cenderung menjadi aktif
disebabkan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan, sekali gus membantu
meningkatkan pemahaman terhadap kandungan pelajaran yang diajar oleh guru. Firman
Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 18:
ۤ
‫ٕىم ًۢا ِب ْال ِقسْ ۗطِ ٓاَل ا ِٰل َه ِااَّل ه َُو ْال َع ِز ْي ُز ْال َح ِك ْي ُم‬Rِِٕ ‫ٕى َك ُة َواُولُوا ْالع ِْل ِم َق ۤا‬Rِِٕ ‫َش ِهدَ هّٰللا ُ اَ َّن ٗه ٓاَل ا ِٰل َه ِااَّل ه ۙ َُو َو ْال َم ٰل‬
Surah Al-Imran, Ayat 18: “Allah SWT menyatakan bahawa tidak ada Tuhan selain Dia;
(demikian pula) para malaikat dan orang berilmu yang menegakkan keadilan, tidak ada
tuhan selain Dia, Yang Mahaperkasa, Maha-bijaksana.”

Berdasarkan surah Al Imran ini Imam As-Syafiee menyuruh umatnya supaya


sentiasa menuntut ilmu pengetahuan dan menambah ilmu-ilmu baharu. Hal yang demikian,
seorang guru perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan peka terhadap transformasi
supaya dapat menarik minat pelajar dengan kaedah pengajaran yang popular dan kreatif
merangkumi eksplorasi teknologi multimedia yang relevan dengan dasar keterbukaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) adalah satu reka bentuk mesej atau komunikasi yang mengaplikasikan penggunaan
teknologi canggih. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media
mempunyai elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan
video (Putra, 2018). Multimedia interaktif dapat mengembangkan proses pengajaran dan
pembelajaran ke arah yang lebih dinamik kerana penggunaan medium ini lebih
menggalakkan komunikasi aktif antara guru dengan murid sama ada PdP secara bersemuka
atau PdPR secara maya. Oleh itu, jelas bahawa, penggunaan teknologi dalam PdP iaitu dari
segi aplikasi multimedia interaktif dapat menjana pelbagai pengetahuan berdasarkan konsep
maklumat di hujung jari malah dapat melahirkan insan yang sentiasa berusaha mengatasi
pelbagai masalah dalam bidang pendidikan abad ke-21 yang semakin mencabar.
Di bawah ini disertakan pandangan responden berkenaan google forms yang telah
disoal jawab oleh mereka sebelum memulakan penulisan esei berkenaan analisis nilai
perisian google sites yang digunakan.

2.0 KEMUDAHGUNAAN

Hasil dapatan penilaian melalui instrumen soal selidik mendapati projek multimedia
ini telah mencapai objektif dan tujuan pembinaan projek multimedia iaitu menjadikan murid
berasa tidak bosan untuk menggunakan projek tersebut seterusnya menjadikan mereka
mudah untuk memahami isi kandungannya (Harun, 2000). Perkara ini secara langsung
dapat dibuktikan apabila saya sebagai pengumpul responden mendapati bahawa (83.3%)
responden sangat bersetuju, (8.3%) responden setuju dan (8.3%) responden yang lain pula
merespon tidak pasti berkenaan memahami konsep perisian yang telah dihasilkan oleh
saya di Google Sites. Hal ini menunjukkan bahawa aspek kemudahgunaan dalam produk
multimedia adalah sangat penting dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya berkenaan soalan perisian ini menambahkan kekeliruan saya tentang topik yang
diajarkan. Seramai 24 orang responden yang telah menjawab google form yang telah
disediakan oleh saya yang mana hasilnya seramai 12 orang sangat bersetuju, 1 orang

bersetuju, 3 orang tidak pasti, 3 orang tidak setuju dan 5 orang sangat tidak setuju
berkenaan soalan “Perisian ini menambahkan kekeliruan saya tentang topik yang
diajarkan”.
3.0 KEBOLEHBELAJARAN

