Anda di halaman 1dari 3

Setelah meneliti serta menghayati apa yang dimaksudkan dengan teknologi

maklumat dan komunikasi maka dapatlah saya fahami betapa pentingnya


perkara ini diwujudkan dalam sesebuah kelompok komuniti atau masyarakat
untuk memastikan kemajuan serta pembangunan komuniti itu tidak ketinggalan
jauh dari masyarakat lain.

Dalam usaha untuk merealisasi objektif dan falsafah pendidikan negara ke arah
masyarakat berteknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Tamil, saya dapati ianya amat berguna sebagai salah satu alat bagi memperolehi
banyak maklumat untuk diketengahkan kepada pelajar-pelajar.

Penggunaan teknologi maklumat untuk tujuan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Tamil adalah bertepatan dengan usaha menjadikan pelajar
celik komputer dan berkemampuan menggunakan alat ini secara yang lebih
cekap dan mahir. Meskipun pada awalnya para pelajar dan guru masih lagi perlu
mendalami kemahiran menggunakan pelbagai alat ini secara yang lebih cekap
dan mahir. Meskipun pada awalnya para pelajar dan guru masih lagi perlu
mendalami kemahiran menggunakan pelbagai alat teknologi maklumat ini untuk
mendapat bahan berkaitan subjek Bahasa Tamil, namun berkat ketekunan dan
kebijaksanaan pihak-pihak tertentu terutama sekali Kementerian Pelajaran, para
guru, ibubapa-ibubapa dan masyarakat maka semua ini telahpun dapat ditangani
secara beransur-ansur.
Walaupun saya dapati usaha-usaha pelbagai pihak, terutama sekali guru-guru
yang mengajar Mata Pelajaran Bahasa Tamil untuk menerima bahan-bahan
berkaitan di laman sesawang atau dari portal majalah tertentu, namun masih ada
terdapat banyak kekangan-kekangan dalam usaha memperkembangkan Bahasa
Tamil dalam era teknologi maklumat yang semakin berkembang ini. Kekangan
dan cabaran yang paling utama ialah penggunaan Bahasa Inggeris yang begitu
meluas dalam internet, ruang siber dan globalisasi. Apapun cabaran itu,
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Tamil membolehkan saya lebih berkemampua, kreatif dan mempelbagaikan
kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kelas.
Para pelajara juga sudah tentunya menunjukkan minat yang tinggi dan
melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Di sinilah
kemuncak penggunaan teknologi maklumat yang amat besar sekali. Ini kerana
alat-alat ini bukan sahaja digunakan sebagai alat memotivasikan pelajar untuk
terus memberi tumpuan terhadap pengajaran guru tetapi juga untuk memastikan
pelajar mendapat bahan-bahan yang berkaitan secukupnya.
Saya juga amat teruja kerana telah dapat mengetahui arah tuju cabaran baru
dalam era teknologi maklumat dalam memperkembangkan Bahasa Tamil menjadi
bahasa sumber ilmu, bahasa sumber pemodenan, bahasa sumber maklumat,
bahasa sumber pengetahuan, bahasa sumber sains dan teknologi. Untuk
mencapai hasrat ini, lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam teknologi

maklumat perlu dihasilkan. Impian ini hanya dapat di capai dengan adanya lebih
banyak pengarang, penyelidik guru, penerbit dan institusi penyelidikan.
Sesungguhnya, tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan
memodenkan bahasa kebangsaan yang berta ini tidak dipikul oleh tertentu
sahaja.Dengan kata lain, semua pencinta bahasa dan pejuang bahasa
kebangsaan mestilah melibatkan diri secara aktif. Saya rasakan inilah masanya
untuk kita melakukan sesuatu yang besar maknanya kerana kita masih berada di
pangkal jalan era teknologi maklumat. Jika tidak kita akan karam dalam arus
globalisasi yang digelorakan oleh Bahasa Inggeris seperti yang saya nyatakan
awal tadi.
Bahagian Teknologi Pendidikan turut banyak membantu menyebarkan bahan
pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan
melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak selain memantau dan
menilai penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran yang sudah
tentu menguntungkan diri saya selain rakan-rakan sejawatan. Khidmat kepakaran
dan nasihat yang ditawarkan dalam penggunaan teknologi maklumat oleh
Bahagian Teknologi Pendidikan sungguh bermakna bagi saya sebagai guru
Bahasa Tamil kerana ini akan menjadikan saya lebih cekap dalam mengendalikan
alat-alat yang dibekalkan dalam pengajaraan dan pembelajaran berbantukan
teknologi maklumat.
Mengintegrasi teknologi maklumat berdasarkan daripada kategori murid-murid
ataupun stail pembelajaran dan tahap keselesaan belajar murid-murid dapat
membantu saya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid-murid
dalam bilik kelas dengan berkesan. Peningkatan mutu dan mempelbagaikan
penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan
multimedia disamping bahan pengajaran yangs sedia ada adalah peranan
penting Teknologi maklumat dan komunikasi.
Sesungguhnya peranan internet sebagai sumber yang begitu luas kepada saya,
guru Bahasa Tamil memudahkan lagi saya terus mendapat bahan-bahan
pengajaran dan rujukan serta penyelidikan yang berkesan. Melalui portal-portal
pendidikan pula, samada portal tempatan ataupun luar yang berkaitan bahanbahan pengajaran Bahasa Tamil, ianya dapat memberikan kefahaman yang lebih
kepada murid-murid. Guru pula boleh mengemaskini dan mengulang pakai
bahan-bahan tersebut disamping mendapat
Selain berbantukan pengajaran dan pembelajaran secara e-learning, saya juga
sedia maklum bahawa penggunaan teknologi maklumat dalam usaha menambah
nilai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah
seharusnya diberi keutamaan. Pusat Sumber Sekolah yang selama ini saya dapati
banyak memberi sumbangan ke arah penyediaan bahan pengajaran perlu kini
bergerak ke arah pusat sumber elektronik. Ini bertujuan mengimbangi
perkembangan pesat bidang
Selain penggunaan sumber-sumber maklumat dari Pusat Sumber Elektronik saya
juga boleh menambah nilai bahan sumber melalui aktiviti hand on serta

interaksi dengan alat teknologi canggih lain untuk mengoptimumkan proses


pengajaran saya. Misalnya saya, boleh menjadikan pengajaran saya lebih
berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan
seterusnya menggunakan bahan cetak pada kad latihan atau bahan bacaan yang
berkaitan Bahasa Tamil. Pengajaran pembelajaran diteruskan lagi dengan
menggunakan internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir
pengajaran nanti murid-murid digalakkan membuat persembahan hasil
pembelajaran berbantukkan komputer dan disebarkan kepada rakan sebaya.
Saya juga telah dapat memahami dan mendapat pengertian betapa perlunya
saya sebagai seorang guru menguasai teknologi-teknologi maklumat dan
komunikasi terkini untuk menceduk sebeberapa banyak yang mungkin bahanbahan pengajaran untuk Bahasa Tamil dari sesawang yang hubungi dengan
pakar-pakar bahasa sama ada dari pusat pengajian tinggi tempatan ataupun luar.
Dengan adanya talian terus melalui media elektronik seperti persidangan video,
program langsung dari televisyen, maka saya dapat bertukar-tukar maklumat dan
pendapat tentang bahan-bahan pengajaran pembelajaran Bahasa Tamil dari
rakan-rakan sekolah lain. Begitulah juga pelajar-pelajar saya yang masih
dahagakan pelbagai bahan berkaitan aktiviti bahasa yang tidak terdapat di
sekolah saya.
Disamping itu dengan bertukar maklumat seperti ini akan menjurus kepada
penglibatan yang maksimum daripada pelajar saya. Saya pula tidaklah membazir
terlalu banyak masa dengan memberi arahan, membuat teguran serta mengawal
tingkahlaku segelintir pelajar.
Kesimpulannya, Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah amat berguna
kepada saya sebagai alat bantu mengajar di dalam bilik kelas terutama sekali
semasa mengajar Bahasa Tamil. Saya juga cadangkan agar lebih banyak
program-program atau kursus-kursus berkaitan teknologi maklumat perlu
ditawarkan agar guru seperti saya dapat mempertingkatkan kemahiran
menggunakan komputer serta mengendalikan perisian yang pelbagai yang
semakin hari semakin bertambah jumlahnya dan semakin canggih dan mantap.

Anda mungkin juga menyukai