Dapatan kajian juga mendapati murid-murid berasa seronok ketika menggunakan


projek multimedia ini. Hal ini dapat dilihat dimana sebanyak 20 orang (83.3%) responden
sangat setuju dan 3 orang (12.5%) responden setuju menyatakan bahawa mereka

menyokong grafik dan latyar belakang skrin perisian dapat menarik perhatian dan sesuai.
Dapatan ini menunjukkan kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
kerana
hal ini
bertepatan dengan pandangan yang diberikan oleh Aliza (2011) iaitu pengajaran yang
berkesan dapat dimwujudkan apabila murid belajar dalam keadaan yang menyenangkan
dan dalam keadaan sekeliling yang bermakna. Namun, projek multimedia ini perlu ditambah
baik dari sudut animasi kerana sebanyak seorang (4.2%) tidak pasti dengan daya tarikan
perisian yang digunakan. Animasi yang dimasukkan dalam perisian amat penting bagi
menimbulkan minat murid untuk belajar seterusnya proses pemahaman sesuatu topik akan
mudah dan murid juga akan mudah untuk mengingat sesuatu pembelajaran. Seterusnya,
seramai 20(83.3%) responden sangat bersetuju dengan aplikasi yang digunakan
menyeronokkan , manakala 3 (12.5%) responden setuju dan 1 (4.2%) responden tidak pasti.

4.0 SIKAP

Aspek seterusnya yang dinilai dalam instrumen penilaian adalah aspek sikap murid
terhadap proses pembelajaran dan pengajaran semasa menggunakan projek multimedia.
Hasil dapatan kajian mendapati murid-murid dapat menggunakan projek multimedia dengan
tenang dan selesa. Mohd Majid Konting (2004) menyatakan bahawa sikap positif yang
ditunjukkan murid ketika proses pembelajaran menunjukkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan oleh guru adalah berkesan. Hal ini dapat dibuktikan dimana
hasil dapatan mendapati sebanyak 5 (20.8%) responden sangat setuju, 3 (12.5%) setuju, 1
(4.2%) tidak pasti, 11 (45.8%) tidak bersetuju dan akhir sekali 4 (16.7%) sangat tidak setuju
berdasarkan soalan adakah pelajar merasa bosan ketika menggunakan komputer.
Kebosanan ketika belajar akan menyebabkan timbulnya ketegangan ketika belajar yang
akan memberikan impak yang negatif terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Mufadhal et al. (2018) menyatakan bahawa keberhasilan dan keberkesanan susuatu
pengajaran adalah berdasarkan tahap tekanan yang diterima oleh seseorang murid. Namun
dapatan ini membuktikan bahawa murid-murid tidak mengalami kebosanan dan ketegangan
ketika menggunakan projek multimedia ini dan kesannya murid-murid akan memahami tajuk
Perjanjian Hudaibiyah yang telah diajar.

5.0 KEANJALAN

Dari aspek keanjalan, dapat dilihat bahawa perisian ini dapat menyediakan
beberapa pilihan menu yang bersesuaian dengan kehendak dan keselesaan pelajar. Hal ini
dapat dilihat dari hasil dapatan yang menunjukkan sebanyak 19 (79.2%) responden sangat
setuju, 3 (12.5%) setuju dan 2 (8.3%) tidak pasti mengatakan bahawa perisian google sites
yang dibina dapat memberikan murid dan responden kemudahan dalam menerokai perisian
mengikut kesesuaian pelajar. Apabila murid berasa bosan pada sesuatu halaman, murid
boleh kembali ke menu utama dengan mudah. Hal ini kita dapat lihat kebanyakan responden
membuat undian sangat setuju berkenaan nilai perisian di dalam google form ini . Dapatan
ini dapat dikukuhkan bahawa menurut Akhiar Pardi (2009), keanjalan dalam pendidikan
memberikan murid ruang dan peluang untuk memilih sesuatu bahan pembelajaran
berpandukan minat dan tahap kognitif. Dengan ini sistem pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan berkesan seiring dengan konsep pembelajaran abad ke-21.
Namun, projek ini perlu ditambah baik dari segi pemilihan butang menu utama dan butang
untuk muka-muka yang ke seterusnya bagi memastikan segala perjalanan perisian berjalan
lancar daripada awal hingga akhir muka surat . Selain itu, berkenaan dengan soalan perisian
komputer yang disediakan sesuai dengan kebolehan saya, seramai 18 (75%) responden
sangat bersetuju, 5 (20.8%) responden setuju dan 1 (4.2%) responden tidak pasti akan
soalan yang dikemukakan dalam Google Forms tersebut.

6.0 KEBERKESANAN

Aspek terakhir dalam kajian ini adalah keberkesanan perisian google sites dalam
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat dilihat dari Aqib (2002), yang
menyatakan bahawa keberkesanan teknologi multimedia adalah suatu kaedah interaktif
yang membantu murid dan meningkatkan pencapaian dalam sesuatu mata pelajaran. Hasil
dapatan kajian mendapati pembinaan perisian google sites yang dibina ini dapat
menyediakan isi kandungan pelajaran yang selaras dengan dokumen standard pelajaran
dan pentaksiran yang telah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Responden lebih cenderung dalam membuat undian berkenaan perasaan gembira dapat
memahami dengan jelas konsep perjanjian Hudaibiyah selepas melakukan pelbagai aktiviti
menarik. Hal ini dapat dilihat pada peratusan dapatan dimana sebanyak 19 (79.2%)
daripada responden sangat bersetuju, 2 (8.3%) setuju dan menyokong terhadap perkara
tersebut. Keselarasan ini membuktikan bahawa perisian yang digunakan ini berkesan dalam
mencapai objektif pembelajaran yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM).

Seperti yang kita tahu, antara objektif utama KPM adalah Memberi pendidikan
berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi. . Namun begitu, dapatan mendapati
perisian ini masih berada pada tahap sederhana dalam menyediakan perisian yang
bersesuaian dengan topik walaupun secara keseluruhannya kita dapati bahawa semuanya
dalam keadaan yang baik dan fleksibel. Walaubagaimanapun terdapat 3 (12.5%) responden
membuat undian tidak pasti berkenaan perasaan gembira dapat memahami dengan jelas
konsep perjanjian Hudaibiyah selepas melakukan pelbagai aktiviti menarik. Seterusnya,
bagi undian untuk soalan-soalan yang berikutnya, saya dapati kebanyakan responden
sangat bersetuju dengan keberkesanan perisian ini. Hal ini terbukti bahawa nilai
keberkesanan telahpun dapat dicapai walaupun ianya tidak mencapai tahap semaksimum
yang mungkin.

7.0 RUMUSAN

Sepanjang kajian yang dijalankan saya dapati bahawa terdapat beberapa responden yang
mencadangkan beberapa penambahbaikan terhadap perisian yang telah dibina di google
sites. Antara cadangan penambahbaikan yang dicadangkan adalah menggunakan warna
yang setona dan ceria agar dapat menarik minat murid. Selain itu, responden juga
mencadangkan agar menambah button shortcut agar memudahkan urusan untuk pelajar-
pelajar mengakses dari muka ke muka yang lain.

Kesimpulannya, aplikasi Google Sites ini dapat memberi manfaat kepada pendidikan
dengan pelbagai cara. Apabila bahan baru diperkenalkan, ia dapat membantu pelajar
memperoleh pemahaman yang lebih mendalam melalui bahan sokongan. Ia melibatkan
pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dan mendorong refleksi dalaman. Selain itu,
dengan menggabungkan aplikasi interaktif dengan teknologi komunikasi, perbincangan
antara guru dan pelajar dapat dibantu. Tetapi perkara yang paling penting untuk diingat
adalah bahawa pelajar mesti bermotivasi untuk belajar, sama ada bercirikan multimedia
digunakan atau tidak. Kemudian barulah kita dapat membincangkan tentang pembelajaran
yang akan dijalankan bersama.

RUJUKAN

Akhiar Pardi. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Aliza Ali. (2011). Pendekatan Bermain dalam Pengajaran Bahasa dan Literasi. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 1-15.

Aqib Zainal. (2002). Profesionalisme Guru Dalam Pembelajaran. Surabaya: Insan Cendikia.
Jamaluddin Harun. (2000). Multimedia Untuk Pendidikan. Bentong: PTS Publication.

Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mufadhal Barseli, Riska Ahmad & Ifdil Ifdil. (2018). Hubungan Stres Akademik Siswa
Dengan Hasil Belajar. Jurnal Pendidikan Indonesia, 40-47.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai